Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

February 10, 2015 by Ibu Zarith

Bersalin Secara Induce Lebih Sakit Berbanding Bersalin Secara Normal?

Assalamualaikum

Zarith selalu dengar, orang kata kalau bersalin induce lebih sakit dari bersalin normal. Zarith tak tahu di mana kebenarannya, sedangkan proses yang dilalui adalah sama sama iaitu melahirkan anak selepas rasa contraction nak bersalin, push, maka lahirlah seorang baby yang comel.

induced labour

Itu hanya teorinya sahaja. Nampak mudah proses melahirkan tu kan? Tapi setelah melaluinya baru Zarith tahu, ianya benar.

Macam ibu ni, tak kesah pun bersalin normal ke czer. Apa rahsianya? Ibu ni lalui masa berpantang dengan mudah sekali dan sekarang tengah hamilkan anak ketiga. Jom kita korek rahsia ibu ini:

Allah bagi Zarith rezeki untuk rasa kedua-duanya. Semasa melahirkan Zuyyin pada 27 Jun 2012, Zarith bersalin seminggu awal dari due date dan Zuyyin keluar setelah 4 jam setengah dalam labour room dengan 3 kali push. Zarith boleh katakan ianya suatu proses yang mudah walaupun sakit bersalin tu hanya Allah je yang tahu.

Semasa melahirkan Zayra pada 07 July 2014 yang lalu, Zarith telah overdue selama seminggu. Genap seminggu je, Zarith pergi ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru atas nasihat doctor di klinik kesihatan. Setibanya di HSA doctor memeriksa kandungan dan mendapati heart beat Zayra tak berapa cantik pada waktu tu. Doctor juga menjangkakan berat baby sekitar 3.5 kg. Doctor mencadangkan agar Zarith di induced untuk mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diingini berlaku.

Tepat jam 5 petang doctor pecahkan air ketuban, dan Zarith ditolak ke bilik bersalin. Pada waktu tu tak rasa apa lagi. Selesai sesi soal menyoal, mereka pasangkan satu tiub di tangan Zarith. Pain killer pon di injet dipunggung. Mr Hubby tabah menunggu sambil berlawak jenaka sementara tunggu waktu berbuka puasa.

Bila waktu berbuka menjelang, Zarith dah mula rasa contraction yang sangat tak boleh nak diterangkan. Lain dari semasa bersalinkan Zuyyin dulu. Dan bila interval contraction hanya selang 2 minit, rasa dah hilang pertimbangan dah. Memang tak boleh nak tahan sakitnya. Suara pun dah garau waktu tu dek kerana menahan kesakitan.

Rasanya doctor pon tahu Zarith tak dapat nak tahan sakit sampai dia menawarkan agar Zarith melahirkan Zayra pada waktu tu walaupun bukaan hanya 8cm lebih. Disebabkan Zarith diinjet dengan pain killer, jadinya proses meneran tu agak lama, Zarith mamai rasa mengantuk sangat, habis push, tidur, habis push, tidur lagi. Setelah 4 jam setengah dalam labour room, maka Zayra yang seberat 3.75 kg pon lahir. Walaupun tempoh masa Zarith berada dalam labour room adalah sama semasa lahirkan Zuyyin (normal) dan Zayra (induced), namun Zarith rasa seperti lama yang amat sangat tempoh untuk melahirkan Zayra. Kesakitan yang agak kuat berbanding semasa lahirkan Zuyyin dulu. Sedangkan selalunya orang kata bersalin anak sulung sepatutnya lebih lama dan lebih sakit. Wallahualam.

Setelah melakukan sedikit kajian dan bacaan, baru la Zarith tahu memang benarlah kesakitan melahirkan secara induced lebih sakit berbanding bersalin normal.

Kenapa perlu induced?

