Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

February 3, 2015 by Ibu Zarith

Pemilihan Milkbooster Yang Terbaik Bukan Mudah

Assalamualaikum

Terus terang Zarith katakan, tak pernah terfikir tentang milkbooster, makanan tambahan untuk ibu menyusukan agar susu menjadi banyak dan cukup untuk permata hati kesayangan. Yang Zarith tahu, sebelum melahirkan Zuyyin Safiyya pada Jun 2012 yang lalu, Zarith MESTI susukan Zuyyin sehingga dua tahun tanpa bantuan sebarang susu formula.

Zarith google tentang keperluan yang perlu ada sepanjang tempoh penyusuan. Yang ada cuma pam susu, tempat menyimpan susu serta kekuatan mental dan fizikal. Tak pernah pula Zarith terjumpa tentang masalah-masalah yang dihadapi sepanjang tempoh emas tersebut.

Cara Banyakkan susu ibu

Tapi betul kata orang, selagi kita tak berada dalam situasi tersebut kita tak akan tahu apa yang berlaku. Tempoh penyusuan Zuyyin sungguh lancar, bahagia dan gembira sehinggalah Zuyyin hampir masuk ke fasa 5 bulan. Waktu tu Zarith mula bekerja semula. Waktu mengepam masih tetap disilplin, mungkin kerana stress, susu mula menunjukkan tanda-tanda semakin sedikit.

Waktu tu hanya Allah yang tahu apa yang bermain difikiran. Baru 5 bulan, susu dah sikit, masih berbaki 19 Bulan. Kurma, habbatussauda, madu dah ambil setiap hari. Waktu mengepam disiplin. 3 kali sehari di ofis. Di rumah pula sekali sebelum tidur, sekali selepas bangun solat subuh. Setiap malam buat power pumping. Minum air suam lebih dari 3 liter sehari. Orang kata makan lobak putih, sayur hijau yang banyak, dah cuba juga tapi mungkin tidak serasi. Minuman berkafein dan berais memang tak sentuh. Jadi di mana kurangnya?

Teruskan google, mungkin ada yang Zarith terlepas pandang. Terjumpa sejenis tumbuhan yang diberi gelaran Alfalfa. Cuba cari dan terjumpa di bahagian sayuran organic di Tesco. Satu kotak kecil tu RM6.90. Terdetik juga kenapa la mahal sangat Alfalfa ni. Tapi sebab desperate, Zarith beli juga.

Hari Pertama, OK.

Hari Kedua, OK.

Hari Ketiga, Tekak dah tak mahu telan.

Setiap malam berdoa supaya Allah bantu. Berdoa dan menangis memikirkan nasib si anak. Mr. Hubby sentiasa bagi sokongan dan kata-kata semangat. Menawarkan diri untuk membeli apa sahaja yang Zarith terjumpa dalam google, makanan yang dapat membanyakkan susu ibu.

Jom tonton Video Zarith ni, apa yang Zarith ambil untuk bantu Zarith sepanjang tempoh menyusukan anak-anak Zarith sehingga kini, 4 orang semuanya.

Keadaan Zarith tak ubah seperti Puan Farah ni, stress bila stok susu semakin berkurangan. Beliau lagi kesian, kerja shift di hospital. Jadi bagaimana cara beliau mengatasinya? Jom tengok video ni:

Memang Allah tak pernah hampakan Hamba-Nya.

Satu malam Zarith mencari penjual barangan menyusu. Berjodoh pula dengan pemilik Wonderful Ibu, Kak Wana. Borak punya borak terkeluar lah cerita tentang susu merudum. Kak Wana pun berkongsi dengan Zarith tentang satu produk yang telah membantu ramai ibu menyusukan untuk mengatasi masalah susu merudum. Bila Kak Wana sebut tentang Set Penyusuan Shaklee, Zarith rasa pelik sekejap. Bukan ke Shaklee ni jual Vitamin? Sejak bila pulak Shaklee ada keluarkan Set Menyusu ni?

