Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

February 26, 2015 by Ibu Zarith

Tips Melatih Anak ke Tandas Atau Potty Training Dalam 3 Hari

Assalamualaikum

Cuti Tahun Baru Cina yang lepas Zarith ambil peluang untuk melatih Zuyyin ke tandas. Semasa Zuyyin berusia 1 tahun setengah, Zuyyin ada minta untuk tidak pakai Cloth Diapers lagi. Menangis-nangis cakap tak nak. Tapi disebabkan waktu tu Zarith hamilkan Zayra, tak larat nak fikirkan bagaimana nak angkat Zuyyin berlari ke toilet kalau Zuyyin cakap nak buang air. Tak larat nak mop najis merata-rata. Jadi Zarith pujuk Zuyyin untuk terus memakai Cloth Diapers (CD) .

Selepas Zayra dah besar sikit, Zarith ada pujuk Zuyyin untuk tidak pakai CD lagi. Tapi Zuyyin tak nak. Memang Zarith pernah terbaca, sekiranya anak dah bersedia untuk potty train, kita kena turutkan, kalau tak nanti dia menolak bila kita yang suruh.

Setelah sekian lama Zarith pujuk, minggu lepas bertekad juga nak latih Zuyyin ke toilet. Jadi seminggu sebelum pulang ke Batu Pahat, setiap malam sebelum tidur Zarith akan bercakap dengan Zuyyin. “Zuyyin, nanti bila kat rumah wan, Zuyyin tak payah pakai CD lagi tau, Zuyyin pakai panties je. Zuyyin dah besar, macam ibu dan ayah dah tak pakai pampers” Setiap kali Zarith cakap, setiap kali tu jugak Zuyyin cakap taknak sambil bersungguh-sungguh geleng kepala. Sehinggalah 3 hari sebelum balik ke Batu Pahat, Alhamdulillah Zuyyin pon setuju.

Hari yang dinanti pon dah tiba, Sabtu 21 Februari 2015, pagi-pagi lepas mandi Zarith terus cakap kat Zuyyin “Yeay harini Zuyyin dah tak yah pakai CD, ok? Nanti selesa tau, flower tak gatal,tak panas. Nanti Zuyyin duduk kat toilet bowl frog tu, comel kan? Zuyyin suka colour green kan?” Zuyyin nampak teruja =)

Day 1:

Jadi Zarith buatkan satu kad manila dan reward Zuyyin dengan sticker setiap kali Zuyyin berjaya buang air di toilet. Tidak dinafikan hari pertama memang agak mencabar. Alhamdulillah ibu, adik Zarith dan juga Mr Hubby ada. Jadi ada yang tolong nak tengokkan Zayra sementara Zarith melatih Zuyyin, memasak dan buat kerja rumah yang lain. Setiap setengah jam Zarith akan bawa Zuyyin ke toilet. Namun ada beberapa ketika tu Zarith tengah uruskan Zayra, terbabas juga Zuyyin. 3 kali terbabas. Penat ibu Zuyyin ni mengemop rumah. It’s okay, baru hari pertama.

Semasa hari pertama juga Zuyyin bagitau nak buang air besar. Walaupun puas dipujuk, Zuyyin tetap taknak duduk atas toilet bowl, jadi Zuyyin buang air besar atas lantai toilet. Terkejut Zuyyin tengok najisnya yang besar tu, selalu dalam CD mana nampak kan? hehe. Jadi terpaksa la ibu kutip dan flush dalam toilet. Stress? Mestilah tak, sebab dah belajar dari Video di bawah ni =)

Day 2:

Kali ni ada kemajuan, Zuyyin dah mula boleh tahan buang air kecil dalam jarak masa 1 atau 2 jam. Tapi jenuh la Zarith bertanya setiap 15 minit. Takut kejadian semalam berulang. Hari kedua ni Zuyyin takut nak buang air besar dalam toilet. Puas pujuk. “Takut la bu, Zuyyin takut”. Zarith rasa ni semua akibat tertengok najis dia yang besar tu, jadi Zarith ambil keputusan pakaikan Zuyyin pampers. Tak lama lepas tu Zuyyin dah selesai buang air besar. Ok takpa, kita cuba lagi esok.

Day 3:

Alhamdulillah Zuyyin dah pandai minta nak pergi toilet. Walaubagaimanapun Zarith tetap kerap bertanya nak buang air kecil tak. Dan harini Zuyyin berjaya buang air besar dalam toilet bowl. Yeay!! Ibu siap berjoget-joget lepas dengar bunyik “plop..Plop” hehe..Zuyyin pon nampak happy. Ibu bagi Zuyyin 2 sticker sebagai menghargai titik peluh dia, hehe.