Doctor akan mencadangkan kita diinduce sekiranya berlaku salah satu daripada di bawah. Sama ada:

  1. Ibu telah overdue selama dua minggu dan masih tiada tanda-tanda nak bersalin
  2. Air ketuban dah pecah tapi masih tiada contraction
  3. Ada infection pada uterus
  4. Baby sudah tidak membesar lagi
  5. Air ketuban yang mengelilingi baby tidak mencukupi
  6. Ibu mempunyai masalah kesihatan yang akan membahayakan nyawa kedua-dua ibu dan baby seperti diabetes atau darah tinggi

Kenapa Bersalin Secara Induce Lebih Sakit Berbanding Bersalin Normal?

Bila dikatakan induce ini maksudnya sejenis hormon sintetik Pitocin digunakan untuk merangsang contraction. Ia menjadikan bersalin secara induce ini lebih sakit kerana ia merangsang contraction yang kuat pada jangka masa yang singkat. Sekiranya kita bersalin secara normal, contraction berlaku pada jangka masa yang agak panjang iaitu berhari-hari tanpa kita sedari, dan serviks menjadi semakin lembut serta terbuka dan contraction pula semakin kuat menjelang waktu bersalin.

Selain itu contraction yang dialami oleh ibu yang diinduce ini lebih rapat dan konsisten jangka masanya berbanding dengan ibu yang bersalin normal yang mana kesakitan contraction adalah berubah-ubah jangka masanya dan kekuatannya, membolehkan ibu berehat sementara menunggu contraction.induced labour

Jadi adalah dinasihatkan agar ibu-ibu dapat berbincang dengan doctor yang bakal menyambut kelahiran bayi tentang plan kelahiran yang ibu-ibu mahukan. Induce labour ni kalau tidak bernasib baik, seperti contraction sudah semakin kerap tapi jalan masih belum buka, ibu mungkin akan menjalani pembedahan.

Jom tengok perkongsian rakan-rakan kita dari Kelab Ibu Hamil, Berpantang, dan Menyusukan tentang topic ini:

sakit induce

sakit induce 2

Antara perkongsian ibu-ibu tentang bersalin induce

Walau apa cara sekalipun, doctor dan pembantunya akan lakukan yang terbaik untuk selamatkan kedua-dua ibu dan baby. Jadi jangan terlalu risau. Berdoa sahaja agar semuanya baik-baik sahaja =)

Lakukan 5 langkah senaman yang dapat memudahkan proses bersalin mommies. Juga boleh lakukan 9 Tips mudah bersalin ini. Buat dari awal dan ini inshaaAllah akan kurangkan masa ibu-ibu dalam labour room nanti

Yang penting sebaik sahaja selepas melahirkan baby, jangan lupa Set Berpantang Terbaik. Badan kita perlukan nutrisi yang lengkap untuk kembali pulih setelah berhempas pulas dalam labour room. Zarith ambil Set Berpantang Shaklee ni sebaik sahaja keluar dari Labour room. Alhamdulillah berbeza sungguh dengan pengalaman bersalinkan Zuyyin

Dan jangan lupa untuk Dapatkan Tips-Tips Yang Menarik Berkaitan Dengan Kehamilan, Kelahiran/Berpantang, Penyusuan Susu Ibu & Keibu-Bapaan Di SweetBonda.my

 

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

 

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Cik Yaya says

    February 11, 2015 at 10:29

    as’salam…
    fuhh sakit kalau induce tu kan..lbh baik cra normal..
    wee seriau ni hehe cmne la nti yaya =p

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 11, 2015 at 15:50

      wsalam..
      Tuhla kalau normal tu secara semulajadi, ikut suka baby je bila nak mengeras ke apa..huhu..cuak-cuak

      Reply
  2. Merlyn Hasshim says

    February 11, 2015 at 10:35

    kena jugak induce dekat HSA, padahal sebelum tu pakar dah beritahu pada doc on duty, pesakit ni tak payah induce. normal jer sebab takder masalah. Memang giler baban sakit la. the first and the last bersalin kat HSA.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 11, 2015 at 15:50

      Ingat nak cakap first and last bersalin hehe…kesakitan yang ibu-ibu tak tahan tapi masih tak serik kan kita ni, hehe

      Reply
  3. ros says

    February 11, 2015 at 14:30

    Dua-dua kak Ros pernah rasa. induce dengan normal. Alhamdulillah. Dua-dua pengalaman yang amat berharga.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 11, 2015 at 15:49

