Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

February 21, 2015 by Ibu Zarith

3 Sebab Utama Berpantang Di Rumah Mertua Bukan Menjadi Pilihan

Assalamualaikum

Zarith pernah dengar perkongsian dari beberapa orang kenalan tentang berpantang di rumah mertua. Kebanyakan dari mereka berkongsi perkara yang tidak enak untuk didengar. Bukan kerana ibu mertua tidak baik, namun ada sesetengah perkara yang tidak dapat dilakukan oleh mertua seperti ibu sendiri.

 Dimanakah bezanya?

  • Tidak boleh suruh sesuka hati

    • Kebanyakan rakan Zarith mengatakan mereka malu untuk mintak tolong ibu mertua buat banyak benda. Almaklumlah, bila kita tengah berpantang ni badan memang tak larat. Jadi memang memerlukan bantuan orang lain. Kadang kala nak bangun ambil nasi pun tak larat. Tapi kalau asyik minta bantuan ibu mertua, mereka rasa serba-salah. Akhir sekali mereka akan buat banyak benda sendiri.
    • Cara tangani: Sekiranya anda betul-betul perlukan bantuan, berterus teranglah dengan ibu mertua, mereka pasti akan membantu dengan senang hati. Ibu mertua pun mesti faham perasaan kita sebab mereka juga pernah alami situasi berpantang.
  • Tidak boleh berkongsi perasaan

    • Dalam masa berpantang ni kadangkala kita dilanda “blue moon”. Terutamanya anak sulung sebab masih banyak yang kita tidak tahu nak buat apa. Rata-rata kawan Zarith kata mereka terpaksa memendam rasa kalau ada perasaan sedih ke, tak puas hati ke, penat ke. Sebenarnya perkara ni tak elok sama sekali kerana boleh menyebabkan kemurungan dan meroyan jika teruk nanti.
    • Cara tangani: Sekiranya memang tak dapat nak share sesetengah perkara dengan ibu mertua, luahkan sahaja pada suami, jangan pendam perasaan seorang diri dan menjeruk rasa. Buatlah cara macam ibu Lyna ni buat, pasti setiap hari tersenyum =)

  • Perbezaan pendapat

    • Kita dibesarkan dalam suasana berbeza jadi perbezaan pendapat tu memang tak dapat nak dinafikan. Rata-rata kawan Zarith mengadu mereka berbeza pendapat dengan ibu mertua dalam bab menjaga anak. Terutamanya dalam bab penyusuan susu ibu. Zarith selalu dengar tentang ibu mertua yang tidak menyokong penyusuan susu ibu.
    • Cara tangani: Jelaskan kepada ibu mertua dengan baik tentang pendapat dan pendirian anda. Sekiranya ada masalah tentang penyusuan susu ibu contohnya, jelaskan kebaikan susu ibu. Mungkin jika diterangkan banyak kali mereka akan dapat menerima pendapat anda.

Zarith pula sempat berpantang dengan ibu sendiri, dengan ibu mertua dan juga berpantang sendiri. Memang banyak bezanya antara setiap satu. Ada pro dan kontranya. Berpantang dengan ibu sendiri memang tip top. Berpantang dengan ibu mertua juga tiada kurangnya. Mama sangat baik dan pandai masak makanan orang berpantang, cuma kalau nak mintak tolong tu memang ada segan sikit, hehe. Berpantang sendiri pon memberikan pengalaman berharga buat Zarith. Nanti Zarith ceritakan.

Walaupun kita berpantang dan selalunya ibu yang menjaga kita, mestilah diingatkan yang suami juga perlu membantu. Sokongan dan bantuan suami akan menjadikan isteri yang sedang lemah terasa sangat dihargai dan disayangi. Kalau sesiapa yang terpaksa berpantang di rumah ibu mertua dan tak berapa gemarkannya, berfikir positif lah yang hari berpantang cuma ade 44 hari je =)

Walau apa sekalipun, mereka tetap perlu dihormati kerana setelah berkahwin, kita perlu melayan mereka sepertimana kita menyayangi, melayan dan menghormati ibu bapa kita.

