Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

January 29, 2015 by Ibu Zarith

Anak Gemar Bermain Blok Lebih Pandai Matematik?

Assalamualaikum

Zuyyin kurang didedahkan dengan permainan di Ipad dan juga handphone. Iphone Zarith langsung tiada games. Handphone Mr. Hubby ada la sikit iaitu game Clumsy Ninja dan juga Dots. Jadi Zuyyin lebih gemar bermain di tempat permainan yang kami sediakan dan bermain blok, puzzle, dan juga bubber. Yang lain main juga tapi 3 ni yang paling digemari.

Kelebihan blok

Tempat permainan Zuyyin dan Zayra

 

Disebabkan Zuyyin terlalu sukakan permainan blok ni, Mr Hubby pon telah membeli banyak jenis blok. Bukan 2, Bukan 3, tapi 6. Kalah taska (-_-“).

Sebenarnya bermain dengan blok ni banyak sangat kemahiran yang dapat diasah. Jom kita tengok apa lebihnya bermain blok berbanding yang lain.

Kelebihan Bermain Blok

Kelebihan bermain block

Dengan bermain permainan membina blok, anak kita akan dapat mengasah beberapa jenis kemahiran iaitu:

  • Kemahiran motor dan koordinasi tangan dan mata
    • Apabila anak-anak bermain blok, mereka akan menggunakan jari kecil mereka untuk menyusun dan membuat bentuk yang digemari
  • Kemahiran spatial
    • Pereka muda belajar untuk manipulasi ruang dan objek melalui permainan blok. “kalau letak sini, ok tak?” “Kalau buat macam ni, jatuh tak?” “Ni akan jadi tak bentuk yang saya nak?” “Bermain dengan blok memberi peluang kepada anak-anak untuk mengkaji tentang ruang dan arah.
  • Kemahiran sosial
    • Bermain blok akan menggalakkan anak kita bermain bersama rakan-rakan dan bekerjasama antara satu sama lain
  • Kemahiran berbahasa
    • Apabila bermain bersama, anak-anak akan berbincang tentang apa yang mereka bina, dan ini mengasah bakat bahasa mereka. Cuba bayangkan anak-anak kita bermain dengan anak jiran kita yang berlainan bangsa, dari situ mereka dapat mempelajari bahasa asing
  • Berdaya kreatif dan mempunyai pemikiran yang berbeza
    • Anak-anak kita akan sentiasa memikirkan bagaimana nak buat bentuk yang lain dari yang pernah mereka buat.

      kelebihan bermain block2

      Zuyyin yang konon-konon malu bila ibu cakap nak ambik gambar =p

  • Kemahiran Sains
    • Anak-anak akan mula belajar sains apabila mereka mengetahui kewujudan gravity semasa pembinaan mereka jatuh. Ala-ala iklan Enfagrow “Graviti, mama” =)
  • Kemahiran Matematik
    • Sesetengah kemahiran matematik akan dapat dikuasi termasuklah mengira, membandingkan panjang dan lebar, bentuk dan bagaimana untuk menggabungkan sesetengah bentuk geometric untuk menghasilkan bentuk yang lain. Anak kita juga akan belajar asas pengiraan apabila mereka dapat kenalpasti yang dua blok yang pendek apabila digabungkan akan menjadi sama size dengan satu blok yang panjang.
    • Kajian juga membuktikan kesulitan untuk bermain LEGO pada usia 4 tahun akan menghasilkan daya ramalan untuk jangka masa panjang – Semakin complex susunan blok semasa anak-anak dalam peringkat pra-sekolah, semakin tinggi pencapaian matematik mereka di sekolah menengah (Wolfgang et al 2001 : 2003)
    • Kajian lain pula menunjukkan hubungan antara seorang kanak-kanak pra sekolah untuk membina susunan yang tertentu dengan kemahiran matematiknya ( Verdine et al 2013)
    • Kajian di Netherlands mendapati Pelajar Grade 6 yang menghabiskan banyak masa lapangnya dengan bermain blok memperolehi keputusan yang lebih baik dalam ujian matematik (Oostermejier et al 2014)

Jadi jom la kita bagi je anak-anak kita main blok seberapa kerap yang mereka suka. Tapi kena la main bersama. Jangan biarkan anak-anak kita bermain seorang diri ye =)

Love

-ZS-

Shaklee ID: 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Puteri Kasih says

    January 29, 2015 at 20:14

    sebenarnya games kat ipad tu semua memang tak sepatutnya didedahkan pada kanak-kanak..lagi sesuai main blok dan permainan lain yang lebih educational kan 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 31, 2015 at 15:19

      Betul tu puteri. bila main mainan ni dapat la kita berkomunikasi dengan mereka =)

      Reply
  2. Ros says

    January 30, 2015 at 22:38

    byknyer block zuyyin.boleh buka taska la zarith mcm ni.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 31, 2015 at 15:20

      Tuhla rasa dah macam taska hehe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design