Assalamualaikum
Minyak bawang putih atau dikenali sebagai garlic oil memang sangat berguna terutamanya untuk merawat selesema ataupun batuk. Zarith suka buat garlic oil dalam kuantiti yang banyak. Bila Zuyyin atau Zayra batuk atau selesema Zarith akan sapukan pada bahagian dada, belakang dan juga tapak kaki dengan kerap. Jadi tak perlu la Zarith buat banyak kali.
Walaupun garlic oil ini adalah bahan semulajadi, tapi harus diingat ‘patch test’ mesti juga dilakukan.
Apakah itu ‘Patch Test’
Ujian ini untuk menentukan sama ada kulit seseorang itu alah atau tidak dengan sesuatu bahan. Sapukan sedikit minyak bawang putih ini pada bahagian dalam lengan dan biarkan selama 24jam. Sekiranya keluar bintik merah ataupun apa sahaja jenis alahan, maka kulit kita tidak sesuai terhadap bahan tersebut
Cara membuat Garlic Oil
- Ketuk bawang putih yang masih berkulit. Buat 1 atau 2 labu bawang putih
- Masukkan dalam periuk yang tidak berminyak dan panaskan
- Biarkan sehingga kulit bawang putih agak coklat kehitaman. Tutup api.
- Masukkan secawan minyak zaitun ke dalam sebuah bekas bertutup
- Kupas bawang putih yang dah masak tadi
- Masukkan bawang putih yang dah tiada kulit tadi ke dalam bekas yang mengandungi minyak zaitun tadi.
- Gunakan sudu atau tangan untuk hancurkan bawang putih tadi supaya khasiat bawang putih meresap ke dalam minyak zaitun tadi.
- Dah siap dan boleh digunakan =)
Ada juga ibu-ibu yang mempunyai anak yang kerap sakit berkongsi pengalaman mereka. Jom tengok! Semoga bermanfaat =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
bagus garlic oil ni.
Kak Ros pun selalu sapu kat Luqman dan Maryam kalau diorg selesema.
Kan..memang bagus, jimat pun jimat hehe
Assalamualaikum…
Minyak zaitun jenama apa yg paling bagus puan?
Wsalam ibu ammar,
tak kesah yang mana, Zarith pun tukar-tukar =)
Sis, buat banyak2 garlic oil tu, tahan lama mane ye? Letak dalam bekas kedap eh?
So far buat xpernah lebih 2 3 hari, kene buat baru sbb cepat habis 😊 letak dlm tupperware atau mangkuk biasa je pun boleh
Minyak zaitun yang buat masak tu boleh guna ke?
Boleh sue.
Kalau sakit tekak, boleh makan x? Edible kan ni?
Kalau sakit tekak boleh berkumur dengan air garam pekat
Sis..bwg putih tu klu xmsk dlu blh ke? Means kupas kulit lpstu titik then msukkn terus dlm olive oil utk guna?
T.kasih ats pencerahan ☺
Kene masak dulu, takut terlalu panas untuk baby.
ada yg guna baby oil, ada beza ke antara olive oil ngan baby oil?
Terpulang pada mak masing-masing =) minyak masak pun takde masalah
Assalam sis.. klu selain minyak zaitun, minyak masak blh guna x? Tq..
Wsalam wbt..boleh =)
Gune minyak jonson baby tu boleh ke campur dgn garlic?
kalau boleh minyak zaitun la, ada sifat antivirus dan antibakteria
kalu ganti dgn Minyak masak bole x sis??
boleh =)
Minyak zaitun jenama syurah ty kan da ade campuran chemical. Blh jgk ke? Atau kne cari yg pure?
cari yang pure lebih bagus
Hi kak, boleh guna olive oil tak.. Yg pakai Kat rambut. Minyak rambut olive oil
boleh dik. Asalkan yang asli dan tiada bau wangi dan bahan penambah lain
assalamualaikum ☺️
no. 2 masukan ke dlm periuk dan masakan menggunakan air ke?
wsalam wbt. Sangan/ goreng tanpa minyak
Terimakasih ibu Zarith. sangat bermanfaat.
Alhamdulillah..sama2 =)
Assalammualaikum…kak kalu guna minyak kelapa dara blh x?
Wsalam wbt. Boleh takde masalah =)
Tq ibu zarith
Sangat bermanfaat
Sama-sama =)
Tq for sharing. Kalo untuk batuk yg jenis gatal tekak tu sesuai tak garlic oil ni?
sesuai. ni untuk luaran. untuk dalaman boleh amalkan makanan yg tingkatkan imun sistem