Kak Wana pon terangkan dengan lebih perinci. Menurut Kak Wana, Set Penyusuan Shaklee ni terdiri daripada:

  1. Vitalea with Iron Formula – 120 Biji
  2. B-Complex with Folic Acid – 120 Biji
  3. Sustained Release Vitamin C -180 Biji
  4. Ostematrix – 120 Biji
  5. ESP – 850 gram
  6. Alfalfa small- 330 Biji
  7. Omega Guard 90 Biji

Kak Wana cakap, sekiranya Zarith jadi Ahli Shaklee pula akan dapat harga yang lebih murah Kemudian Kak Wana terangkan pula bagaimana Zarith boleh dapat Keahlian Secara Percuma. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, Zarith join menjadi Ahli Shaklee pada December 2012.

Apa yang Kak Wana terangkan membuatkan Zarith semakin faham dengan kehendak tubuh sendiri. Badan Zarith yang keletihan serta kepala yang stress menyebabkan susu merudum. Setiap hari balik dari kerja, Zarith akan masak, mengemop satu rumah, membasuh cloth diapers, dan sebagainya. Bukan mengeluh, kerana ia adalah tanggungjawab, namun baru Zarith perasan, badan semakin hari semakin letih dan lesu. Muka pon tiada seri.

Jadi, setiap daripada Vitamin ini mempunyai fungsi yang tertentu untuk tubuh kita. Vitalea adalah multivitamin pertama di dunia. Ia melengkapkan nutrisi harian Zarith yang lompong. Almaklumlah, kebanyakan khasiat makanan akan hilang semasa Zarith memasak dan sebagainya.

Selain mendapat jolokan sebagai “Vitamin Pemberi Tenaga”, B-Complex Shaklee yang mengandungi Vitamin B6 akan melegakan saraf kita dan seterusnya akan mengurangkan stress.

Sustained Release Vitamin C Shaklee pula meningkatkan imun sistem Zarith dan Zuyyin. Bila kita penat dan stress, imun sistem akan menjadi rendah dan seterusnya akan meningkatkan kebarangkalian kita untuk diserang pelbagai penyakit. Sustained Release Vitamin C adalah istimewa kerana Vitamin C yang terkandung di dalamnya akan dilepaskan secara perlahan-lahan. Ini akan memastikan badan kita mempunyai bekalan Vitamin C yang mencukupi dalam jangka masa yang panjang.

Selalunya akibat terlalu kepenatan, esok paginya selepas bangun dari tidur, Zarith akan sakit-sakit badan. Ia adalah satu perkara yang biasa bagi ibu yang menyusukan. Namun sejak berkenalan dengan Ostematrix, Alhamdulillah bukan sahaja keperluan Kalsium mencukupi, namun sakit dan sengal badan selepas bangun dari tidur hampir tiada. Proses pembuangan air besar juga menjadi mudah =)

ESP adalah perkara ajaib yang berlaku pada Zarith. Macam tak percaya, hanya dengan 3 sudu ESP Zarith dapat bertahan sampai malam. Bertenaga sampai malam. Tiada lagi moody, tiada lagi mengadu keletihan.

Alfalfa yang dikatakan sebagai raja tumbuhan juga memberi impak positif. Ada yang mengatakan Alfalfa ini sebagai perapat, hanya yang dah cuba je yang tahu kesannya =)

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Akhirnya Zarith jumpa milkbooster yang betul-betul sesuai dengan Zarith setelah mencuba pelbagai cara dan makanan. Bukan sekadar susu meriah, namun kesihatan pun optimum. Walaupun harga boleh tahan seperti menggigit jari, namun jika dikira tidak lah semahal mana. Zarith boleh gunakan Set Menyusu Shaklee ni sehingga 4 bulan. Lagipun tidak juga semahal susu formula yang tidak berkhasiat itu untuk diberikan kepada permata hati kesayangan ibu ni.

Alhamdulillah Zarith berjaya menyusukan Zuyyin sehingga 2 tahun 1 Bulan. Macam tak percaya yang dulu pernah menangis dan risau tak boleh tamatkan tempoh emas 2 tahun tersebut. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa hambaNya.

Dan sekarang Zarith nak share kepada kawan-kawan yang mempunyai masalah yang sama dengan Zarith pada satu masa dahulu. Selain Zarith, ramai lagi sahabat kita di luar sana yang berpuas hati dengan Set Penyusuan Shaklee ni.