Yang penting jangan lupa jaga makan dan emosi. Ini sangat penting untuk bekalan susu anak kita dan kesihatan kita selepas tempoh berpantang. Set Berpantang terbaik juga jangan tinggal. Bila kita cepat sembuh, terutamanya luka, tidak sembelit dan badan sihat dan cergas, senang kita nak bergerak ke sana sini dan menguruskan diri dan rumahtangga dengan sempurna.

Ibu ni pula memang serik berpantang semasa lahirkan anak pertama. Namun, ia tidak lagi berlaku apabila ibu ini melahirkan anak kedua. Jom tengok apakah sebabnya:

Bila badan sihat dan cergas. Semua boleh buat sendiri tanpa bantuan orang lain. Jadi untuk menjadi seperti ini, anda memerlukan Set Berpantang Terbaik.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    February 23, 2015 at 08:42

    sempat berpantang di rumah mertua sekejap. yang lainnyer bila berpantang dengan mak sendiri dan mertua adalah bab makanan.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 23, 2015 at 15:19

      Kan kak ros.. ramai cakap macam tu =)

      Reply
  2. hidayuayumie says

    February 23, 2015 at 16:41

    ayu jugak berpantang dgn ibu mertua
    ye penjagaan mmg ok je
    cume dlm hal nk mnxtlg mmg rase serba slh..
    mujur famili mertua sntiase memahami..
    tak perlu mintak mereka da tahu
    alhmdullilah dikurniakan keluarga baru yg memahami

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 24, 2015 at 17:18

      Kan ayu, segan sikit nak mintak tolong huhu

      Reply
  3. nurul says

    March 31, 2015 at 14:58

    Hee..mmg dr anak 1st kena pantang uma mak mertua dulu..lps smggu baru boleh balik uma mak..hee..bezanya mmg bab mintak tlg la..klau dgn mak sendiri bebas nak mintak tlg..klu ngan mak mertua malu..pdahal dia ok je..hee

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 31, 2015 at 16:55

      kan..kita yang segan sendiri hehe

      Reply
  4. as says

    April 2, 2015 at 11:18

    Sy skg tgh dlm pantang ank ke4.. Dn berpantang kt umh mertua.. Bg sy berpantang kt umh mertua mmg leceh ckit bb mntk tlg…. Dlm hal mndian,mknan n len2… Dlu sy berpantang umh mak sndri… Kite sng nk menyuarakn pape hal tp mak mertua ssh ckit… Mak mertua sy ni agk ssh ckit dlm bb mkn utk owg berpantang… Sekali ckp xfhm jd serbe slh sy dibtnye… Abs2nye sume sy bt sndri dr smggu bsalin hgga dh nk abs pantang … Mndi air biase bkn air suam,mkn cume nsk putih dgn ikn bilis grg smpai sbln…. Emosi sy sgt2 tergangu wktu 2… Dn kesannye pd susu sy… Makin berkurangan hgga terpkse beli susu formula utk bby sy…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 2, 2015 at 11:46

      Zarith bersimpati pada As. Semoga Allah berikan kekuatan pada As ye. Boleh cuba buat relactation untuk banyakkan susu balik

      Reply
  5. haliwafsa says

    April 11, 2015 at 15:29

    pengalaman b’pantang ank sulung di rmh mertua amat2 m’hiris hati..harapan hati dapatlah kiranya diri ini d jaga atau sekurang2nya d ajar bagaimana, apa yg perlu, apa yg jangan semasa proses b’pantang..namun hampa apabila yg kluar dr mulut my MIL..”klu org sini, pantang mcm ni..mcm tu n so on..klu org sana xtau r mcm mn…”.apakah klu b’bza negeri kita ini bkn lg manusia??apakah kita d kategori’n sbagai alien?itu blom lg saat ank d ambil ketika kita sdg mnyusu’n..tambah perit bile d kata..xpayahlah nk susu2’n..hanya linangan air mata m’jd tman..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 11, 2015 at 16:06

      Sabar ye puan. Hanya Allah yang dapat membantu puan. Tidak semua orang menerima layanan yang baik apabila berpantang bersama mentua, namun diharap itu tidaklah merenggangkan hubungan puan bersama ibu mertua. Zarith doakan yang terbaik untuk puan =)

      Reply
      • haliwafsa says

        April 11, 2015 at 18:40

        hubungan mmg renggang..hanya doa shj mmpu d pnjat’n pd yg Maha Esa..smoga bile kite m’jd MIL..buangkanlah jauh2 sgala prasaan pilih kasih antara menantu..

