Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

March 21, 2015 by Ibu Zarith

Apa Perlu Buat Bila Badan Lunyai Semasa Hamil?

Assalamualaikum

Bagi ibu-ibu yang mengalami alahan teruk semasa hamil pada trimester pertama, mesti mengharapkan apabila masuknya trimester kedua dan ketiga, semuanya berlalu begitu sahaja, dan ibu kembali cergas. Namun bagi kebanyakan ibu, perkara ini hanyalah sebuah mimpi yang indah. Sakit belakang, kejang kaki, heart burn dan banyak lagi sering mengganggu aktiviti seharian serta tidur yang lena.

Zarith masa mengandungkan Zuyyin agak mencabar. Pakej. Semua ada kecuali yang serius seperti kencing manis dan diabetes tu tak ada la. Tapi masa Zayra alhamdulillah lebih mudah. Mungkin kerana waktu tu dah kenal dengan supplement yang sepatutnya diambil oleh ibu hamil.

Macam mama ainul ni, lain pulak dengan dia. Jom tengok apa yang menyebabkan dia lain dari yang lain dalam video 1 minit ini. Istimewa sangatkah kandungannya pada kali ini?

1. Sakit belakang:

Sakit belakang semasa kita hamil memang perkara biasa. Ia disebabkan oleh kadar hormon progesteron yang tinggi, dimana ia membantu ligamen tulang pelvis untuk melembut dan meregang  sebagai persediaan untuk melahirkan nanti. Ligamen spina juga rileks, meletakkan beban kepada bahagian belakang dan pergelangan pinggul.

  • Penyelesaian:
    • Elakkan angkat barang berat dan kekalkan postur yang baik dengan tegakkan badan kita. Urutan dan tilam yang bagus juga boleh membantu

2. Kekejangan:

Cramp juga sering dihadapi oleh ibu hamil. Masa Zarith hamilkan Zuyyin 3 tahun lepas, setiap malam mesti cramp walaupun dah minum susu 2 kali setiap hari dan juga dah pakai stokin dan minyak panas dikaki sebelum tidur. Tapi masa hamilkan Zayra, Alhamdulillah dengan izin Allah langsung tiada cramp, padahal susu seringkali tak sempat nak ambil, tidur pon tak pakai stokin.

  • Penyelesaiannya
    • Putarkan dan bengkokkan buku lali dengan perlahan untuk 10-20 kali sebelum masuk tidur. Ini akan kurangkan cramp pada waktu malam. Pastikan juga ibu mengambil susu/ sumber kalsium yang mencukupi (1000mg kalsium sehari). Yang ini memang Ostematrix banyak membantu.

3. Pitam:

Ada ibu-ibu yang sering pitam sepanjang tempoh kehamilan. Zarith dulu masa hamilkan Zuyyin pada 2012 pun selalu gelap mata terutamanya apabila nak tukar posisi, dari baring nak berdiri. Ini berlaku kerana perubahan hormon dan kenaikan bekalan darah ke uterus boleh menyebabkan tekanan darah menurun membuatkan kita rasa pening dan hendak pitam

  • Penyelesaian:
    • Jangan berdiri terlalu lama dan elakkan bangun dengan serta merta, terutama sekali selepas mandi air panas. Kalau rasa pening, duduk atau baring mengiring dengan cepat. Kalau ibu-ibu sering pening dan pitam, lebih baik cepat-cepat berjumpa doktor

4. Buasir:

Disebabkan oleh tekanan yang meningkat pada rektum kerana bayi sedang membesar (yang menghalang pengaliran darah), kita akan kerap ke tandas akibat sembelit.

  • Penyelesaian:
    • Makan makanan berserat tinggi dan minum air yang banyak untuk mengelakkan buasir

5. Pedih Ulu hati:

Hormon kehamilan kita menegangkan injap dihadapan perut, membenarkan asid perut untuk memercik ke esofagus. Kesannya adalah pedih ulu hati, iaitu rasa tidak selesa yang berlaku di belakang tulang payudara. Ia biasanya terjadi bila kita baring atau duduk

  • Penyelesaian:
    • Elakkan mengambil makanan yang pedas dan berminyak. Cuba untuk tidak tunduk atau baring selepas makan.

6. Insomnia:

Apabila kandungan mula membesar, kita akan semakin sukar untuk melelapkan mata akibat ketidakselesaan yang dialami. Pada waktu ini juga kita akan sering ke tandas

  • Penyelesaian:
    • Pilih posisi terbaik untuk tidur (mengiring ke tepi, selalunya dibahagian kiri). Zarith pula selalu letakkan bantal dibahagiam lutut dan satu bantal dibahagian perut untuk alas perut untuk mendapatkan keselesaan. Minuman susu panas dan juga urutan boleh membantu.

7. Mabuk:

Morning sickness selalunya bermula sejak minggu ke-6 semasa kehamilan dan mula berkurang pada minggu ke-14. Namun, setiap individu berlainan. Ada yang mengalami mabuk yang teruk sepanjang kehamilan.

  • Penyelesaian:
    • Makanlah makanan berprotein tinggi dan kerbohidrat kompleks (kentang,beras perang, bijirin penuh) dan minum banyak air serta makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

8. Jangkitan Vagina:

Peningkatan discharge adalah normal dalam tempoh kehamilan. Tetapi jika anda mengalami kegatalan dan lelehan putih yang tebal, ia mungkin jangkitan pada vagina. Ia berpunca daripada jangkitan candida albicans, yang selalunya terjadi semasa kehamilan kerana darah pada vagina meningkat, bermaksud gula boleh memasuki bendalir dalam tubuh

  • Penyelesaian
    • Pakai pakaian dalam yang diperbuat daripada kapas dan elakkan pemakaian seluar yang ketat. Makan yogurt natural tu dan segera berjumpa doctor kerana jangkitan vagina ini sekiranya serius boleh membahayakan baby kita semasa tempoh melahirkan

Setiap ibu mengalami pengalaman yang berbeza dalam mengandungkan setiap orang anaknya. Ada yang susah dan ada yang senang. Namun itu semua menjadikan kita istimewa berbanding kaum bapa. Pada waktu kita hamil, para malaikat mendoakan kita, dan sekiranya kita meninggal dunia, syurga milik kita, Inshaa Allah. Jadi jangan lah merungut kalau Allah bagi ujian sakit sikit =)

Yang penting jangan tinggal Set Hamil Ibu Cergas untuk memastikan badan kita dan juga baby sentiasa sihat sepanjang kehamilan. Rugi bila kita tak dapat hayati seronoknya tempoh hamil sekiranya sering sakit badan, lemah tak bermaya kan?

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. cik yaya says

    March 22, 2015 at 18:54

    Alhamdulillah..
    thanks share info sis.. ^_^

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 22, 2015 at 23:36

      Semoga bermanfaat yaya! 😉

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design