Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

December 2, 2014 by Ibu Zarith

10 Cara Hilangkan Mual Dan Loya Ketika Hamil Tanpa Asam!

Assalamualaikum

Tahniah! Anda Disahkan Hamil!

Terima berita baik dari biras iaitu isteri kepada adik ipar (eh panjang pulak). Alhamdulillah Ila telah disahkan hamil oleh doctor. Masih awal lagi, jadi morning sickness pon baru la menjengahkan diri. Sian Ila.morning sickness

Petua Hilangkan Loya dan Mual Ketika Mengandung:Ila kerja di ofis yang client keluar masuk. Jadi bau-bauan yang kurang menyenangkan memang tidak dapat dielakkan. Zarith faham sangat perasaan Ila tu. 

Masih segar diingatan ketika hamilkan Zuyyin. Discussion dengan foreigner yang agak berbau, kuku panjang dan kotor. Sungguh memualkan. Hanya Allah yang tahu macam mana situasi diri pada waktu tu. 

Tapi Alhamdulillah, Zarith jumpa dengan Kak Mira yang sangat penuh dengan ilmu Natural Remedies ni. She inspired me a lot! Ok nak share sikit tentang petua-petua yang hebat ini.

Sebelum tu Zarith nak ajak ibu-ibu sekalian tonton Video 1 minit ini sebagai perkongsian dari seorang mama hebat semasa dia sedang hamil. Serius kalah orang yang tak mengandung. Terima kasih mama atas perkongsian ini:

Semasa Zarith hamilkan Zayra pula, lebih kurang sama dengan masa hamilkan Zuyyin. Namun Zarith dah tau apa nak buat. Jom kita tengok apa yang paling berkesan.

  • Lemon

Lemon mempunyai kuasa penenang yang semulajadi. Sama ada perah sedikit jus lemon ke dalam secawan air panas atau sejuk dan minum, ataupun memadai dengan menghidu hirisan lemon yang segar. 

  • Halia

Halia dihiris tipis dan masukkan ke dalam segelas air panas dan diminum.

  • Peppermint

Buat teh peppermint dengan menambahkan daun peppermint ke dalam secawan air suam dan biarkan seketika. Barulah diminum. Ataupon boleh ambil Peppermint-Ginger Plus

  • Vitamin B6

Kajian menunjukkan dengan pengambilan Vitamin B6 ini boleh mengurangkan rasa mual dan loya. Cadangan pengambilan adalah sebanyak 10-25miligram tiga kali sehari dan tidak melebihi 75miligram sehari.

  • Makan Kerap Tapi Dengan Kuantiti Yang Sedikit

Jangan biarkan perut kosong. Nanti kita dan baby tak sihat. Makan siki-sikit dan perlahan-perlahan.

  • Banyakkan Minum Air

Yang penting keep hydrated. Kurang minum air juga boleh menyebabkan rasa morning sickness tu bertambah teruk

  • Selalu Isi Perut Dengan Biskut

Zarith memang sentiasa standby biskut, dalam bag dan juga tepi katil. Tak kesah apa jenis biskut asalkan kita lalu nak makan

  • Makan Makanan Yang Kurang Menarik

Masa morning sickness, makanan yang jadi kegemaran kita pon kadang-kadang nak tengok pon tak boleh. Masa nilah kita sepatutnya kurangkan makan makanan pedas, berminyak dan berasid. Cuba makan makanan BRAT Diet

  • Makan Karbohidrat

Ramai berpendapat makan makanan tinggi karbohidrat akan mengurangkan morning sickness tapi jangan berlebihan tau! Nanti gemuk sangat pulak, HEHE.

  • Makan Makanan Tinggi Protein

Cubalah cari makanan yang tinggi protein yang bersesuaian dengan diri kita. Contohnya telur hancur ke, peanut butter ke, ESP ke.

Yang penting jaga kesihatan diri sendiri dan baby dalam kandungan. Asam jeruk semua kalau boleh elakkan lah. Tapi kalau dah teruk sangat silalah dapatkan nasihat doctor ye. Selain itu, ibu-ibu hendaklah menjaga diet yang sihat. Boleh rujuk disinimakanan terbaik semasa hamil
 
Enjoy each dan every moment of your pregnancy =)
 
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Rosmawati Ahmad says

    December 2, 2014 at 23:18

    wah.. blog baru. 🙂
    petua yg best! next pregnancy boleh try.