Day 4:

Alhamdulillah semua berjalan lancar. Zuyyin dah boleh bagitahu ibu bila nak pergi toilet. Dan Zarith dah mula ajar perkara-perkara yang perlu dilakukan setiap kali lepas habis buang air kecil/besar. Dan sampai ke harini iaitu hari ke 6, Zuyyin dah tau rutin tu. Masuk toilet dengan kaki kiri. Lepas buang air tak kesah besar atau kecil, kena berdehem. Selepas tu kena flush dan cuci tangan dengan sabun. Memang nampak Zuyyin happy dengan perubahan dirinya yang dah tak pakai pampers. Hari-hari dok cakap “Kakak Zuyyin dah sama macam ibu, ayah dengan wan kan? Pakai panties je.”

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Alhamdulillah

Dah tak perlu basuh Cloth Diapers 10 helai sehari. Yeay!! Cuma pakaikan waktu Zuyyin tidur je, itu pon dah bising cakap panas la, gatal la. Nanti akan cuba latih Zuyyin untuk terus diaperless.

Jom tengok apa tips untuk memudah dan melancarkan proses potty train ini:

  1. Bagi hint sekurang-kurangnya 3 hari lebih awal kepada anak yang kita nak melatih dia ke toilet. Kalau boleh semasa mereka dalam fasa tidur-tidur ayam. Waktu ini minda separa sedar mereka lebih mudah menerima arahan
  2. Ketepikan semua kapet atau apa sahaja yang berada di atas lantai.
  3. Sediakan kelengkapan yang mencukupi, contohnya seluar untuk mereka pakai semasa potty train. Zarith ada belikan Zuyyin Training Pants Charlie Banana, tapi Zuyyin tak nak pakai, jadi Zarith pakaikan Zuyyin seluar dalam biasa. Takpe lah, boleh simpan untuk Zayra nanti. Sediakan juga toilet bowl yang sesuai dengan usia mereka.
  4. Gunakan bahasa yang mudah mereka fahami contohnya “shee” untuk buang air kecil atau “poop” untuk buang air besar. Tapi Zuyyin telah Zarith ajar sejak kecil lagi perkataan “purge=buang air besar” dan buang air kecil untuk buang air kecil =p
  5. Bawa mereka ke toilet sekerap mungkin. Untuk Zuyyin ni Zarith mulakan dengan setiap setengah jam pada hari pertama.
  6. Berikan pujian kepada anak setiap kali mereka berjaya buang air dalam toilet dan jangan sesekali tunjukkan yang anda kecewa dan marah mereka setiap kali mereka tercicir. Katakan kepada mereka,”Tak apa sayang, kita cuba lagi, ok? Sayang ibu terlupa nak pergi toilet ye?”
  7. Berikan mereka sedikit ganjaran apabila mereka berjaya. Kalau Zuyyin ni Zarith berikan Sticker setiap kali berjaya buang air dalam toilet. Memang dia happy sangat.

Yang penting jangan stress, memang agak memenatkan. Make it fun for both you and your love ones, ok?

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. syuhada amir says

    February 27, 2015 at 09:25

    yeay good job zuyyin comel….

    tips nak diaperless malam…make sure sebelum tidur pergi tandas dulu…n alaskan tilam dengan alas kalis air mcm baby tu…n cakap kat anak masa dia dah mamai2 tu kalau nak kencing bangun kejut ibu tau..nnt ibu bawak pg tandas ye….

    it works with zuhayr dulu….

    selamat mencuba!

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 28, 2015 at 00:43

      Tq for the tips aunty syue =p will try later =)

      Reply
  2. hidayuayumie says

    February 27, 2015 at 11:45

    terima kasih atas perkongsian..
    nanti anak dah besar boleh dipraktikan nie..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 28, 2015 at 00:42

      Sama-sama ayu =)

      Reply
  3. parihh says

    February 27, 2015 at 12:12

    boleh try tips ni

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 28, 2015 at 00:42

      Silakan =)

      Reply
  4. Lin Chalo says

    February 27, 2015 at 19:30

    Eh mama Zuyyin memang sangat kreatif oke. Akak suka part tampal sticker. hihi.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 28, 2015 at 00:41

      Hehe..Zuyyin pon suka part tampal sticker. walaupon dah terror diaperless, kadang-kadang Zuyyin mintak jugak sticker hehe

      Reply
  5. Ninie says

    February 28, 2015 at 01:19

    Wah!! bersistem…kagum. Plg kagum tgk toilet tuh…hihik.

