Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

February 12, 2015 by Ibu Zarith

8 Resepi Berpantang Terbaik Tanpa Asyik Makan Ikan Haruan

Assalamulaikum

Tempoh berpantang adalah satu tempoh yang agak panjang. Ada sesetengah orang selama 44 hari, ada yang 60 atau 100 hari. Sepanjang tempoh tersebut, makanan yang boleh dimakan sangatlah terhad. Tak boleh makan makanan berminyak, makanan sejuk dan yang pedas daripada cili.

Zarith pula suka makan ikan tenggiri semasa dalam pantang. Waktu pantang, kuali magic Happy Call memang sangat berguna.

Sarapan:

  1. Lempeng Kelapa:
    • Bahan-bahan:
      • Tepung
      • Gula
      • Garam
      • Kelapa parut
    • Cara-cara:
      • Rendamkan kelapa parut ke dalam sedikit air panas untuk keluarkan santannya supaya nanti rasa berlemak dan sedap lempeng kita ni
      • Masukkan kelapa dan airnya tadi ke dalam tepung
      • Tambahkan gula secubit serta garam secukup rasa
      • Tambah lagi air supaya tidak terlalu pekat juga tidak terlalu cair
      • Masak menggunakan non-stick pan

Yang lain selalunya Zarith akan makan terus nasi, kadang-kadang je buat sarapan.

Bila berpantang ni banyak yang kena dijaga. Jahitan la, susu la, kaki kejang la, tak boleh jalan laju-laju la. Tapi macam mana Pn Khadeejah ni boleh selamber je macam takde apa-apa berlaku? Hairan juga padahal dulu dia la paling fobia nak ada anak lagi, sebab fobia berpantang katanya. Tak perlu huraikan lebih lanjut, jom tengok

Makan Berat:

  1. Ikan Masin Lada Hitam
    • Bahan-bahan:
      • Ikan masin (Digoreng tanpa minyak)
      • Lada hitam
    • Cara-cara:
      • Tumbuk bahan tersebut dan jika suka boleh ditambah perahan limau dan gaulkan sebati.
  2. Daging Goreng Lada Hitam (Marinated)
    • Bahan-bahan:
      • Daging dihiris halus
      • Lada hitam secukup rasa
      • Halia
      • Bawang besar
      • Bawang putih
      • Sos Cili/Cili mesin
      • Sos tomato
      • Sos tiram
      • Kicap pekat
      • Garam
    • Cara-cara:
      • Perapkan daging bersama halia, bawang putih dan bawang besar yang telah dikisar. Termasuklah sos.
      • Panaskan sedikit minyak zaitun, masukkan daging bersama bahan perap, tambahkan air mengikut keperluan bagi memastikan daging empuk
      • Setelah empuk, boleh ditambah dengan garam sesedap rasa.
      • Masukkan juga hirisan bawang besar.
  3. Ikan Bakar lada hitam (Marinated)
    • Bahan-bahan:
      • Ikan (Zarith suka potongan ikan tenggiri)
      • Lada hitam secukup rasa
      • Asam jawa
      • Garam
      • Kunyit
    • Cara-cara:
      • Tumbuk sedikit kunyit dengan garam
      • Perap ikan dengan sedikit asam jawa, kunyit yang telah ditumbuk serta lada hitam.
      • Bakar dalam kuali non-stik
  4. Ikan Singgang
    • Bahan-bahan:
      • Ikan
      • 3-4 batang serai yang telah diketuk
      • Bawang merah dihiris
      • Bawang putih dihiris
      • Kunyit dihiris
      • Halia dihiris
      • Garam
      • Asam keping
      • Gula
    • Cara-cara
      • Masukkan air ke dalam periuk
      • Rebus serai, bawang merah, bawang putih, kunyit,halia dan asam keping
      • Masukkan garam dan gula sesedap rasa
      • Kalau rasa masam dah cukup, boleh keluarkan asam keping.
      • Masukkan ikan
  5. Sup Ikan Merah
    • Bahan-bahan:
      • Bawang merah
      • Bawang putih
      • Halia
      • Lada hitam
      • 3 potong ikan merah
      • 2 biji tomato belah 4
      • Serai dan lengkuas
      • Daun sup dan daun bawang serta bawang goreng
    • Cara-cara:
      • Kisarkan bawang merah, bawang putih dan halia
      • Tumiskan dalam sedikit minyak Zaitun.
      • Bila dah naik bau, masukkan 2 mangkuk besar air.
      • Masukkan sedikit garam
      • Bila kuah dah mendidih masukkan ikan tadi dan tunggu hingga masak.
      • Masukkan tomato dan tutup api.
      • masukkan daun sup, daun bawang dan bawang goreng
  6. Sawi dan lobak putih masak bening/air
    • Bahan-bahan:
      • Sawi
      • lobak putih (sebagai penggalak susu ibu)
      • Bawang putih
      • Bawang merah
      • Ikan bilis
      • Sooh hoon
      • Garam
    • Cara-cara:
      1. Rendamkan lobak putih yang telah dipotong nipis ke dalam air panas. Agak-agak dah lembut toskan airnya. Ini untuk membunag rasa pahit yang ada pada lobak putih.
      2. Tumbuk bawang putih dan bawang merah  serta ikan bilis sehingga lumat.
      3. Masukkan air ke dalam periuk
      4. Masukkan bahan yang telah ditumbuk
      5. Bila dah menggelegak, masukkan sawi dan lobak putih. Jangan lama sangat nanti hilang khasiat sayuran tu. Masukkan juga sooh hoon
  7. Kerabu Pegaga
    •  Bahan-bahan:
      • 1 ikat pegaga yang telah dibersihkan dan dihiris kecil
      • 1 cawan kelapa muda
      • sedikit lada hitam
      • bawang merah
      • ikan bilis
      • Garam
    •  Cara-cara:
      • Tumbuk bawang merah, ikan bilis, lada hitam dan garam
      • Tumiskan bahan yang telah ditumbuk dengan sedikit minyak zaitun
      • Bila dah kering masukkan pegaga dan tutup api
      • Kacau rata

