Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

March 31, 2015 by Ibu Zarith

6 Tips Atasi Masalah Bayi Perut Kembung

Assalamualaikum

Bila baby kita kembung perut, tak lena tidur kita dibuatnya. Asyik menangis. Lapar, tapi tak nak minum susu. Kedua-dua Zuyyin dan Zayra senang kembung. Sampai sekarang pon, dah hampir berusia 3 tahun, Zuyyin mudah kembung cuma bezanya Zuyyin dah pandai bagitau Zarith kalau dia kembung.

Semasa dalam pantang terutamanya, apabila baby kita kembung, kadang kala boleh stress dibuatnya. Yela, kita kan tengah tak sihat, baby pula asyik menangis. Ha, waktu ni lah pentingnya kita belajar tentang tangisan baby. Jadi kita dapat tahu samada baby nak salin diaper ke, lapa nak susu ke atau kembung perut. Tapi yang paling simple, kalau baby kembung ni kita boleh ketuk perut baby dan ada bunyik macam angin, ala-ala kita ketuk tin kosong tu. Perut baby akan menggelembung dan keras. Ubun-ubun baby pon akan lekuk dan tak rata. Ha, itu memang sahih la baby kita kembung.

Bila dalam pantang tu, jangan stress sangat tau, nanti lain pulak masalah yang dapat. Susu merudum, silap-sila haribulan boleh meroyan. Macam yang ibu ni alami masa dalam pantang, memang menjadi pengajaran kepada kita. Jom tengok video 1 minit ni apa yang ibu ini nak kongsikan dengan kita.

Jadi, kalau dah pasti baby kita kembung, jangan tunggu lama sebab kembung tu sungguh tidak menyelesakan bayi kita. Lagipun jika dibiarkan terlalu lama, lagi susah angin nak keluar. Selalunya bila anak-anak kembung ni, Zarith akan ambil minyak urut baby, letakkan di perut dan mulakan urutan I LOVE U Sebenarnya ada banyak lagi cara urutan dan senaman tapi yang paling Zarith suka adalah I LOVE U, urutan membulat ikut arah jam pada perut baby dan Bicycling

Urutan ini sangat sesuai dengan Zuyyin dan Zayra. Dan mereka akan jadi sangat happy setelah terkentut dengan banyaknya, hehe.

Langkah atasi kembung perut pada baby

  1. Membuat urutan sendiri contohnya urutan I Love You, Bicycling, Tiger in the tree. Boleh search di You Tube.
  2. Boleh memanggil tukang urut yang berkaliber untuk mengurut baby.
  3. Pastikan baby latch dengan sempurna semasa proses breastfeeding
  4. Selepas proses penyusuan, tak kira secara direct feed ataupon botol susu, pastikan anda burpkan baby
  5. Setiap kali lepas mandi, sebelum tidur malam, pastikan anda membuat urutan sedikit kepada bayi. Selepas urutan I Love You, Zarith akan meniarapkan Zayra dan urut bahagian betis, peha dan tapak kaki secara lembut. Zayra loves it! Seriously.
  6. Ibu yang menyusukan mestilah elakkan makan makanan yang berangin. Sebagai contohnya kobis, brokoli, kailan, keledek dan sebagainya. Ibu menyusukan juga hendaklah sentiasa pastikan perut tidak kosong kerana ini juga salah satu faktor yang menyumbang baby mudah kembung

Bila dah tahu urutan ni, senang sikit la ibu-ibu. Tak perlu lagi berjaga malam akibat anak menangis kembung perut dan tak perlu sama sekali bagi baby tu minum grape water. Baby di bawah usia 6 bulan TIDAK BOLEH sama sekali diberi minuman lain selain susu ibu. Lakukan urutan setiap hari ok mommies =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Mohd Munzir says

    March 31, 2015 at 09:38

    takut betul kalau baby kembung perut… mula lah nangis je tak behenti.. terima kasih atas perkongisan kembung perut ni sangat membantu lah

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 31, 2015 at 16:50

      Kan betul tu. Fobia rasa kalau baby kembung kan.

      Reply
  2. Hairul Hissam says

    April 1, 2015 at 01:36

    mmg stress jaga baby nie kalau tak tahu caranya.. mmg bagus info nie utk para ibu bapa…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 1, 2015 at 13:47

      Tuhla.. Kena byk bersabar huhu

      Reply
  3. Cik Yaya says

    April 1, 2015 at 12:47

    mengurut ke bawah ye….
    ok…….
    thanks share ^,^

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 1, 2015 at 22:49

      Hihi..aah ke bawah bentuk I L U terbalik 😉

      Reply
  4. kak long says

    November 4, 2016 at 15:17

    Assalamualaikum…saya Ada menyediakan perkhidmatan urutan selepas bersalin/berpantang
    Area sentul Dan Kuala Lumpur pada harga istimewa😊
    Sebarang pertanyaan boleh call 013-2096836 / 018-3636986.

    Reply
  5. Roseeza says

    November 10, 2017 at 20:22

    Terima kasih di atas perkongsian cara urutan… Bby saya baru 14 hari.. Selalu kembung perut ..tapi bila kita sentuh perut dia atau gosok minyak dia merengek.. Pastu poo dgn angin sekali keluar…thanks for info..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 14, 2017 at 00:05

      Welcome =) Semoga bermanfaat ye

      Reply
  6. Chy mlm says

    January 20, 2018 at 01:57

    Sgt bermanfaat.. Sy dh cb dan akan sentiasa buat sbb baru buat td dh ade anginnye keluar

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 21:55

      Alhamdulillah. Semoga bermanfaat =)

      Reply
  7. Meq says

    April 9, 2018 at 02:48

    TQ.. lega bila dpt pnyelesaiannya d sni.. anak pn dh tidur lps buat urutan.. klau x mnngis dr td.. Naik risau jga tiba2 nngis n xselesa dbaringkan. First time brlaku pd ank kdua..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 15:04

      syukur Alhamdulillah..semoga bermanfaat =)

      Reply
  8. Suha says

    May 2, 2018 at 07:37

    Baby saya perutnye berbunyi macam kembung…tapi dia tak menangis… sy cuba sapu dan urut minyak angin pada bahagian perut..belakang..tapak kaki dan betis…selepas tuu baru dia kentut dengan kerap…adakah bayi sy kembung ??

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 25, 2018 at 23:10

      Hi puan Suha,
      ada bayi yang baik tak meragam bila tak selesa. Tapi jika begitu, jadikan mengurut perut baby tu sebagai satu rutin ye =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design