Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

February 24, 2015 by Ibu Zarith

Rahsia Tiada Lagi Kejang Kaki Dan HB Rendah Semasa Hamilkan Anak Kedua

Assalamualaikum

Masih terimbau lagi dalam ingatan Zarith masa mengandungkan Zuyyin tiga tahun lepas. Memang diakui Zarith agak lembik. Selain dari placenta privia (uri di bawah) dan terpaksa ulang alik Hospital Ampang dan Hospital Kuala Lumpur untuk berjumpa pakar, Zarith pernah 2 kali bermalam di hospital. HB Zarith juga rendah, iaitu bacaan di bawah 10. Setiap malam, kaki pula kejang. Nasib baik Mr Hubby ada untuk urutkan kaki pada waktu tu. Memang semua tu pengalaman yang cukup bermakna buat Zarith.

Berbeza pula semasa hamilkan Zayra. Alhamdulillah Allah kurniakan Zarith kesihatan yang baik. Memang sangat bersyukur sebab waktu mula-mula dapat berita Zarith mengandung, waktu tu Zuyyin baru berusia 1 Tahun 4 Bulan. Kepala asyik fikir, kalau keadaan Zarith teruk macam dulu, siapa nak jaga Zuyyin. Tapi Allah kan Maha Mendengar doa hamba-Nya. Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.

set hamil

Semasa mengandungkan Zayra, Zarith cuba amalkan semua yang Zarith makan semasa hamilkan Zuyyin, cuma Supplement Zarith tukar kepada yang lebih Semulajadi, Selamat dan Berkesan. Semasa pergi check-up kandungan, Zarith tunjukkan supplement yang Zarith ambil. Alhamdulillah doctor bagi kebenaran untuk Zarith teruskan.

Nasib baik keadaan Zarith tak serius macam Aya Chalo ni. Kalau keluar masuk hospital macam tu memang tak sanggup. Bacaaan HB Aya Chalo ni masih rendah, walaupun hanya tinggal 6 minggu sebelum bersalin. Hanya 8.7 je. Tapi Alhamdulillah selepas 2 minggu, terus naik 11.8. Jom tengok perkongsian beliau.

Zarith amalkan Set Hamil Shaklee Premium yang terdiri daripada:

  1. Vitalea with Iron 
  2. B-Complex with acid folic 
  3. Sustained Release Vitamin C 
  4. Ostematrix 
  5. ESP
  6. Omega Guard 

Set ini mengambil masa lebih kurang 4 bulan untuk habis. Jadi sebenarnya untuk sesuatu yang semulajadi dan selamat, supplement ini bukanlah sesuatu yang mahal. Tambahan pula bila dah jadi ahli, memang sangat menjimatkan. Lagipun Set Hamil Shaklee Premium ini boleh digunakan semasa dalam pantang dan juga sepanjang tempoh penyusuan. 

Fungsi Setiap Vitamin:

  1. Vitalea with Iron Formula
    • Multivitamin yang dirumus khas untuk top-up nutrisi kita yang tidak lengkap akibat khasiat yang hilang semasa proses penanaman, memasak dan penyimpanan. Semasa kita hamil, khasiat optimum pada makanan adalah sangat penting kerana semua yang kita makan akan digunakan untuk kesihatan kita dan baby.
    • Kandungan Iron Formula yang ada di dalamnya telah membantu HB Zarith dan ibu-ibu lain untuk mengekalkan bacaan pada paras yang sihat. Ini untuk mengelakkan berlakunya tumpah darah semasa bersalin
  2. B-Complex with Folic Acid
    • Diperkaya dengan asid folik bertindak sebagai sumber tenaga si ibu serta untuk menstabilkan perasaan ibu kerana ia mengandungi Vitamin B6.
    • Asid Folik yang ada didalamnya memastikan kesihatan saraf baby kita dan mengelakkan daripada spina bifida.
  3. Sustained Release Vitamin C
    • Sumber antioksidan yang penting untuk menjaga kesihatan dan meningkatkan imun sistem ibu dan baby.
    • Ia mengekalkan kecantikan kulit ibu walaupun semasa hamil
  4. Ostematix
    • Sumber kalsium utama untuk ibu hamil. Keperluan Kalsium ibu hamil adalah 1000-1200mg sehari. Ostematrix yang diperkaya dengan magnesium dan Vitamin D membantu penyerapan optimum kalsium ke dalam tulang dan bahagian lain badan yang memerlukannya.
    • Selain dari itu, ia juga melembutkan najis agar ibu hamil tidak sembelit.
  5. ESP
    • Sumber tenaga tambahan bagi ibu terutama bila nak berpuasa ni. Ia menjadikan ibu kekal cergas bertenaga serta boleh tahan lapar lebih lama kerana ianya adalah sumber protein yang mengandungi 9 Asid Amino yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, tapi badan kita memerlukannya. Seperti yang kita tahu, protein akan membuatkan kita dapat tahan lapar lebih lama berbanding karbohidrat
  6. Omega Guard
    • Ia adalah minyak ikan terbaik di dunia kerana mengandungi satu rangkaian penuh 7 jenis asid lemak omega-3 semulajadi iaitu EPA, DHA, ALA dan lain-lain lagi yang sangat diperlukan untuk pembentukan otak janin kita agar cergas dan cerdas.
    • Ia juga diekastrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk dan tidak tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik.