    Slm singgah yer…
    http://thebeautyofsplendid.blogspot.co.uk/

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 28, 2015 at 01:38

      Huhu..bersistem pulak =p

      Reply
  6. Fiza Aziz says

    February 28, 2015 at 17:27

    Assalamualaikum..saya agak lambat melatih anak utk potty train..thanx for sharing the tips..really useful to me yang baru nak start buat ni..salam perkenalan dari saya..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      February 28, 2015 at 17:40

      Waalaikummussalam. semoga bermanfaat buat fiza =) salam perkenalan

      Reply
  7. Cik Yaya says

    March 5, 2015 at 17:35

    as’salam..
    wahh cam akan stress je nti..huhu
    risau plak yaya nti di masa akn dtg..hope dpt buat cmne zarith buat..hehe
    anyway mmg comel la toilet bowl Zuyyin tu ^o^

    Reply
  8. sheayang says

    March 5, 2015 at 21:48

    Bijaknya kakak Zuyyin.
    Kena gigih ajar anak untuk potty train. MAsa tengok kakak train anak dia, seram gak la. Siap melalak bagai. Tak boleh nak desak sangat. Kena keep on asking. Kadang2 fade up nampak muka anak buah bila ibunya asyik tanya. Hehehehe…
    Nanti Maryam dah besar sikit, boleh jadi rujukan balik ni. 🙂

    Reply
  9. zaima says

    April 1, 2015 at 14:48

    Mane nak cari potty tu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 1, 2015 at 22:48

      Tu Zarith beli masa pergi bercuti ke Brunei tahun lepas huhu

      Reply
  10. syazwani says

    June 25, 2015 at 13:18

    Nice entry. Insyaallah nk cuba praktikkan bila nk ajar thaqif nnt.

    Support tu penting kan? Kalau sorg2 penat gak nk membersih mula2 tu. Huhuhu.

    Wish me luck. Hihihi.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 2, 2015 at 18:45

      Chaiyokk!!

      Reply
  11. Cindy Resfalia says

    July 29, 2015 at 11:55

    Waahhh… ekspress juga ya dalam 3 hari waktunya.. Thanks loh infonya, ini pasti bermanfaat banget buat kakakku yang suka kerepotan kalo mau kemana2 karena ponakanku yang suka rewel kalo pergi-pergi soalnya suka penuh popoknya. Cek juga info menarik seputar anak disini ya >> http://goo.gl/FNCTe9

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 29, 2015 at 18:15

      Hehe…semoga bermanfaat buat kakakmu itu =)

      Reply
  12. lydia says

    August 7, 2015 at 19:23

    sebaknya tengok video tu =(

    syukurilah dan nikmatilah apa yang kita ada…huhuhuhu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2015 at 23:05

      Syukur selalu =)

      Reply
  13. zimie says

    October 6, 2015 at 01:02

    wahhh macam senang. tengah baca2 perlu ke tidak training pants ni huhu masalahnya dah beli pun. tengoklah camne :p thanks sharing zarith.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 10, 2015 at 01:27

      Hehe.. Kalau dah beli haruslah pakai. Tapi Zuyyin taknak pakai pun masa train die dulu. Pakai bila nak pergi swimming pool jek huhu

      Reply
  14. shida says

    September 21, 2016 at 13:17

    sama la sis. anak saya masa umur 1y ++ saya mengandungkan adiknya. dia menangis tak nak pakai pampers tapi sebab time tu tak larat nak layan kehendak dia,pakaikan juga pampers. now umurnya 2y7m dia tak nak pakai pampers lagi. rasanya dah sampai masa nak ajar potty train, tapi dirumah pengasuh elok pulak berpampers. kat rumah je tak nak pampers. yang paling sadis setiap kali ajak pegi toilet nak kencing or berak..setiap kali tu nak mandi.. tu yang potty train nye asyik terbantut je. pantang jumpa air..sanggup tahan kencing untuk main air. in the end kencing di luar toilet lagi.. berhuhuhu jela.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 16:11

      hehe…banyak cabaran nak potty train anak kan. bertabahlah huhu

      Reply
  15. eyna says

    March 4, 2017 at 12:26

    Terima kasih nanto bolwh try top ny..ank saya dh 2thn 6 bulan… harap2 berjaya amin

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 02:06

      Semoga berjaya!

      Reply
  16. Haulia Razali says

    September 27, 2017 at 10:03

    Anak saya pun dah berjaya pampers free..memang mencabar nak ajar anak mula2 haha

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 14, 2018 at 00:09

      Yeay alhamdulillah. pengalaman betul kan hihi

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design