        Reply
        • Ibu Zarith says

          April 12, 2015 at 14:29

          Insha Allah, semoga itu menjadi pedoman buat kita dimasa hadapan kan..Semoga kita melayan menantu macam ank sendiri =)

          Reply
  6. nona says

    April 11, 2015 at 20:43

    yea..berpantang umah mertua..suami kerja..nk minta masakkan air hari2 nt ape pulak kate..akhirnye mandi je air sejuk..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 12, 2015 at 14:29

      Huhu..kesiannya puan nona, semoga tabah ye

      Reply
  7. Cik Comot says

    April 12, 2015 at 20:08

    Assalam…
    Comot baru melahirkan anak pertama dah hari ini berusia 15 hari. Memilih berpantang di rumah mertua meskipun emak ingin menjaga comot di kampung atas alasan yang tersendiri. Pertamanya kerana tidak mahu berjauhan dengan suami yang menjadi sumber kekuatan. Keduanya emak juga menjaga ayah yang kurang sihat di kampung.

    Berpantang di rumah mertua kekadang memang bermain dengan emosi. Emak mertua com baik sangat tetapi situasi rumah yang ada biras lelaki membuat rasa kurang selesa krn perlu menjaga aurat. Privasi pun kurang dengan kebisingan suara anak2 yang membuat baby sering terganggu tidurnya. Nak minta tolong lebih2 memang segan jadi gagahkan diri ‘merenyah’ juga bergerak. Nak menegur anak2 supaya jgn bising pun rasa x kena dan serba salah. Mohon cepatlah baik dan pulih supaya dpt mengurus diri dan anak di rumah sendiri.
    Terima kasih buat ibu mertuaku yang penat membantu mengurusan mandian..makan minum dan membasuh pakaian anak. Semoga Allah membalas syurga buat mu.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 13, 2015 at 07:59

      W’salam comot.
      Alhamdulillah tahniah dah selamat melahirkan baby =) Tentang privasi tu memang tidak dapat dinafikan ye comot. Zarith doakan semoga comot cepat sembuh, dan semoga mak mertua comot dikurniakan kebaikan dunia dan akhirat =)

      Reply
    • Nana says

      April 23, 2018 at 17:18

      Salam saya juga bergitu . Berpantabg dirumah mertua mmg bnyak batasannya. Saya pun mngndung anak ke2 dan.terpaksa berpantang di rumah mertua kerana rumah kami dalam proses renovation . ( baby kekuar awal sebelum renovafio rumah sendiri siap). Mmg bermain dgn emosi . Saya bru melahurkan anak 6 hari tapi terpaksa berpantang sndiri. Mandi herba sndiri. Nk harapkan adik adik ipar atau biras mmg segan lah sbb mereka pu ada hal sndiri. Jadi saya ambik keputusan untuk memerap je dalam bilik tunggu suami selesaikan kerja. Mmg gak best . Lagi kene jaga aurat . Biras saya pulak duduk berdepan dgn bilik saya dan tandas mmg berhdapan dgn bilik biras lelaki saya. ALLAHU tuhan je tahu saya ni setiap hari kene menghendap keluar nk pastikan dia tak keluar bilik baru boleh masuk toilet. Bila kita perpantang ni tandas tu dah jdi.kawan baik.kita. situ lah kita nk buat mandian. Bertanggas, berkemban semua. Mmg terseksa. Saya doa je Allah bg kekuatan saya untuk kuat jaga anak pertama dan kedua ni . Taknak meroyan royan masa berpantang ni. Huwa ! Mmg tk selese berpantang rumah mertua. Rasa rimas . Benci menyampah..pulak tu biras lelaki saya ni jenis duduk dgn mak.mertua saya sepanjang msa. Tak sediakan rumah untuk anak bini ke. Bukankah itu tanggungjawab seorng suami sediakan nafkah rumah untuk isteri.. ( mungkin dia ada maslaah kewangan ) . Tapi conclusionnyaa berpabtang dirumah mertua mmg mnyeksakan dan bnyk keburukan berbnding kebaikan ..

