Assalamualaikum
Salah satu kelengkapan yang perlu disediakan sebelum kelahiran baby adalah pam susu. Bagi Zarith, kepentingan pam susu ini mengatasi kereta sorong bayi. Zarith bandingkan dua peralatan ini sebab harganya setanding. Tapi kalau anda mampu untuk beli kedua-duanya sekali, tidak menjadi masalah.
Sebaik sahaja melahirkan permata hati yang selama ini kita tunggu-tunggu selama 9 bulan, pasti ibu-ibu akan mengalami bengkak susu yang kadangkala jika tidak dirawat segera boleh menyebabkan demam dan paling teruk boleh menyebabkan jangkitan pada salur susu. Ini kerana pada waktu ini susu yang dihasilkan lebih banyak dari yang bayi minum dan kelenjar susu belum pandai mengawal jumlah susu yang dihasilkan.
Ibu ini juga mengalami masalah dalam penyusuan. Bukan kerana tidak dapat mengepam di tempat kerja, tetapi ada perkara lain yang merunsingkannya. Mari kita tengok Video 1 minit ini yang pasti akan merubah hidup ibu-ibu lain yang menyusu.
Sama ada ibu-ibu nak kembali ke tempat kerja ataupun duduk di rumah tetapi ingin memberi anak minum botol apabila berada di luar, pam yang terbaik sangatlah penting. Ini kerana pam susu yang terbaik dapat membantu ibu untuk merangsang penghasilan susu dengan lebih baik
Sebaiknya, mulakan sesi mengepam sebaik sahaja sesi menyusu bermula, ini bermakna semasa dalam pantang lagi baby kita hendaklah dikenalkan dengan botol susu. Tapi jangan terlalu awal, dikhuatiri baby lebih suka menggunakan botol susu daripada direct feeding. 3-4 minggu selepas melahirkan baby adalah masa yang sesuai untuk memperkenalkan botol kepada baby.
Ada banyak sangat jenis dan jenama pam susu ni. Tapi ia sebenarnya tergolong dalm 2 kategori iaitu:
- Pam Elektrik/ battery
- Pam Manual
Ada juga ibu yang mempunyai kedua-duanya. Macam Zarith, yang elektrik Zarith gunakan untuk ‘operasi’ harian, manakala yang manual Zarith gunakan sekiranya ada short trip. Contohnya nak pergi ke shopping complex bila tak bawak baby. Tapi kebanyakan ibu memilih salah satu daripadanya. Jadi, untuk menentukan yang manakah yang terbaik untuk ibu-ibu, pilihlah ikut saranan ini:
-
Untuk ibu yang mengalami masalah dalam breastfeeding
- Hospital-Grade elektric breast pumps
- Untuk ibu yang mengalami masalah dalam menyusukan baby pada masa beberapa hari selepas melahirkan, atau baby anda pra-matang dan perlu tinggal di hospital, adalah sangat dicadangkan untuk pakai pam jenis ini. Pam ini mempunyai sedutan yang sama dengan baby dan mempunyai double pam. Semasa Zarith lahirkan Zuyyin pada 2012 di Hospital Ampang, Zarith menggunakan pam jenis ini yang disediakan oleh pihak hospital. Jenama Medela lagi. Cuma agak old fashioned la sikit. Namun ianya sangat bagus dalam merangsang penghasilan susu bagi ibu-ibu baru ni.
-
Untuk ibu yang perlu mengepam lebih dari sekali sehari
- Electric personal breast pumps
- Apabila ibu perlukan pam yang heavy duty, jadi pam jenis ini adalah yang terbaik. Selalunya pam inilah pilihan ibu-ibu sama ada ianya single atau double pump. Pam jenis ini juga kebanyakannya boleh beroperasi menggunakan elektik secara terus ataupun menggunakan bateri yang boleh dicas kembali
- Pam jenis ini juga sangat sesuai untuk ibu-ibu yang mempunyai masa terhad, kerana proses mengepam dapat disingkatkan dengan penggunaan elektirk
-
Untuk ibu yang perlu mengepam sehari sekali sahaja atau kurang
- Manual breast pump
- Pam jenis ini sangat menjimatkan disamping memberi peluang bagi ibu-ibu yang tetap ingin memberikan anaknya susu ibu walaupun ingin keluar sekejap dan meninggalkan anaknya bersama babysitter.
- Namun pam jenis ini mengambil masa yang agak lama untuk melengkapkan proses mengepam kerana ia hanya dapat mengosongkan sebelah payudara sahaja pada satu masa yang sama.
Bagi ibu berkerjaya, pelbagai faktor yang perlu diambil kira sekiranya anda ingin membeli breast pump. Antaranya:
- Berat pam
- Tahap kebisingan pam
- Mudah/ tidak nak dapatkan plug/ bekalan elektrik
- Kebolehan double pumping untuk menjimatkan masa
Terdapat banyak jenis pam yang ada di pasaran. Cara yang terbaik adalah dengan pergi ke tempat yang ada menjual pelbagai jenama breast pump ini dan cubalah satu persatu. Fabulousmom ada, Baby Expo pon ada. Pilih yang mana anda paling selesa dengannya. Jangan pilih kerana kawan baik anda sukakannya dan anda membaca review orang ramai sukakannya.
