Assalamualaikum
Orang kata apa yang kita makan semasa hamil, itulah makanan baby kita dalam kandungan. Kalau kita makan maggi, maggi la yang anak kita makan.
Kesian baby.
Jadi jom kita ubah menu harian kita menjadi yang lebih sihat. Katakan taknak kepada fast food. Katakan taknak kepada junk food. Bukannya lama, 9 bulan je kan =)
Macam mama sorang ni, beliau kongsi macam mana beliau buat detik pertama tahu hamil. Apa yang menjadikan mama ni lain dari kita. Jom klik dan tonton video 1 minit yang sangat bermanfaat ni yang akan mengubah perjalanan kehamilan kita.
Apakah Diet Sihat Yang Wajib Ibu Hamil Ambil Tahu?
-
Salmon
- Ia adalah sumber terbaik DHA, asas kepada asid lemak Omega 3 yang sangat penting untuk perkembangan otak dan nervous sistem janin kita. Kajian menunjukkan sekiranya kita mengambil banyak ikan semasa hamil, ia boleh tingkatkan daya pemikiran baby kita. Walaupun salmon mengandungi kandungan mercuri yang rendah, kita harus juga kawal pengambilannya. Hadkan kepada 12ounce seminggu
-
Asparagus
- Tinggi folate yang menghalang kecacatan kepada janin termasuklah spina bifida.
-
Telur
- Semasa kita hamil, kandungan choline ( Vitamin yang meningkatkan perkembangan otak dan ingatan) semakin berkurangan. Jadi pengambilan telur menyelamatkan keadaan. kuning telur mengandungi kandungan choline yang tinggi. Tapi jangan berlebihan pula. Memadai sebiji telur yang direbus betul, atau omelet yang dibuat dari 3 telur putih dan 1 kuning telur
-
Yogurt
- Ia kaya dengan zinc, mineral asas untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu. Zinc membantu pembentukan DNA baby. Yogurt juga mempunyai sumber kalsium yang tinggi yang membantu perkembangan tulang baby. Ia juga mengandungi bakteria baik yang membantu proses penghadaman dan boost imun sistem kita.
-
Buah Oren
- Sekiranya kita terkena selesema atau batuk semasa hamil, kita akan terdedah kepada risiko terkena pneumonia ataupun bronchitis sebanyak 5 kali ganda. Oren adalah salah satu buah yang mengandungi Vitamin C yang tinggi untuk tingkatkan imun sistem kita
-
Bawang Putih
- Bawang putih mengurangkan risiko terkena kancing gigi dan tekanan darah tinggi semasa hamil.
-
Black Bean
- Ia kaya dengan potassium yang boleh mengawal tekanan darah kita. Ia juga kaya dengan fiber yang mengelakkan kita sembelit ketika hamil. Sekiranya takut kembung, boleh cuba pada kuantiti yang sedikit dahulu iaitu 1/4 cawan dan dinaikkan menjadi 3 cawan seminggu secara perlahan-lahan
Makanan yang berkhasiat sangat penting untuk ibu dan baby dalam kandungan. Inshaa Allah kita berusaha yang terbaik, Allah akan bagi yang terbaik untuk kita. Jangan lupa amalkan pengambilan set kehamilan yang semulajadi, selamat dan berkesan! Penting untuk mencukupkan gizi harian kita yang tidak lengkap dan musnah akibat proses penanaman dan proses memasak. Selain itu, set kehamilan ini juga akan menjadikan kita sihat bertenaga dan badan taklah lunyai sepanjang kehamilan. Enjoy your pregnancy =)
Semoga bermanfaat =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
kalau makanan cam disenarai tu bukn takat ibu hamil je..yg xhamil pun mmg elok sgt makan.. lol ^o^
haha..tuhla kan yaya..Zarith pon memang suka sangat especially bab salmon tu =)
Selalu makan telur je masa preggy dulu. Yang lain2 tu tak pernah dan tak rasa nak makan. Huhuhu…
Lepas ni boleh try kan..hehe
Kalau ada rezeki pregnant lagi boleh la. 😉
amin amin =)
Seeloknya yogurt boleh diamalkan pada usia kandungan pada waktu 1st / 2nd / or 3rd trimester? Because in so many cases normally during 1st trimester ni banyak benda yg tak boleh dimakan. Please confirm.
Boleh mula seawall 1st trimester tapi pastikan yogurt yang diambil tu pasturized ok?