Assalamualaikum
Kelapa adalah sejenis buah yang diketahui umum sering digunakan oleh nenek moyang kita untuk merawat pelbagai jenis penyakit. Ia sangat berguna dari daun, lidi, buah, batang dan juga umbutnya.
Zarith pun sejak ada anak-anak baru tahu khasiat air kelapa muda ini khususnya. Selain dari air kelapa yang Zarith gunakan dalam rawatan demam, batuk dan selesema serta cirit birit untuk Zuyyin, Zarith juga mengamalkan pengambilan Extra Virgin Coconut Oil untuk kami sekeluarga.
Apakah Kandungan Dalam Air Kelapa?
- Kurang kalori, kurang Natrium dan Potassium yang lebih tinggi berbanding minuman sukan yang lain
- Air kelapa cuma mengandungi 5.45 kalori, 1.3 gram gula, 61 miligram (mg) Kalium dan 5.45 mg Natrium berbanding Gatorade yang mengandungi 6.25 kalori, 1.75 gram gula, 3.75 mg Kalium dan 13.75 mg Natrium
Apakah Khasiat Air Kelapa?
- Membantu mengelakkan obesiti
- Meningkatkan metabolisma, membekalkan tenaga segera dengan kalori yang rendah berbanding lemak lain
- Mengekalkan kesihatan jantung
- Membekalkan asid lemak yang mempunyai ikatan kimia yang pendek dan sederhana yang menjadi tunjang utama kepada kesihatan kita (MCFA)
- Tinggi kandungan serat
- Kelapa membekalkan 61% fiber!
- Index Glisemix yang rendah
- Fiber yang ada pada kelapa melambatkan pembebasan glukosa, yang seterusnya memerlukan insulin yang sedikit untuk menukarkan glukosa kepada tenaga
- Mengurangkan rasa teringin kepada makanan manis
- Lemak sihat yang ada pada kelapa melambatkan peningkatan gula dalam darah dan membantu mengurangkan “hypoglycemic craving”
- Memperbaiki sistem penghadaman
- Membantu penyerapan nutrien ke dalam badan
- Meningkatkan tenaga dengan segera
- Membekalkan sumber nutrisi untuk tenaga berlebihan
- Mengandungi anti-virus, anti-bakteria dan anti-fungus. Air Kelapa membantu meningkatkan imun sistem kita
- Tiada lemak-Trans
- Gluten-Free
Jadi apa lagi, jom jadikan air kelapa minuman pengganti minuman soda ataupun minuman tenaga yang lain =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
thank share info..
elok air kelapa..tp kalau isi kelapa tu tinggi kalori jadinyer..huhu
Assalamualaikum.
Masa kecil dulu mmg suka minum air dan makan isi kelapa ratus, org kg panggil sbb satu pokok ada byk buah kelapa kecil2. Masa tu kupas sabut kelapa pakai gigi je..hehe
air kelapa memang berkhasiat kan…puteri suka minum. Selalunya kalau demam pun memang cari air kelapa je 🙂
serbaguna sungguh pokok kelapa…dari batang,daun dan buah yang tinggi khasiat,belakang rumah banyak pokok cuma malas nak petik,antioxidant yang sangat bagus kan xtra virgin coconut oil…Ibu Zarith pakai brand apa?
Zarith pakai Treeminds beli dari Fabulousmom Ayda =)