Antara jenama terkemuka yang terdapat di pasaran adalah Medela Freestyle (double pump), Medela Swing (single pump), Rumble Tuff Duo, Snowbear, Unimom, Snowbear, Eve Love, Spectra 3, Spectra M1 dan banyak lagi.
Zarith telah menggunakan Avent Isis Uno yang dibeli di Germany sebelum pulang ke Malaysia for good pada 2010 dulu. Best, tapi sangat tak sesuai dengan Zarith yang sukakan kepantasan. Lagipun ianya single pump, maka semasa dalam pantang Zuyyin 3 tahun lepas juga Zarith melabur sedikit wang untuk membeli Medela Freestyle. Dan Zarith rasakan itu adalah pembelian yang sangat berbaloi. Masih berjasa sampai sekarang dalam misi melengkapkan penyusuan Zayra. Sambil memasak, melipat baju dan sidai kain pon boleh pam tau! Motornya pon sangat senyap jika dibandingkan dengan yang lain. Suction hampir sama dengan suction baby.
Pernah juga mencuba Rumble Tuff Duo selama seminggu, pinjam pam officemate yang dah wean off (akibat tertinggal pump di kampung). Bunyi motor agak kuat, dan suction tidak selembut medela yang sebiji seperti suction baby.
Nota Penting:
- Walaupun nampak macam seronok dan baik hati, perkongsian breast pump adalah sangat tidak digalakkan. Ini kerana susu boleh menjadi agen pembawa virus dan juga bakteria termasuklah hepatitis, HIV dan juga cytomegalovirus- yang boleh mencemarkan pam ini dan menyebarkan pula kepada anda dan baby. Namun, pam yang memang telah direka untuk kegunaan awam seperti yang berada dihospital mempunyai ciri khas yang menghalang susu dari terpercik ke dalam bahagian dalam pam
- Sekiranya anda hanya menggunakan satu bahagian sahaja daripada double breast pump kerana membuat tandem nursing contohnya, pastikan anda tutup bahagian yang satu lagi. Kerana apabila anda terlupa buat begitu, ia akan mengurangkan kadar suction dan seterusnya kurangkan penghasilan susu.
- Pilihlah size breast shield yang tepat. Ini untuk mengelakkan puting payudara anda bergesel pada bahagian dinding breastshield yang akan menyebabkan kesakitan dan melecet sekiranya berterusan.
- Sekiranya anda tidak menggunakan pam dalam masa terdekat, basuhlah pam dengan menggunakan air sabun yang suam bersama berus.
- Sekiranya anda ternampak baki susu pada tiub, cuci dengan menggunakan air suam bersabun dan pastikan telah kering sepenuhnya sebelum pakai kembali.
Oleh itu, carilah breastpump yang terbaik, kerana ia meyumbang juga kepada perjalanan penyusuan kita. Breastpump yang terbaik bagi anda tidak semestinya mahal =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Sy bekerja… Tapi guna pam manual je… Sbb pam eletrik berat lak nk usung sana sini… Lagi pun…zmn msa ank pertama tu takde pam canggih dan murh mcm skrg ni… Skrg ni dh byk pilihan pam… Antara nk dgn tak nak je kan..
Betul tu, pam yang bagus dah berlambak dipasaran. Ibu zaman dulu takde pam canggih tapi mampu susukan anak sehingga 2 tahun. Masha Allah
Saya tengah cari breastpump yg sesuai untuk wife gak. Dsbbkn sy nk cari BP yg within rm700,sy rasa Spectra M1 quite ok. Kawan yg pakai pon ckp spectra ok. Tp of course klo budget cukup,medela pilihan terbaik rasanya
Tahniah kerana Awie sangat prihatin tentang keperluan isteri =)
Betul tu, Spectra M1 ok juga. Pernah seorang opismate beli dan gunakan dulu. Suction pun ok. Oh dan sekarang dia nak letgo sebab dah stop production baby. hehe.. Siapa nak dapatkan pam susu prelove ni (ada 1 je, siapa cepat dia dapat) boleh hubungi Zarith ye =)
Ad lg x spectra nk letgo tu…pam sy rosak…bingung ni nk tggu pam nk repair…nk letgo brpe ye…ni no sy 0105649325…thx sis urgent nk pkai ni..tq
Maaf ye florence, beliau dah jual breastpump tu
Breast pump yg seauai untok inverted nipple
Puan perlu ke kedai pump dan cuba bertanya dengan penjual tu, maaf saya tak pasti
Betul tu… sekarang dh macam-macam jenis dan jenama Breast Pump dijual di pasaran. Ibu-ibu sekarang dh tak payah nak risau dah.. Sediakan bajet sahaja kan… Apapun nk pilih Breast Pump ni bergantung kepada ibu itu sendiri.. Jadi masa nk pilih tu teliti kan dlu keperluan dan bajet yang ada. manual ka electric ka x kisah la jnji ikut keperluan kita…
Salam sayang,
Babysuri.com
Betul, semuanya bergantung kepada keperluan dan bajet kita =)