Assalamualaikum
20 Februari setiap tahun adalah tanggal kelahiran insan yang tersayang, permata hati Zarith. Selalunya tak dapat nak balik Batu Pahat dan sambut birthday ibu pada hari tersebut. Tapi Alhamdulillah, tahun ni Allah bagi kesempatan untuk kami adik beradik sambut birthday ibu kerana ia jatuh pada cuti umum Tahun Baru Cina.
Tiada yang lebih bermakna buat ibu sekarang melainkan doa anak-anak ibu yang soleh. Tapi selain berdoa tu mestilah kami bagi sedikit hadiah juga, hehe. Ibu sangat pemalu orangnya, jadi kalau nak letak sini gambar ibu habis kena banned nanti =p
Apapun, Zarith doakan semoga Allah kurniakan ibu kesihatan yang terbaik, umur yang panjang, kegembiraan dan kesenangan yang berpanjangan di dunia dan juga di akhirat. We love you so much ibu, thanks for all your love and care =x
Jangan lupa makan Ostematrix, Omega Guard dan AJHT setiap hari ye bu, supaya dapat kekalkan kecergasan untuk bermain dengan cucu kesayangan, hehe.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Leave a Reply