Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

March 30, 2015 by Ibu Zarith

7 Tips Elakkan Peranakan Jatuh Selepas Bersalin Supaya Suami Sayang

Assalamualaikum

Takut kan bila dengar orang bercerita tentang rahim jatuh. Ada juga yang sebut tombong. Tengok gambar pon boleh mimpi ngeri. Namun inilah realitinya. Allah jadikan rahim kita kuat untuk memegang baby di dalamnya selama 9 bulan. Jadi cuba bayangkan apa yang akan terjadi selepas itu? Baby dah keluar, rahim yang besar itu mengecut secara automatik ke? Mestilah tak kan? Ianya mengambil masa yang agak lama.

Penjagaan yang rapi terutama selepas berpantang sangatlah penting. Kalau tak, susah hidup. Jom kenalpasti adakah anda juga mengalaminya. Segeralah berjumpa doctor dan dapatkan nasihat dari yang pakar. Ini kerana ia bukan sahaja menjejaskan hubungan anda dan pasangan, namun ia juga menyebabkan keadaan kesihatan anda merudum.

Apa yang ibu ini kongsikan mungkin akan membantu ibu-ibu lain buka mata tentang perkara ini. Jom tengok Video 1 minit ni:

Peringkat Rahim Jatuh

  1. Peringkat pertama:

    • Rahim jatuh sedikit sahaja daripada kedudukan normal, tetapi masih dalam vagina/faraj. Pada peringkat ini kebanyakan wanita tidak mengalami apa-apa simptom
  2. Peringkat kedua:

    • Sebahagian dari rahim telah keluar dari vagina/faraj. Pada peringkat ini wanita tersebut mungkin merasa sakit belakang, perasaan berat pada bahagian pinggang ke bawah dan yang pastinya terdapat benjolan bahagian serviks terkeluar melalui bukaan vagina terutamanya ketika berdiri
  3. Peringkat ketiga:

    • Keseluruhan rahim berada diluar vagina. Biasanya keadaan ini akan bersama dengan kejatuhan pundi kencing pada bahagian hadapan dan kejatuhan usus besar pada bahagian belakang. Namun pada peringkat ini organ ini masih boleh ditolak masuk kedalam vagina apabila pesakit baring di atas katil
  4. Peringkat keempat:

    • Keadaan organ adalah sama seperti peringkat ketiga namun pesakit tidak boleh memasukkan organ kembali ke dalam vagina biarpun dalam keadaan baring.

Siapakah Yang Berisiko:

  • Ibu-ibu yang pernah hamil dan bersalin
  • Mereka yang telah putus haid dan menopaus
  • Mereka yang menghidapi batuk kronik

Apakah puncanya:

  • Rahim jatuh berlaku apabila lantai pelvis dan ligamen sekitarnya menjadi lemah, lantas tidak mampu memberi sokongan secukupnya kepada rahim. Oleh itu rahim akan melorot jatuh dan tersembul keluar dari bukaan faraj
  • Kerosakan kepada otot lantai pelvis dan ligamen semasa kehamilan dan proses bersalin
  • Kesan graviti
  • Ketiadaan hormon estrogen
  • Perbuatan meneran berulang-kali selama bertahun-tahun

Langkah pencegahan:

  1. Semasa hamil:
    • Lakukan senaman lantai pelvis
    • Lakukan kemutan pada otot lantai pelvis – kemutkan otot yang anda gunakan untuk memberhentikan air kencing
    • Kekalkan kemutan tersebut selama 5 saat dan rehat 5 saat
    • Tambahkan kemutan sehingga 10 saat kalau boleh
    • Lakukan sebanyak 3kali sehari dan 10 kali kemutan pada setiap sesi
    • Anda boleh lakukan kegel exercise ni pada bila-bila masa
  2. Semasa bersalin:
    • Elakkan meneran terlalu awal sebelum pintu rahim terbuka sepenuhnya
  3. Selepas bersalin:
    • Elakkan dari mengalami sembelit
    • Lakukan senaman lantai pelvis secara berterusan
  4. Selepas monopaus
    • Hormon Terapi gantian (HRT) mungkin membantu mengurangkan risiko rahim jatuh
    • Elakkan dari berdiri berpanjangan, mengangkat barangan berat dan masalah batuk yang kronik
    • Lakukan semula senaman lantai pelvis setiap hari

