Assalamualaikum
Selain jantung, otak adalah organ yang sangat penting dalam badan kita. Otaklah yang mengawal semua aktiviti dalam badan. Namun, disebabkan dua organ ini berada dalam badan dan tak dapat kita lihat, seringkali ianya diabaikan. Nak kelihatan cantik menawan diluaran je, tapi kalau kita tanya soalan mencabar sikit, dah terkial-kial nak jawab.
Ramai antara kita yang tidak sedar, terdapat banyak amalan seharian yang kurang bermanfaat kepada tubuh, turut memberi kesan sampingan kepada perkembangan otak kita iaitu aspek pemakanan, kecergasan badan, pemikiran dan pembentukan hormon dalam badan. Jika amalan kehidupan seharian kita lemah, maka otak juga tidak dapat berfungsi dengan baik.
Sebab tu la kita muda-muda pon mudah mengalami penyakit lupa dan mudah mengalami masalah lemah berfikir. Kira-kira yang mudah pun nak ambil kalkulator. Parah betul.
Nasib baik ada cara untuk asah balik otak kita ni untuk menjadi tajam dan seterusnya melipat gandakan kegunaan otak kita ni.
Jom kita tengok apakah amalan untuk mencergaskan otak kita:
- Sarapan
- Sarapan penting bagi memastikan otak berfungsi dengan baik. Individu yang tidak mengambil sarapan akan menyebabkan kurang gula dalam darah yang mana penting untuk membekalkan nutrien kepada otak
- Jangan merokok
- Asap rokok mengandungi sel-sel beracun yang merosakkan sel-sel otak. Selain melemahkan pengaliran darah dalam otak, asap rokok juga membawa kepada penyakit berbahaya seperti kanser
- Tidur mencukupi
- Otak yang sihat dan cergas terhasil daripada tidur yang mencukupi. Namun kita hendaklah elakkan diri daripada tidur berlebihan kerana ia akan melemah dan melembabkan otak
- Vitamin E dan B12
- Amalkan makanan yang mengandungi Vitamin E dan B12 seperti badam, sayur bayam, susu, telur dan banyak lagi. Vitamin tersebut sangat penting bagi pertumbuhan sel-sel otak dan pada masa yang sama menguatkan daya ingatan.
- Amalan membaca
- Amalan membaca sememangnya terbukti dalam meningkatkan daya kreativiti dan pemikiran. Ini kerana apabila kita membaca, pelbagai informasi akan diserap dan membuatkan otak lebih berfikir dan berimaginasi.
- Hidu udara bersih
- Oksigen merupakan sumber penting untuk memastikan otak dapat berfungsi dengan baik. Udara segar membantu meningkatkan kecerdasan otak dan memperbaiki sel-sel otak yang rosak
Semoga kita sama-sama cergaskan otak kita untuk memaksimakan kegunaanya untuk bermanfaat kepada ramai orang =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
makin berumur memang terasa cepat lupa dan hilang fokus…omega 3 dan lecithin pun supplement yang bagus kan untuk improve memory dan mengasah otak 🙂
Ye! Tepat sekali ayda =)
tidur mmg xcukup..
ptt pun mudah lupaa..huuu >,<
ahaha..sama la kita..sejak jadi mak-mak ni tak cukup aje jadinya