Assalamualaikum
Bagi ibu yang baru melahirkan, bengkak susu memang tidak dapat dielakkan. Ada yang cuma sehari dua, ada yang berminggu, dan ada juga yang sampai demam-demam.
Selepas Zarith lahirkan Zuyyin tiga tahun lepas, waktu tu bengkak susu sampai demam. Siap pergi klinik. Tapi waktu lahirkan Zayra pula tak la seteruk tu sebab waktu tu Zuyyin masih menyusu. Jadi ada bantuan si kakak yang masih belum wean off, syukur sangat =)
Sebenarnya, pada awal kelahiran, payudara tidak terus membengkak, kerana pada waktu ini yang terhasil hanyalah kolestrum, susu pekat kekuningan yang sangat tinggi khasiatnya yang cukup untuk keperluan baby pada waktu itu.
Lama-kelamaan kelenjar susu akan mula menghasilkan susu yang banyak mengikut demand baby. Darah dan cecair limfa yang berlebihan yang ada dalam tisu payudara akan menyebabkan payudara akan mula membesar, lebih berat dan mengeras. Perkara ini tidak lama. Selalunya selepas satu atau dua minggu, payudara akan lebih lembut dan tidak mengeras walaupun susu banyak.
Adakah bengkak susu ini merbahaya?
- Bengkak susu boleh menyebabkan kesukaran untuk baby kita menyusu
- Puting susu boleh sakit dan merekah. Ini disebabkan oleh baby kita yang mencuba banyak kali untuk melekap kepada payudara yang membengkak tapi tidak berjaya. Ini akan menyebabkan bengkak susu bertambah teruk
- Sekiranya semakin teruk, ia boleh menyebabkan salur susu kita tersumbat, dan jangkitan payudara yang dikenali sebagai mastitis
Apa yang Puan Khadeejah ni buat semasa dalam pantang memang mengujakan. Sampai sihat walafiat tiada sebarang masalah. Jom tengok apa rahsianya:
9 Cara mengelakkan bengkak susu:
- Susukan baby sebaik sahaja selepas melahirkan dan susukan sekerap mungkin. Sekurang-kurangnya 1-2jam sekali.
- Pastikan baby hanya menyusu pada sebelah payudara sahaja pada satu-satu masa (antara 10-20minit). Ini untuk memastikan yang payudara anda betul-betul kosong. Susukan baby pada payudara sebelah lagi pada sesi seterusnya atau pada sesi yang sama sekiranya baby anda masih mahu menyusu.
- Pastikan baby melekap dengan sempurna. Ini dapat memastikan baby menyusu dengan optimum dan susu dapat mengalir dengan lancar dan dapat dikosongkan dari payudara.
- Pastikan payudara anda cukup lembut untuk baby menyusu. Sekiranya ia mengeras (tanda susu terlalu penuh), boleh perah menggunakan tangan (teknik marmet) ataupun pam. Kemudian barulah susukan baby.
- Mandi air suam, biarkan air suam mengalir dipayudara. Ini untuk meransang LDR (Let Down Reflex) dan membiarkan sedikit susu untuk keluar dan melembutkan bahagian payudara anda.
- Anda juga boleh tuamkan tuala suam pada payudara setiap kali sebelum menyusukan baby. Ini akan memudahkan pengaliran keluar susu.
- Ubah posisi setiap kali baby anda menyusu supaya susu disetiap bahagian payudara dikosongkan.
- Elakkan memakai bra yang ketat. Ia akan mengurangkan pengaliran susu melalui salurnya dan boleh menyebabkan salur susu tersumbat.
- Elakkan memperkenalkan baby dengan puting ataupun botol pada bulan pertama kelahirannya, kecuali ada masalah dari segi perubatan. Otot mulut baby yang dah biasa menghisap puting ataupun botol susu adalah berbeza sekiranya menyusu dari ibu. Baby kita mungkin akan menghadapi masalah untuk menyusu secara direct dengan kita.
Cara Traditional merawat bengkak susu:
Sekiranya anda nak cuba cara traditional untuk merawat bengkak susu, Zarith pernah cuba menggunakan daun kobis. Keluarkan kelopak kobis dan letakkan pada bahagian yang bengkak, tidur semalaman. Inshaa Allah mujarab. Sejuk je rasanya.
Ada juga yang menggunakan tali kasut. Ambil tali kasut dan ikatkan hujungnya dengan tutup kicap yang macam ceper tu. Gantung pada leher. Yang ni Zarith tak pernah cuba, tapi kalau anda dah cuba boleh la bagi review ye =)
Semoga bermanfaat!
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
kak Ros pun pernah bengkak susu waktu berpantang Luqman. Sampai demam-demam. Memang seksa kalau bengkak susu ni..
kak ros pon demam ek? tuhla memang tak boleh nak elak kan
cara atasi bgkak susu guna kobis tu mmg yaya tau..dan mmg bkesan rasenyer..mgikut pnglaman kengkawan =D
Tuhla, makcik-makcik yang bagitau. Orang tua ni memang banyak pengalaman kan =)
Tp kalau da sakit sgt n puting lak jenis buta, pakai je daun betik gosok kt tapak tgn dgn air sikit.. Buih dia tu sapu kat payudara.. Dlm tempoh bape jam akan kecut… Tp susu kering la…
Oh bab susu kering tu scary tu =p thanks ye info =)