Selain itu Zarith ada tambah Vitamin C Chewable yang agak masam untuk menghilangkan rasa loya dan mual semasa 1st Trimester.

Alhamdulillah bila dah cuba amalkan Set Hamil Shaklee Premium ni memang terasa sangat bertenaga, cergas dan susu untuk Zuyyin pon masih ada. Iya, Zarith masih susukan Zuyyin semasa Zarith hamilkan Zayra. Kaki kejang pon Alhamdulillah tiada. Tak perlu nak pakai stokin ke sapu minyak panas dikaki sebelum tidur.

Puan Ainul juga nak berkongsi bagaimana beliau hamil, tapi masih boleh travel naik kapal terbang dan panjat Candi Borobudur lebih cepat dari rakan-rakan yang tidak hamil. Dasyat sungguh. Zarith pon tak rasa boleh buat apa yang beliau buat ni:

Bukan Zarith dan Puan Ainul je yang jatuh cinta dengan Set Hamil Shaklee ni, ramai lagi rakan-rakan yang lain.

Jom kita tengok perkongsian mereka:

#Testimoni 1:

testimoni-set-hamil-shaklee

[Testimonial Set Mengandung 1]

Ini pengalaman saya sendiri mengamalkan set mengandung sepanjang 4 bulan lebih ni… Apa bezanya pengalaman mengandung kali ni berbanding dengan yang first?

  1. Berat badan saya naik dengan terkawal..dah 4 bulan lebih berat saya baru naik dalam 3.5kg
  2. Muka pon tak nampak kembang sangat..sampai mak mertua pun tegur semalam..“tak naik sangat ye mengandung kali ni“ hehe..even saya naik LRT pun orang boleh buat tak tau je sbb tak nampak saya mengandung (kesian jugala sbb kene berdiri).
  3. Simpul mengkarung alhamdulillah tak pernah datang lagi menyinggah di kaki…sebelum ni almost every day sejak 5 bulan, wajib kena…saya tak minum susu langsung kali ni…memang bergantung 100% pada Ostemtrix.
  4. Muka saya lebih berseri-seri, kata mereka nampak glowing.. sampai ramai buat spekulasi, anak laki agaknya..tak pon mesti sebab minum ESP walaupon saya belum lagi amalkan ESP (Plan masuk 6 bulan baru nak amalkan)

#Testimoni 2:testi-pregnant1

[Testimoni Set Mengandung 2]

Hadhatina Mkb: Hadha mengandungkan icha makan folic acid, then obimin+iberet folic+neurogain. Alhamdulillah both pregnancies mmg xde masalah la..buku merah tu clear je pun.Cuma ygrasa beza kali dgn Shaklee, yg hadha Nampak, even hadha sekarang bf si icha, awal mengandung mabuk teruk sampai loss 2kg,even masa baru tahu mengandung tu hadha travel ke India (suhu 45 degree tau dan tak lalu makan!), then balik g Singapore,jb Melaka..first checkup aje (after x sampai seminggu lps complete travel bln tu)..result checkup first Alhamdulillah ok. HB pun 13++ masa check tu. Syukur sgt2 kuasa Allah plus vitamin2 Shaklee sememangnya membantu. Cuma tang mabuk tu susahkan sket. Sbb perubahan hormon utk menyediakan tubuh kita ni utk kegunaan sepanjang mengandung ni

Tuty Rahiza: Betulla Hadha..sy alahan teruk masa 1st n 2nd trimester..lembik macam sayur..Vitamin doc kasi tu amik juga tapi mcm takde kesan je.. Lepas mula amik Shaklee, 3rd trimester..terlebih segar bugar pulak..kao before tu nak berjalan bawak diri pun maleh..dgn shaklee, asyik ke sana sini je kejenya..sampai suami bising yg sy tak reti dok diam bila weekend

#Testimoni 3:set ibu hamil

[Testimoni Set Mengandung 3]

Ramai wanita yg salah anggap multivitamin seperti obimin atau lain jenama yg diberikan waktu hamil menyebabkan saiz bayi besar waktu lahir. Pil Vitamin ini penting untuk kesihatan ibu dan utk bina darah untuk cegah kurang darah waktu bersalin. Pil2 kalsium utk bina tulang, folic utk keperluan semua sel2 baru utk janin dan fish oil sebagai sumber Omega-3 dan DHA utk sel2 otak bayi utk jadi anak pintar. Setelah bersalin TERUSKAN makan supplemen2 tersebut utk cepat pulih Rahim dan kekuatan badan serta utk susu ibu yg berkualiti. Saya cadangkan pil2 tersebut patut dimakan terus menerus hingga ahir hayat seseorang wanita

