Assalamualaikum
Sebaik sahaja kita dapat tahu yang kita hamil, perasaan kita bercampur baur. Gembira sebab bakal menimang cahayamata, risau sebab tak tahu apa yang bakal terjadi sepanjang tempoh 9 bulan. Ada perkara yang perlu kita jauhi demi keselamatan ibu dan baby dalam kandungan.
Tapi ada juga ibu hamil yang masih tetap melakukan perkara ini, namun dengan langkah berjaga-jaga serta mintak nasihat yang pakar. Tengok jela apa yang ibu ni buat, bahaya tapi syukur masih selamat:
Jom semak supaya kita lebih berjaga-jaga:
- Merokok
- merokok akan meningkatkan risiko baby kurang berat badan semasa lahir dan juga baby pra matang. Jadi kalau boleh berhentilah merokok secara perlahan-lahan sekiranya anda ibu yang merokok.
- Alkohol
- minum alkohol boleh membahayakan nyawa baby anda. Lagipun haram dalam islam kan.
- Kafein
- Kajian menunjukkan pengambilan kefein yang terlalu banyak boleh menyebabkan keguguran dan juga kelahiran baby yang kurang berat badan. Kalau nak minum juga, pastikan pengambilan tidak lebih daripada 300mg sehari
- Toxoplasmosis
- Parasit ini hidup dalam susu dan cheese yang tidak dipastuer, daging yang tidak berapa masak, najis kucing dan juga tanah tempat kita tanam sayur-sayuran.
- Toxoplasmosis boleh menyebabkan keguguran ataupun kecacatan kepada kandungan.
- Ini boleh dielakkan dengan memakan makanan yang disenaraikan di atas serta memakai sarung tangan sekiranya hendak membuang najis kucing ataupun hendak bercucuk tanam.
- Basuh buah-buahan dan sayuran dengan cermat dan masak daging sehingga betul-betul masak.
- Ubat-ubatan tanpa arahan doctor
- Jangan ambil ubat-ubat tanpa nasihat doctor. Walaupun pening kepala, silalah rujuk kepada doctor.
- Paracetamol
- Paracetamol boleh diambil semasa hamil, namun perlu diingatkan yang pengambilan dadah perlulah dielakkan terutamanya semasa kandungan berusia 12minggu kecuali atas nasihat doctor.
- X-ray pada bahagian perut
- X-ray menggunakan radiasi yang berbahaya kepada baby dalam kandungan. X-ray gigi boleh dikategorikan sebagai selamat namun harus diingatkan yang anda perlu sentiasa memberitahu doctor yang anda hamil. Sekiranya rawatan gigi tidak terlalu urgent, doctor anda mungkin akan menangguhkan rawatan
- Jacuzzi dan sauna
- Ini perlu dielakkan semasa hamil kerana ia boleh menyebabkan anda overheated
- Chicken pox dan penyakit viral yang lain
- Virus ini boleh membahayakan ibu dan baby. Cepat-cepat rujuk kepada doctor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat mereka
- Air travel
- Ibu hamil yang travel menggunakan kapal terbang mempunyai risiko yang kecil tetapi agak merbahaya dalam membentuk Deep Vein Thrombosis (DVT- nama saintifik untuk darah beku). Darah beku ini boleh membahayakan nyawa sekiranya sampai ke peparu.
- Sekiranya anda terpaksa travel, minum air yang banyak, pakai stokin, bangun dan berjalan-jalan dengan kerap sekurang-kurangnya sejam sekali untuk betulkan peredaran darah.
- Sekiranya anda travel menggunakan kereta, pastikan lakukan perkara yang sama.
Semua pantang larang ni hanya valid dalam tempoh 9 bulan hamil je. Ada juga yang Zarith pernah buat seperti travel ke Sarawak untuk majlis pernikahan adik ipar semasa usia kandungan 27 minggu, tapi Zarith telah mendapatkan nasihat doctor dan telah melakukan perkara-perkara yang dinyatakan di atas. Alhamdulillah dengan izin Allah semuanya selamat.
Jika anda nak jugak kekal sihat serta bersemangat waja sepanjang tempoh mengandung, dah tibalah masanya untuk hubungi Zarith 013-7510028 dan cuba Set Kehamilan Terbaik .
Sangat jimat kerana boleh diambil juga selepas bersalin dan semasa menyusukan baby. Rugi sangat kalau tak bertenaga semasa hamil sebab waktu tu lah kita nak nikmati detik-detik berdua bersama baby. Kalau dok lemah terbaring je, mesti rasa tak fun betul mengandungkan anak ni. Suami pon lemah je tengok isteri asyik sakit dan lesu tak bertenaga.
Jika anda sentiasa lesu, lemah dan tidak bertenaga sewaktu hamil, sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar kecergasan dan kesihatan anda walaupun sewaktu hamil dapat dikembalikan. Barulah suami pun tak serik nak tengok isteri hamil lagi. Jika anda berada berdekatan dengan Zarith, Zarith boleh hantarkan set ini terus kepada anda. Jangan tunggu suami merungut pula akibat setiap kali hamil, dia tengok kita letih dan lesu.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Ros says
good info.
Ibu Zarith says
Semoga bermanfaat =)
Hajar Rash says
ibu mengandung memang banyak pantang larangnya
Ibu Zarith says
Betul tu hajar. Risau juga kalau ada perkara tak diingini berlaku dikemudian hari kan
zueeda says
Salam,
Saya hamil 18 weeks. Ade bela kucing outdoor. Kucing tu selalu keluar masuk Rumah. Sy mmg sukakan kucing Dr dulu lg. Semenjak hamil sy kuranglah bermain2 ngan kucing. Cuma bg mkn. Kucing biasa LA suka duduk kaki je. Adakah virus tu boleh berjangkit dgn bulu yg melekap pd bdn sahaja? Dlm hati risau plak.
Ibu Zarith says
Wsalam zueeda,
kalau boleh elakkan bermain dengan kucing since bulu dia pun boleh buat kita batuk/asma bagi yang alah. Tapi kalau memang tak boleh nak elak, pastikan mintak tolong orang lain cuci najisnya sebab najisnya yang ada parasite tu. Dan pastikan bulu dia tak terkena najisnya tu la =)
Sara says
nice info 🙂
Ibu Zarith says
Terima kasih =)
Nana says
nice info 🙂
Ibu Zarith says
Semoga bermanfaat =)