      Alhamdulillah.. Allah bagi rezeki kita rasa dua-dua kan kak ros =)

      Reply
  4. hani says

    April 8, 2015 at 07:17

    Saya penah induce sekali masa lahirkan baby kedua…memang sakit dia lebih sikit dari baby pertama yg normal tak induce…hihi..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 8, 2015 at 08:52

      Kan hani..sama la kita 2nd baby hehe

      Reply
  5. suliana says

    May 30, 2015 at 18:04

    Saya pun dulu kena induce juga. Sakitnya xtau nak cakap. Teran byk kali tak mau kluar, smpai bengkak juga la. Last2 kan czer juga. Sakit dua2 juga….. tapi tak serik2….

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 31, 2015 at 17:39

      Adui, kesian betul yang dah cuba normal tapi akhirnya kena induce. Takpa besar pahala melahirkan, sebab tu ibu-ibu tak serik, nak kumpul pahala hihi

      Reply
  6. ina says

    May 30, 2015 at 22:23

    Pgalaman anak sulung kena induce… 4biji maauk ubat 3 ari bukak 3cm je.. last ari ke 4 rehat.. ari ke5 tolk masuk labour room bukaan 3cm.. pecahkan air ketuban.. drip air… contraction stiap 3minit dr jam 1.30pm smpi 11pm.. tuhan je tau macam tercabut pinggang sume.. last2 bukak sampi 6cm.. finnly ceaser jugop…. .. ni anak 2nd da masuk 39miggu++ hope daptlah normal… tapi blum ada tnda2… sakit… lg smggu kalau tak sakit jgak… kena serah diri… takut sgt2…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 31, 2015 at 17:34

      Semoga lepas ni ade rezeki ina untuk normal ye..aminn..kita doa byk2 =)

      Reply
  7. ummu khayla jual vitamin says

    September 22, 2015 at 22:39

    wah.. perkongsian yg sangat menarik. sy cuma ada pengalaman bersalin normal, tak pernak kena induce. 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 29, 2015 at 05:21

      Hehe.. Semoga tak pernah kena la lepas ni hihi

      Reply
  8. Fazlina says

    January 1, 2016 at 19:04

    Ank 1st induce sbb overdue,ank yg no 2 normal dan yg 3 & 4 smuanya induce sbb gdm..dpt merasa kdua2 nya bsalin normal n induce☺☺☺

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 6, 2016 at 17:22

      wah banyak kali kena induce ye..huhu..ngeri jugak tu

      Reply
  9. tiara says

    June 9, 2016 at 22:27

    mmg sakit diinduce masa bersalin. pglmn sy, jam 8 pagi dipecahkan air ktuban, 9 pagi dimasukkan ubat dlm labour room. tuhan saja yg tahu betapa peritnya sakit dr pagi hingga ke malam. tu pun bukaannya smpi 7 cm je, di paksa beranak normal juga apakan daya tenaga dah habis disiang hari huhu. mesin cek jantung baby dah sot, brulah sy dibedah. syukur 12.02 am my baby lahir dgn selamat biarpun sakit lebih 12 jam tu rasa mcm nak mati.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 20, 2016 at 02:12

      uish sungguh mencabar sekali pengalaman tu. tapi bila dapat tengok baby, hilang semua sakit kan? =) Alhamdulillah semuanya selamat

      Reply
  10. Fatin azlin says

    June 13, 2016 at 13:39

    Aduhhhh sy da lebih due ni,sepatutnya 11.6.2016 da berslin tpi smpai skrg xbrslin2 lg,,,Dlm hati memg risau sgt…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 20, 2016 at 02:06

      Semoga Allah mudahkan segala urusan Puan Fatin =)

      Reply
  11. Kak Cun says

    October 20, 2016 at 15:01

    Dugaan betul nak lahirkan anak, pengalaman dari kawan-kawan induce memang lebih sakit. Tapi bila tengok muka anak sakit semula hilang.. =)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 22:36

      betul kak cun…comel sangat dengan bau yang harummmm tu kan

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design