Assalamualaikum
31 December 2014 adalah hari terakhir Zarith bekerja sebagai seorang Project Engineer di Sime Darby Engineering, Pasir Gudang. Ada sedikit jamuan yang sangat sedap. Terima kasih Sime Darby atas segala-galanya π
Semalam 1 January 2015, kami ex-officemate mengambil keputsan untuk keluar lunch di Renaissance sekali lagi. Makanan adalah sangat sedap seperti kebiasaannya cuma harganya adalah sangat nak pengsan. Sebab pergi time public holiday kan, jadi lepas makan semua terkejut beruk la harga RM102 sekepala.. HAHA. Pengalaman manis π
Hari ni 2 Januari 2015 adalah hari terakhir di Pasir Gudang. Hati, jantung semua rasa macam tertinggal. Walaupun hanya 2 tahun setengah di sini, tapi banyak suka duka yang dilalui.
Sempat menyewa didua buah rumah, kemudian beli rumah, dan sempat duduk selama setahun setengah sahaja. Apakan daya, jodoh dengan Pasir Gudang tak panjang, kami terpaksa berpindah kembali ke kota raya.
Di Pasir Gudang ni Zarith banyak belajar erti kehidupan. Lain perasaannya belajar hidup berdikari sebagai seorang isteri dan ibu, dengan berdikari sebagai seorang pelajar semasa di Germany dulu.
Di Pasir Gudang juga Zarith berjumpa dengan seorang babysitter yang sangat baik, in fact terbaik. Beliau menjaga Zuyyin dan Zayra seperti menjaga anak sendiri. Tak tahu ada lagi ke orang sebaik tu di ibu kota nanti.
Kerana itu Zarith membuat keputusan untuk menjaga dan mendidik Zuyyin dan Zayra sendiri sehinggalah pada satu masa nanti apabila mereka dah pandai berdikari. Mungkin pada masa itu, Zarith akan teruskan cita-cita untuk menjadi seorang Engineer yang berjaya. Wallahualam.
Di Pasir Gudang juga Zarith berkenalan dengan officemate yang sangat baik dan memahami, pemurah dan penyayang. Oh rakan-rakan, u know i love u all.
Tiada lagi kata yang dapat diungkapkan. Zarith berdoa agar Allah memudahkan perjalanan hidup kita semua. Hidup dan Mati Kerana Allah. Semoga jalan kita akan berselisih suatu hari nanti.
Alhamdulillah syukur ya Allah diatas kebahagiaan sementara semasa aku berada di sebuah tanah Mu. Semoga kami menemui kebahagiaan juga di tanahMu yang lain ini. Amin.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
semoga tahun baru membawa seribu kebahagiaan ye..tak sangka ibu zarith ni berjawatan besar..duduk di pasir gudang rupanya ye..dekat je kita ni
Amin..tuhla dulu dok pasir gudang, sekarang dah jauh la kita kan π
Semoga 2015 ini membawa kejayaan dan kecerian yg berterusan dan lebih bermakna buat ibu Zarith sekeluarga… aamiin. Salam ceria 2015.. π
Terima Kasih Khir, semoga perkara yang baik sahaja berlaku pada kita semua, Amin
selamat tahun baru ibu zarith..
baru sempat berkunjung dan follow sini
salam kenal ye
Selamat tahun baru hidayu =)
Takpe. Tak rugi berhenti kerja sementara sebab nak besarkan anak2. Nanti diorang dah besar, kita mesti tersenyum bangga, inshaAllah. Graduan lulusan luar negara rupanya ibu zarith ni. Good luck! π