Alhamdulillah berpantang kali kedua selepas melahirkan Zayra ni bab makanan lebih teratur. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan kan? Dan yang penting semua kenalah bersederhana, jangan terlalu banyak dan jangan tak ambil langsung. Mesti diingat yang badan kita masih dalam proses pemulihan. Banyak khasiat yang diperlukan, jadi makanan seimbang sangat lah penting.

Jika anda runsing tentang Set Berpantang Terbaik, nasihat Zarith, pilihlah sesuatu yang semulajadi, selamat dan berkesan. Ini kerana bukan kita seorang sahaja yang makan, baby yang menyusu juga akan terkena tempiasnya. Hubungi Zarith 013-7510028 untuk cuba Set Berpantang Terbaik ini. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar tempoh berpantang bukanlah sesuatu yang mengerikan. Jika anda berada berdekatan dengan Zarith, Zarith akan hantarkan set ini terus kepada anda. Jangan tunggu badan seram sejuk dan sembelit baru nak beli ye. Badan kita ni nak pakai lama.

 

Love

Zarith Sofia

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. nurmisnan says

    February 12, 2015 at 19:08

    sangat menyelerakan utk ibu2 yang berpantang..
    tq for sharing here

    jom join contest petua dan herba kongsibersamanora

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 12, 2015 at 20:13

      welcome dear =)

      Reply
  2. shukran says

    February 12, 2015 at 21:17

    nice sharing ..blogwalking here..

    #follow me on shukranzahari.blogspot.com
    #nuffnangclick
    #happy blogging

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 13, 2015 at 11:44

      =)

      Reply
  3. Cik Yaya says

    February 16, 2015 at 13:21

    ikn bakar lada hitam..
    sedapnyer…..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 20, 2015 at 08:26

      sedappp yaya =)

      Reply
  4. sue izza says

    April 13, 2015 at 15:24

    ohhhh resepi macam ni org tak pantang pun terliur ni hehehhe

    Reply
  5. irni suhana says

    January 26, 2016 at 16:22

    wah menarik ni, xde la bosan sangat kalau boleh cuba menu baru..terima kasih atas perkongsian 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 28, 2016 at 01:30

      Sama-sama irni, semoga bermanfaat!

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design