Jom kita tengok Testimoni dari mereka:

# Testimoni 1:

testimoni set menyusu shaklee1

[Nurul Hafizah Alias]

Salam sory kalu menyampuk tp saya nk share. Saya tak pernah susukan anak-anak saya yang pertama dan kedua sebab saya memang takde susu walau dah urut, minum air banyak dan makan pil. Tapi selepas diperkenalkan dengan Shaklee Set Menyusu Alhamdulillah susu dah mula keluar walau sedikit. Tapi saya nekad nak susukan baby jugak, saya buat marmet setiap 2 jam, biar sikit tapi buat. Finally sekarang Alhamdulillah baby dah 5 bulan hari ni fully 3 bulan breastfeed sebab baby kat NICU 52 hari so tak breastfeed plus susu tak banyak. Saya nekad nak susukan baby. Selain Shaklee kena gak minum air yang banyak dan makan nasi. Inshaa Allah ada rezeki baby. Walau dah lepas 2 bulan baby tak breastfeed ternyata susu tetap ada kalau rajin pam. Apa pun niat dan keinginan penting. Selamat mencuba.

# Testimoni 2:

Testimoni Set Menyusu Shaklee2

[Shieda Adha]

Dah 3 minggu try and sangat happy and berpuas hati dengan shaklee.

First sebab rasa badan jadi sihat dan cergas eventhough dalam pantang tak cukup tidur because layan baby yang cranky nangis siang malam.

Second sebab milk production improved in term of quality and quantity. Susu jadi lebih pekat (thanks to ESP) and i like the yellowish tinge of Vitamin B-Complex. Kalau awal-awal dulu maximum dapat 20 oz/day sekarang ni dapat 30-35 oz. Yeay!

Third sebab Shaklee maintain kesihatan saya dan baby. Kami baru pulang bercuti, dari Kelantan– Muar–KL–Kuantan–Pasir Putih (6 Days journey) Baby umur 40 hari, she remained well, tak demam or kembung-kembung pun. Same goes to me, langsung tak rasa penat.

Shaklee memang best!

# Testimoni 3:

testi set menyusu3

[Nor Melati]

Terdetik nak kongsi pengalaman 3 bulan mencuba Alfalfa & ESP, Alhamdulillah setakat ni stok yang Berjaya dikumpul untuk si kecik. Lepas saja bersalin hati dah niat nak fully breastfeed tapi susu tak berapa banyak. Memandang baby Qhalish saya sangat kuat menyusu. Ada cuba jugak bagi susu formula pada mulanya tapi baby muntah maybe tak sesuai. Malas dah nak mencuba susu formula lain. Dah mahal pulak kan. Tertengok statement kawan di FB yang baru lepas pantang amalkan Supplement Shaklee, terus roger dan sampai sekarang saya amalkan dengan konsister. Paling happy dapat share info dengan kawan-kawan lain dan semua berminat nak mencuba

#Kulit baby Qhalish makin cerah dan gebu bila minum ESP ni. Yang paling best, badan saya dah kembali ke asal before preggy lagi

Thanks Shaklee!

#Testimoni 4:

[Liza Suriani Abdul Jamal]

Just nak share saya punya experiment selama sebulan ni berkenaan menambahkan susu badan. Ini apa yang saya buat dan hasilnya:

  • Makan Set Shaklee, Alfalfa 6 biji sehari. Akibatnya saya kena pam paling lewat 3 jam sekali, sebab susu teramatla banyak dan teramatlah lemak dan kuning. So kena rajin pam. Kalau malas kena block duct. Saya busy takde banyak masa nak pam time kerja
  • Makan Set Shaklee tapi tak amik alfalfa. Susu maintain tapi kurang lemak. Pam setiap 4 jam jugak. Menghadapi keputihan.
  • Tak makan Set Shaklee langsung, pam setiap 4 jam. Hasil sama banyak tapi badan amatlah penat dan stress
  • Makan Set Shaklee semua termasuk Alfalfa dan pertambahan ambil Kalsium dan Vitamin E. Badan segar, tak penat, susu bertambah-tambah banyak, pekat dan kena pam 3-4 jam jugak.
  • Tak makan Shaklee dan jarakkan waktu mengepam 6 jam sekali. Sekali pam dapat 15 oz. Dan akibatnya, bila pam back to normal 4 jam sekali susu dah kurang

Berdasarkan Experimen Saya Di atas, saya dah buat keputusan untuk masa depan saya dan anak. Saya menjalankan aktiviti No. 4 dan saya dah dapat memuntahkan semula peti ais saya. Saya percaya pada LEBIH BANYAK PAM, LEBIH BANYAK SUSU. Supplement adalah untuk menjaga kesihatan badan

Kini milkbooster yang sama Zarith masih amalkan masa menyusukan Zayra, dah hampir 13 bulan tempoh penyusuan. Dengan 12 bulan exclusive breastfeeding tanpa solid food. Alhamdulillah tak perlu lagi nak mencari susah payah apa yang sesuai untuk diri Zarith sebagai penggalak susu.