      Reply
      • Ibu Zarith says

        July 13, 2018 at 15:04

        semoga puan diberikan kesabaran dan dipermudahkan segala urusan =)

        Reply
  8. syu says

    April 24, 2015 at 19:05

    penah pantang rumah mntue…now pregnant 2nd baby xnk umah mntue lg…czer baru 14 hari da menyindir lmbt bangun n pemalas turun ke dapur n masak…walhal sy berpantang n bayi sy meninggal…sadis!!!!

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 24, 2015 at 23:46

      Innalillah..Sabar ye Syu. Sesungguhnya Allah menguji apa yang kita mampu tanggung. Tahniah syu sebab hamil lagi. Jaga kandungan baik-baik ye =)

      Reply
  9. naz says

    May 25, 2015 at 16:21

    saya pula lain,,, mak saya memang xnak jaga,,, ank first pn saya buat sndri sume, mak saya ni lain sb dulu dia pantang sndri jd bila kita nk manja2 ni memang tak dapat la,,, ni anak second mak dah ckp awal2 berpantang kat uma metua… xkisah la sapa nk jaga yg penting orang tu rela nk jaga kita dah cukup baik.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 25, 2015 at 17:26

      Mesti Naz ni seorang yang kuat. Semoga Allah mudahkan semuanya =)

      Reply
  10. niezz says

    December 18, 2015 at 02:47

    slam..sy ade mslah…suami sruh sy pntg kt rmh mak die sdgkan sy nk kt rmh sy …ape perlu sy buat..sguh sy xnk dgn mak mrtua sbb xbse n sgn…mcm mne ye..katenye cucu slung mmndgkn die ank sulung..mak sy dah cucu no 3 termsuk yg bkal sy lhirkn nnt…mtk pndpt sis…die kte lau brslin kt kg sy die akn blk skjap je..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 18, 2015 at 07:09

      Wsalam niezz, apa kata niezz cuba baca artikel Zarith yang ini dan point ke-6:
      https://www.ibuzarith.com/2015/10/11-tips-tangani-kemurungan-selepas-bersalin-agar-tidak-meroyan.html

      Seeloknya berbincang baik-baik dengan suami dan nyatakan terus terang apa yang niezz perlukan. Keselesaan kita semasa berpantang adalah sangat penting supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.
      Apa pun, niezz berdoalah agar dimudahkan urusan semuanya =)

      Reply
      • nana says

        December 23, 2015 at 10:44

        Masa bersalin anak prtama suami suruh brpantang rumah mak mentua, suami kata mak boleh jaga dengan baik tapi tiba2 rasa x sedap hati trus ubah fikiran nak brpantang rumah mak.mak kata biar anak prtama kat rumah mak.mak akan ajar cara brpantang dan apa yang perlu kita buat time brpantang.kalau dgn mak boleh manja2 hihihi…habis pantang ajak mak mentua datang rumah jaga anak sebulan.x sampai sebulan mak mentua dah bising2..nasip baik masa brsalin di rumah mak.tapi skrg delima lagi dah janji suami lepas nie kena pantang rumah mak mentua..huhu

        Reply
        • Ibu Zarith says

          January 6, 2016 at 17:23

          Huhu… Susah jugak ni sebab dah janji. Tapi apa pun, masalah semua boleh dibawa berbincang kan? Cuba terangkan pada suami. Dan berdoalah agar Allah melembutkan hati suami nana =)

          Reply
  11. ninimuhammad says

    April 24, 2017 at 14:50

    Salam perkenalan dari saya , Nini. Dari blog http://www.ninimuhammad.com
    Terima kasih sharing. Ada ilmu yang boleh dipelajari.
    Jom singgah blog saya juga. Ada sedikit perkongsian berkaitan info dan tips.
    Klik link ni : http://www.ninimuhammad.com/search/label/ketahui%20perihal%20bengkak%20susu

    Salam kenal dari saya =)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 26, 2017 at 07:03

      Salam kenal =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design