Harga untuk Set Hamil Shaklee Premium yang terdiri daripada:

  1. Vitalea with Iron – 120 Biji (RM 88.75)
  2. B-Complex with acid folic – 120 Biji (RM 53.75)
  3. Sustained Release Vitamin C – 180 Biji (RM92.50)
  4. Ostematrix – 120 Biji (RM 61)
  5. ESP – 850 g (RM 150)
  6. Omega Guard – 90 biji (RM 136)

berjumlah RM 616.93. NAMUN BEGITU dari bulan May-October 2015 ada tawaran yang sangat memeranjatkan dari Shaklee. Kira anda sangat bertuah tau, tak pernah Shaklee buat macam ni.

Harga menjadi RM 582 sahaja! (untuk May-October je tau)

Dan sekiranya anda mendaftar sebagai ahli, anda akan menerim:

  1. Sebotol Vitalea bernilai RM88.75 secara PERCUMA
  2. Harga Set Hamil Shaklee Premium ini menjadi lebih murah pulak tu.
  3. Bulan depan, iaitu Julai, pada 14 Julai 2015 anda akan dapat BONUS RAYA dari Shaklee. 

Ha jadi jangan tunggu lagi sehingga dah bersalin baru nak dapatkan Set Hamil Shaklee Premium ni. Sangat jimat kerana boleh diambil juga selepas bersalin dan semasa menyusukan baby. Rugi sangat kalau tak bertenaga semasa hamil sebab waktu tu lah kita nak nikmati detik-detik berdua bersama baby. Kalau dok lemah terbaring je, mesti rasa tak fun betul mengandungkan anak ni. Suami pon lemah je tengok isteri asyik sakit dan lesu tak bertenaga.

Jika anda sentiasa lesu, lemah dan tidak bertenaga sewaktu hamil, sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar kecergasan dan kesihatan anda walaupun sewaktu hamil dapat dikembalikan. Barulah suami pun tak serik nak tengok isteri hamil lagi. Jika anda berada berdekatan dengan Zarith, Zarith boleh hantarkan set ini terus kepada anda. Jangan tunggu suami merungut pula akibat setiap kali hamil, dia tengok kita letih dan lesu.

Ohye, jangan lupa periksa tanda-tanda nak bersalin tau.

Anda juga boleh beli sendiri dengan klik di butang  SHOP NOW ini. Sungguh mudah dan pantas =)

shop now

shaklee

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    February 25, 2015 at 18:30

    selalunya pengalaman mengandungkan anak pertama byk mengajar kita mcm-mcm. sebab anak pertama juga lah kak Ros kenal shaklee sebab nk buat yg terbaik utk Luqman kan.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 28, 2015 at 02:09

      Kan kak ros.. Bila kte hamil la kte banyak buat research apa yang baik apa yang tak =)

      Reply
  2. Ummi Hanie says

    February 25, 2015 at 23:43

    sebut pasal kejang kaki, saya kalau preggy kerap pula kena simpul biawak… start dr anak ke-3 tak silap… ya Rabbi sakitnyaaa

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 7, 2015 at 17:47

      siksa kan bila kena cramp kaki tu..setiap malam pulak tu, lepas ni boleh la try ostematrix =)

      Reply
  3. Cik Yaya says

    February 26, 2015 at 15:17

    as’salam…
    ostmtrx tu rm61? CKUP UTK SBULAN X TU? HEEE =D

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 28, 2015 at 02:11

      Wsalam yaya..

      Aah yaya.. bukan sekadar cukup, malah lebih, hehe.. Boleh whatsapp Zarith 013-7510028 untuk perkongsian selanjutnya =p

      Reply
  4. Mohd Munzir says

    May 14, 2015 at 16:18

    kalau kejang kaki tu jadi mak aihhh memang keluar air mata je lah, So ostematrik ni memang bagus untuk kejang kaki lah kan?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 15, 2015 at 01:30

      Yes tepat sekali, 10 markah =)

      Reply
  5. Aya Chalo says

    August 6, 2015 at 00:55

    Macam kenal ja kan orang dalam video tu. Hihihi.. yups, alhamdulillah, anak ke 4 start sebelum pregnant dah amalkan set ni, tiada langsung masalah anemia 😀

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 6, 2015 at 17:08

      Alhamdulillah..benda baik kita kongsikan..Terima kasih kak aya. xoxo

      Reply
  6. mira hamzah says

    October 23, 2016 at 18:43

    Alhamdulillah.. saya adalah diantara yang daftar ahli, dapat vitalea free.. seronok sangat.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 24, 2016 at 15:55

      Yeay Alhamdulillah =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design