Ibu-ibu ada juga yang menghadapai masalah yang sama dengan Zarith? Risau susu tak cukup? Stok susu dalam peti semakin berkurangan? Dah cuba pelbagai cara tapi susu masih takat tu je? Lemah, lesu tak bermaya menjelang petang? Sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar anda mampu untuk menyusukan permata hati kesayangan sehingga 2 tahun.

Anda juga boleh beli sendiri dengan klik di butang  SHOP NOW ini. Sungguh mudah dan pantas =)

shop now

🍃Your Shaklee Health Consultant &
Business Leader🍃
Zarith Sofia
914562
013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    February 3, 2015 at 22:01

    ramai ibu menyusu mengadu susu dah kurang bila anak nak masuk 5 bulan ke atas. sama-samalah kita berusaha untuk berikan yang terbaik untuk anak-anak kita.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 4, 2015 at 00:36

      Betul tu kak ros. Umur baby 5 bulan memang saat genting

      Reply
  2. atiqah says

    February 4, 2015 at 08:58

    Betol tu kak. Sakit badan kan sbb menyusu, lagi2 direct bf mcm sya. Naseb baik ada ostematrix, alfalfa n esp. Wajib amik setiap hari. Umar pon dpt susu ibu, dah 1y8m. Mmg awal2 dah target menyusu anak sampai 2thn. Good article 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 4, 2015 at 17:34

      Alhamdulillah Atiqah. Kak Zarith pon sejak dah kenal set menyusu ni tak risau lagi. Syukur =)

      Reply
  3. Cik Yaya says

    February 4, 2015 at 13:28

    as’salam..
    bguna ni bila yaya da ade bby nti..
    try guna prdk shaklee =)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 4, 2015 at 17:35

      Cuba yaya, pasti jatuh cinta =)

      Reply
  4. Aya Chalo says

    June 28, 2015 at 17:40

    Sekarang tengah menyusukan baby Rara. Memang Set Menyusu ni banyak membantu. Susu pekat, meriah, penat pun kurang, yang lagi best sebab tak rasa lapar tapi tetap bertenaga. Memang tak bole skip. Hari2 wajib amik 😀

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 2, 2015 at 18:42

      Kan..nak-nak tengah bulan puasa ni, wajib ambik =)

      Reply
  5. su says

    October 29, 2015 at 11:57

    memang dah lama jatuh cinta dengan set menyusu ni..Alhamdulillah syukur juga dipertemukan dengan produk yang sesuai dan berkesan.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 30, 2015 at 02:55

      Alhamdulillah su, memang tak mudah kita nak pilih sesuatu yang serasi dengan kita. Yang penting ianya semulajadi, selamat dan berkesan =)

      Reply
  6. Aida says

    November 20, 2018 at 21:57

    Salam Ibu Zarith
    Cucu saya (Ayra) taknak minum susu formula mahupun susu badan bila sedar. Tapi bila cucu saya mamai dia akan minum. Pada mulanye saya ingatdan stress menukar puting dapat menyelesaikan tapi tak begitu. Saya dan ibuye dah banyak beli botol baru tapi kecewa tiap kali. Dan susu badan pun tak nak. Bila dah tido baru nak. Tolonglah saya kalau ade tip yang boleh dikongsi. Anak saya lagi buntu dan stress. Dah pergi a few doctors masih sama takde perkembangan. Pls help

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 3, 2019 at 09:48

      Wsalam wbt puan Aida,
      Mungkin cucu puan alami growth sprout. Puan cuba bercakap dan pujuk baby masa baby tidur, masa separa sedar tu, pujuk agar dia nak menyusu. atau boleh gunakan syringe atau cawan juga seperti yang dilakukan di hospital

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design