Assalamualaikum
Semalam rasa buntu nak buat minum petang apa. Bila sehari masak 3 Menu (sarapan, lunch dan minum petang) sampai satu tahap dah tak tahu nak masak apa. Mungkin harus pergi kelas memasak =p Nak buat kuih onde-onde (buah melaka) tepung pulut dan kelapa pulak tiada. Message Mr. Hubby dan beliau memberi cadangan untuk buat cake dalam mug.
Kadang kala bila rasa tak tahu dah nak buat apa, buntu, mesti tengok balik video 1 minit ni, lepas tu mesti rasa tenang dan dapat idea dah nak buat apa. JOm tengok apa yang ibu ni kongsikan. Sungguh bermanfaat dan menusuk qalbu:
Kebetulan bila dah mula nak buat tu Zuyyin bangun, jadi Zuyyin la chef kita pada hari ini =)
Masa Penyediaan: 1 Minit
Masa Memasak: 1 Minit
Hidangan: 1 Orang
Setting Microwave: High
Bahan-Bahan:
- 1/4 cawan tepung serbaguna (Zarith pakai tepung naik sendiri Bluekey)
- 1 sudu besar serbuk koko (Zarith pakai coklat Van Houten)
- 1/4 sudu kecil baking powder
- 2 sudu besar gula pasir. Kalau nak lebih manis, tambahkan lagi 1 sudu (Zarith pakai molasses sebab nak bagi Zuyyin makan)
- 1/8 sudu kecil garam (Zarith pakai garam bukit)
- 1/4 cawan + 1 sudu besar susu segar
- 2 sudu besar minyak sayuran (Zarith pakai minyak Zaitun)
- 1 sudu besar hazelnut chocolate spread (Zarith tak pakai ni)
- Nak lebih sedap, masukkan almond yang telah dipotong kecil
Cara Memasak:
- Dalam mangkuk sederhana, campurkan bahan kering.
- Masukkan susu dan minyak ke dalam campuran tadi dan kacau sehingga sebati.
- Tuangkan ke dalam mug. Pakai mug besar sikit untuk bagi kek mengembang
- Kalau anda nak letak hazelnut chocolate spread, letak la kat tengah-tengah. Tak perlu ditekan masuk ke dalam mug. Biarkan je.
- Setkan microwave kepada 70 saat dan HIGH.
- Tada~ Siap!!
Best pulak rasanya, lepas ni nak cuba yang lain pula. Zuyyin sangat suka tolong ibu di dapur. Mesti Zuyyin happy kalau tau ibu nak buat carrot cake pula lepas ni. =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Seriously seminit je? Rasa berkobar2 plak nak buat. Hehehehe…
ia..serious =) cuba la..hehe
Terbaikla sharing awak ni, kena g beli tepung bluekey dgn serbuk koko ni
Hehe..selamat mencuba kak ainul =)
wahh..
1 minit pun leh siap.
terbaik la.
senangnyaa..tapi nak buat takde barang lagi..almaklumla baru kawin..
hehe..takpe..beli sikit-sikit barang-barangnya =)
Style kak zarith…hehehe…
Hiasan tepi pinggan tu creative tu..biase letak choc..hehehe
Salam kiss kat babies!
xo Mak Ngah ^_^v
hehe…nasib baik Zuyyin memang suka makan honey. Jadi hiasan pinggan pon honey jugak la, hehe.. Babies kiss mak ngah balik =D
sis serbuk koko gn organic ke..beli kat mn..
banyak jual kat jusco ataupon jaya grocer barang-barang organic
slm..sis..nak tanya..nak guna micriwave yang biasa je..mksd sy yg heater sy..bkn combination..boleh msk kek cklt ni tak..
Wsalam.. Boleh =) Selamat mencuba
Sedapnya tengok kek ni..boleh lah cuba selepas ni..tq for sharing
Sila la cuba, cepat dan sedap hehe
wah! memang cepat…nampak sedap jugak..
Cubalah bunda =)
Slm…akak nak tahu macam mana mug tu boleh tahan microvawe ke tak?
Wsalam Nazirul,
selalunya mug ceramic ataupun kaca tahan. Asalkan bukan mug plastic atau kaca yang tipis tu =)
Assalamualaikum,
baru nak try
Wsalam. Selamat mencuba!