Assalamualaikum
Haritu Zuyyin batuk lama sikit dari biasa, bila bawak pegi jumpa doctor, doctor cakap Zuyyin alah pada habuk. Sejak pindah rumah haritu agaknya Zuyyin mula alah pada habuk. Kesian anak ibu. Jadi untuk menghiburkan hati anakanda yang sorang ni, ibu pon cuba la buat kerepek sengkuang cina atau lebih dikenali sebagai arrow head.
Yang istimewanya, arrow head ni cuma ada setahun sekali je, iaitu menjelang Chinese New Year. Rasanya yang sedap itu menjadikannya kegilaan ramai. Tapi Zarith lebih suka kerepek keladi, hehe
Pertama kali buat kerepek seumur hidup. Kerana anak, ibu jadi serba boleh, hehe.
Senang sangat. Sama ada hiris tipis ataupun pakai alat sagat tu. Lagi senang =)
Zarith perasakan kerepek tu dengan sedikit garam, serbuk lada hitam dan juga serbuk bawang putih organic.
Bakar la pada suhu 150 celcius dalam masa 10 minit, tapi tengok-tengok la kalau terhangus ke.. hehe.
Zuyyin suka sangat. Siap suruh ibu buat lagi. Kalau ada kelapangan boleh la buat lagi nanti =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Ros says
sedapnya. ibu zuyyin memang rajin la.
din says
bestnyer kalau dapat kudap2 mcm time tengok tv
Ibu Zarith says
kan..Tak sempat tengok tv dah habis hehe
Cik Yaya says
as’salam…
wahh pndai+rajin wt kerepek..hehe
Ibu Zarith says
baru first time buat ni yaya =)
Najib Ariyan says
Salam kenal dan salam singgah…
senang juga membuatnya… kalau saya tu saya goreng jer… saya kurang pandai bab membakar2 ni… kecuali mengrill…
btw cantiknya blog nih… suka tengok
Farrah MF says
Selalu akak goreng je, Zarith. Pakai minyak canola/sunflower. Nanti nak cuba bakar la pulak. Sedap kan krepek ngaku ni 🙂
Ibu Zarith says
Tuhla kak, goreng lagi senang nak control, tapi waktu buat ni Zuyyin tengah batuk, jadi Zarith minimize kan pakai minyak =p