Assalamualaikum
Minggu lepas kami sekeluarga batuk, termasuk Zuyyin. Siap selesema lagi. Oleh kerana setiap hari Zarith memang akan buat minuman petang, kesian pula bila Zuyyin bangun tidur tiada aktiviti memasak bersama. Jadi setelah seminggu tak buat minuman petang kerana tiada idea untuk masak minuman petang yang tiada gula dan berminyak, akhirnya dapat juga buat mini pizza yang ringkas.
Bahan-Bahan:
3/4 cawan tepung
3/4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil serbuk bawang putih
3/4 cawan susu segar
1 biji telur, pukul sedikit
1 cawan mozarella cheese yang telah disagat
** 1/2 cawan mini pepperoni (Zarith tak pakai ni)
** 1 cawan sosej yang telah dihiris halus (Zarith tak pakai ni)
** 1/2 cawan pizza sos (Zarith tak pakai ni)
** Zarith gantikan bahan basah ni dengan ayam yang Zarith cincang halus dan mixed Vegetables.
Cara Membuat:
- Panaskan oven kepada 175 Celcius
- Griskan muffin pan. Tapi Zarith tak ada, jadi pakai muffin cup je.
- Dalam satu mangkuk, campurkan tepung, serbuk bawang putih, dan baking powder.
- Masukkan susu dan telur yang telah di pukul sedikit tadi.
- Masukkan bahan-bahan yang lain dan kacau.
- Biarkan selama 10 minit.
- Kacau lagi campuran tersebut dan masukkan ke dalam muffin cup. Untuk muffin cup bersaiz sederhana, dapat la dalam 12 cup.
- Bakar sehingga keemasan iaitu lebih kurang 15-20 minit.
- Sementara itu, panaskan sos pizza (sekiranya anda gunakan ni) dalam microwave. Cicahkan mini Pizza yang dah siap tadi ke sos pizza ni.
Bagi Zarith untuk orang dewasa, mini pizza ni lebih sedapa kalau kita letak sedikit lada sulah dan lada hitam serta sedikit garam. Baru best! Tapi ni pon dah memadai. Happy sangat Zuyyin makan dengan laju. Kebanyakkan muffin ni Zuyyin yang makan. Ibu dan ayah Zuyyin cicah sedikit sos cili =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
wah.. sedapnyer. mau try nanti dengan luqman.
Wow…lazat!! …blh try buat ni..BLOGWALKING….Happy blogging
buat la, senang je. ok Zarith akn balas lawatan sambil belajar =)