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      December 2, 2014 at 23:29

      Hehe..Hamboi dah fikir next pregnancy!hehe

      Reply
  2. Etuza Etuza says

    December 3, 2014 at 00:14

    Asalam..done follow blog anda ya..follow blog etuza juga ya yg ke 3

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      December 3, 2014 at 08:23

      wsalam..wah dah blog ke3!! dne follow jugak =)

      Reply
  3. Annur Syuhadah says

    December 3, 2014 at 08:33

    Annur memang tangah cari pasal ni..Thanks Zarith..
    annur follow tau sebab byk info yg Annur suka baca..
    Annur add kat bloglist juga! ^_^

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      December 3, 2014 at 08:59

      Annur! Preggy ye? Congratz syg =) Thanks ye sudi add…hehe

      Reply
  4. sheAYANG says

    December 3, 2014 at 22:51

    Ehem2… Rasa macam nk preggy lagi plak. Hehehee…

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      December 4, 2014 at 07:40

      Ha, ape lagi..musim sejuk ni =p

      Reply
  5. Nor Azimah says

    December 18, 2014 at 19:17

    Assalam zarith, akak balas follow yea sini

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      December 19, 2014 at 08:48

      Wsalam.. terima kasih kak azimah =)

      Reply
  6. Aisya A. says

    December 18, 2014 at 22:05

    thank you for the tips.. boleh guna utk masa depan. hikhik

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      December 19, 2014 at 08:49

      hehe…boleh2..catit siap2 dalam buku =p

      Reply
  7. Bunda a.k.a KN says

    December 18, 2014 at 22:59

    Salam,
    Alhamdulillah time bunda dulu bunda kurang morning sickness. Bunda cuma tak lalu makan ajer, takde mual2 n muntah2 teruk.

    Kalau mulut rasa pahit bunda suka makan epal hijau dan asam boi, kan ada masam2 juga seperti mangga…dan bunda suka makan snek seperti kekacang.

    Baguslah tips dan panduan yang diberi, boleh beri pada adik2 dan anak2 bunda nanti. Terima kasih.

    Reply
    • Diari Ibu Zarith says

      December 19, 2014 at 08:51

      Wsalam bunda.

      wah untung la bunda takde morning sickness. Zarith pon xberap teruk just mual2 je pagi2 tu, takpun bau makanan yang sedang dimasak,huhu

      Reply
  8. Aida Doterali says

    April 3, 2015 at 23:21

    Tips yang menarik tapiiii saya still perlukan asam hehehehe especially mangga muda. Ermm dap.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 4, 2015 at 07:02

      Wah sedap betul mangga muda cicah sambal kicap hehe

      Reply
  9. Muhammad Akbar bin Abdullah says

    July 28, 2015 at 12:50

    Tips yang menarik mengenai cara-cara untuk menghindar masalah morning sickness di kalangan ibu-ibu yang mengandung. Sebaik-baiknya kita juga berdoa kepada Illahi agar masalah ini hanya berlaku pada trimester pertama sahaja kerana ada kes-kes terpencil yang mana gejala morning sickness ini berlarutan sehingga ke saat-saat nak bersalin.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 8, 2015 at 00:34

      Terima kasih atas pendapat tuan =)

      Reply
  10. Sani says

    October 11, 2015 at 16:18

    Tips yang penting untuk isteri saya yang asyik muntah aje ni…:-)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 13, 2015 at 00:40

      Wah, wife pun tengah preggy sekarang? Tahniah hehe

      Reply
  11. Siti khatijah says

    May 13, 2017 at 23:34

    Saya tengah preggy 2 bulan sekarang..memang terasa loya2 tak selera langsung… 😦tq boleh saya try petua ni..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 17, 2017 at 22:50

      semoga kandungan sihat dan selamat

      Reply
  12. bella says

    March 20, 2019 at 07:59

    hai awk..sy tgh mgandong n mgalami mual dn loya2..bila pgi je mst sy akn muntah2..mkn mmg tak lalu la kekadang tgk mkn pn tak blh sb rsa mual tu kuat..insylh sy akn cuba petua ni mn tau ok..tq awk😍

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 3, 2019 at 07:44

      Semoa bermanfaat =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design