Amalan sihat semasa berpantang:

  1. Cara berpantang yang betul boleh mengelakkan risiko terjadinya rahim jatuh.
  2. Pemakanan yang berkhasiat akan membuatkan proses penyembuhan ibu berjalan lancar dan ini akan membantu otot dan ligamen pada lantai pelvis yang rosak untuk kembali pulih dan menyokong rahim.
  3. Pada masa inilah pentingnya pemilihan set berpantang yang betul. Bukan hanya menjaga luaran sahaja (nak kurus) tapi dalaman itu lebih penting.
  4. Set Berpantang Terbaik yang lengkap dengan khasiat semulajadi menjadi pilihan kebanyakan ibu yang lepas bersalin.
  5. Air dan fiber yang mencukupi akan membantu proses pencernaan dan mengelakkan sembelit. Ostematix juga sangat membantu. Masalah sembelit yang berpanjangan boleh menyumbang kepada masalah rahim jatuh.
  6. Lakukan senaman pelvis 2 minggu selepas bersalin.
  7. Amalan bertungku dan berbengkung mestilah dilakukan dengan betul. Ini akan menyumbang kepada pengecutan rahim, pengempisan perut dan meletakkan rahim pada kedudukan yang betul.

Rahim adalah aset wanita. Jadi kenalah kita menjaganya untuk kebahagiaan sehingga ke hari tua =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Mohd Munzir says

    March 30, 2015 at 14:29

    alamak takutlah peranakan jatuh, kena bgtau kat bini ni

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 30, 2015 at 18:42

      Bahaya la.. kene elakkan kalau boleh.. sila2 bagitau isteri =)

      Reply
  2. Dr Fattah says

    March 31, 2015 at 01:09

    kena bersenam juga untuk pastikan ibu sihat.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 31, 2015 at 02:18

      Oh betul tu =)

      Reply
  3. Cik Yaya says

    April 1, 2015 at 13:06

    risau juga nti bila da bsalin..huuu
    kena jaga btul2 nti…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 1, 2015 at 22:49

      Betul tu yaya..kita perempuan serba serbi kena jaga 😉

      Reply
  4. Noriza Rahman says

    April 2, 2015 at 09:17

    Kena senaman untuk naikkan peranakan balik ni..gerun pula

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 3, 2015 at 07:38

      Tuhla memang penting senaman ni untuk kita sebagai wanita

      Reply
  5. Ros says

    April 13, 2015 at 11:36

    Nasib bukan rahim jatuh masa berpantang anak kedua hari Tu. Ngeri pulak pikir.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 13, 2015 at 15:21

      Ish kenapa kak ros? ada pengalaman ngeri ek? Ngeri jugak pikir huhu

      Reply
  6. Jari Manis says

    May 15, 2015 at 13:30

    ada gak dgr jika masih anak dara pun x boleh angkat barang berat nanti peranakan jatuh..tul x?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 15, 2015 at 16:08

      Betul tu JM, hati-hati tau!

      Reply
  7. rieyz says

    August 17, 2015 at 13:10

    puan..i dah lama mengalami peranakan jatuh ni..camna ni puan..i takut sgt lepas membaca artikel puan ni..kwn salu pesan srh i g berurut utk atur peranakan..tp i tkut puan..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 26, 2015 at 00:14

      Puan Riez,
      puan tak perlu takut, apa yang penting, puan pergi dapatkan nasihat doktor. Jangan urut sembarangan ye puan, itu lagi bahaya, kerana ada tukang urut yang tak bertauliah dan tak tahu nak buat, lagi teruk keadaannya. Ketepikan rasa malu, demi menjaga kesihatan kita. Inshaa Allah doctor dapat membantu ye puan

      Reply
  8. titan says

    January 2, 2016 at 08:38

    haa..

    orang perempuan kena jaga bab ni..kang suami bising plakk..hehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 6, 2016 at 17:21

      Betul tu =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design