Assalamualaikum
Dah lama Zarith tak strip wash Cloth Diapers (CD) Zuyyin dan Zayra. Zayra pon dah nak masuk 7 bulan, dah sepatutnya buat 2 kali sebab sekarang Zuyyin dan Zayra share Cloth Diapers.
Kenapa Perlu Strip Wash?
- Untuk memaksimakan kembali performance CD
- Untuk menjadikan CD cantik seperti baru dibeli. Eh?
- Terjadinya detergent build up pada CD
Bila Perlu Strip Wash?
- Bila cloth diapers anak-anak dah berbau ammonia. Atau dengan bahasa mudahnya, berbau hancing yang dahsyat sampai ibu yang nak bilas pon boleh pengsan.
- Sekiranya cloth diapers anak dah mula bocor, harus juga dipertimbangkan untuk strip wash.
- Bila mould sudah terbentuk (mould mudah terbentuk pada insert organic)
- Atau sekurang-kurangnya 4 bulan sekali
Bagaimana Nak Strip Wash Dengan MUDAH?
- Masukkan air panas ke dalam mesin basuh untuk menjadikannya suam.
- Kalau pakai mesin basuh ada suhu lagi senang! Setkan kepada 60 darjah celcius.
- Masukkan 3 sudu Rockin Green Detergent (RGD) ke dalam air panas tadi.
- Masukkan insert cloth diapers dan rendam selama tiga jam. Sekiranya dan teruk sangat biarkan semalaman.
- Masukkan cover cloth diapers apabila air mula suam (Ini utnutk mengelakkan lapisan PUL rosak)
- Selepas tamat tempoh rendaman, boleh la mulakan basuhan seperti biasa, tak perlu tambah sabun lagi ye. Jemur. Siap!
Bagaimana Nak Strip Wash Dengan MURAH?
- Masukkan pencuci pinggan Sunlight ke dalam tadahan air panas. Tak perlu terlalu banyak.
- Rendam semua insert yang nak di strip wash. Biarkan.
- Bilas dan perah.
- Rendam semua insert tadi dalam air suam yang mengandungi secawan cuka biasa. Biarkan
- Bilas dan perah. Kena pastikan semua cuka dah tiada.
- Rendam semua insert tadi dalam air suam yang telah dicampurkan dengan 1 sudu besar soda bikarbonat. Langkah ini untuk meneutralkan semua asid yang ada dalam cuka tadi, sekiranya ada yang masih tertinggal. Biarkan.
- Bilas dan Perah. Jemur. Siap!
Terpulang kepada para ibu-ibu nak pilih cara yang mana. Zarith suka pakai RGD kerana ianya sangat simple. Tak perlu fikir banyak. Namun harganya agak mahal jika berbanding dengan cuka dan sunlight. 1kg RGD berharga rm59. Jadi kena la berjimat cermat =) Basuh CD pakai RGD nanti CD akan berbau harum dan putih berseri-seri =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Rajin betul la zarith =)
minat la hawa.. hehe
mana nak dapat RGD?
Boleh beli dari Bummia kids =)