Assalamualaikum
Bersalin secara normal memang menjadi pilihan number 1 ibu-ibu kerana dikhabarkan luka lebih cepat sembuh berbanding secara pembedahan. Tapi tahukan ibu-ibu sekalian yang bersalin secara normal juga berisiko menghadapi luka yang teruk? Boleh menyebabkan koyak sehingga ke dubur.
Kajian menunjukkan, ibu yang bersalin normal pada kali pertama berisiko untuk mendapat koyak yang lebih besar berbanding bersalin yang seterusnya. Ini kerana, kulit di bahagian perineum itu sangat lembut dan baru pertama kali meregang sebegitu rupa. Namun, bersalin kali pertama atau kali ke-10, dengan teknik bersalin yang betul, akan memberikan perbezaan yang sangat besar.
Macam yang dilakukan oleh mama ni, walaupun bersalin secara normal dan mengalami luka, luka beliau cepat betul baik. Tak smpai seminggu dah sembuh. Rahsianya? Jom tonton video pendek ni, inshaa Allah ia dapat membantu ibu-ibu juga:
Zinc dan Vitamin C sangat penting dalam membantu proses penyembuhan luka. Serius. Zarith memang tak pernah tahu sehinggalah Zarith dah rasakan sendiri.
Urutan perineum juga dapat mengurangkan risiko koyak di bahagian tersebut. Sekiranya anda amalkannya, inshaa Allah tiada jahitan pun yang diperlukan. Zarith akan kongsikan sedikit ilmu yang Zarith kutip semasa kelas antenatal yang lalu dalam entry seterusnya ya.
Koyak semasa bersalin ada beberapa peringkat:
- Luka tahap pertama adalah luka pada permukaan:
- melibatkan kulit perineum dan tisu penyambung pada bahagian vagina. Tiada otot yang terlibat. Luka tahap pertama ini cepat sembuh, kadangkala perlukan jahitan dan ada juga yang tidak perlukannya
- Luka tahap kedua adalah lebih dalam:
- ia melibatkan kulit perineum, tisu penyambung pada bahagian vagina dan juga otot di bahagian bawah. Luka ini memerlukan jahitan dan masa penyembuhan bergantung kepada orang. Ada yang cepat dan ada yang lambat. Ada yang mengambil masa berminggu-minggu.
- Luka tahap ke tiga yang lebih teruk:
- ia melibatkan kulit perineum, tisu penyambung, dan juga otot bahagian luar dubur (otot ini yang membantu kita untuk tahan diri dari ke toilet)
- Luka tahap ke empat yang paling teruk:
- ia melibatkan koyak pada kedua-dua bahagian luar dan dalam otot dubur. Ini akan menyebabkan hilangnya daya kawalan terhadap dubur yang mana tidak boleh tahan diri untuk ke toilet.
Walaupun luka tahap ke tiga dan keempat ni jarang berlaku tapi ia boleh berlaku kepada sesiapa pun.
Ada beberapa faktor yang meningkatkan risiko untuk mendapat luka tahap ketiga dan keempat ni:
- Baby besar
- Kedudukan baby semasa melahirkan (baby sepatutnya muka ke bawah tapi waktu melahirkan itu mukanya ke atas)
- Bersalin anak pertama
- Masa bersalin yang lebih lama, akibat terlalu lama ‘push’
- Bersalin dengan bantuan forceps
Luka tahap ketiga dan keempat ini boleh mendatangkan sakit yang sangat dasyat terutamanya apabila melakukan aktiviti lasak. Kebanyakan wanita mendapati bila nak pergi ke toilet juga sakit, terutamanya ketika nak buang air besar.
Setiap kali lepas bersalin, sebelum pulang, doctor akan periksa dubur samaada boleh berfungsi dengan baik atau tidak. Sekiranya gagal berfungsi, rawatan susulan akan dikemukakan. Ibu-ibu jangan malu dan segan ye, semooga dengan rawatan susulan ini akan memberikan kesihatan terbaik buat anda.
Episotomi:
Episotomi adalah pembedahan yang dikawal (Tisu dibahagian vagina akan digunting sedikit) sebelum baby keluar. Kebanyakan hospital akan membuat episotomi untuk mengurangkan risiko terkoyak pada vagina.
Penyembuhan dari episotomi ini lebih kurang sama dengan penyembuhan dari terkoyak. Ia bergantung kepada orang. Ada yang berminggu dan ada juga yang berbulan. Namun, dapatkan nasihat yang pakar sekiranya ada komplikasi yang berlaku.
Yang penting jangan lupa ambil Set Berpantang Terbaik tau! Lengkap dengan Vitamin yang dapat membantu luka cepat sembuh seawal 5 hari! Takde la jalan terkepit-kepit lagi sepanjang tempoh berpantang nanti. Pasti waktu berpantang dilalui dengan sempurna =)
Love
-Zarith Sofia-
Shaklee ID 914562
013-7510028
okeh, ngeri gak bila baca bab koyak-koyak nih..
Alamak..seriau lak bl dgr bab koyak ni hhihi
kan..cuak tu..huhu..beranak bukan sekali pulak tu huhu
Seriau juga..
Jadi takut plak…….
Tuhla kan, selama ni kita ingat biasa2 jek huhu
TERKOYAK jika baby besar…eee…seram!! mmg besar pengorbanan seorang ibu
Scary kan?huhu..waktu meneran tu tak kesah apa jadi asal baby nak keluar huhu. Tapi yang sebenarnya ada teknik yang betul
tak sanggup nak bace part last.. ngilunye..alhamdulillah.. mase bersalin normal.. baby 3.7kg.. takde koyak.
Sama fifi, Alhamdulillah Zayra lahir 3.75 pon takde koyak. Maybe anak 2nd, tapi Zuyyin dulu keluar 2.78kg je huhu
Ye betul tu sakit yang sangat dasyat masa kat toilet..huhuhu..
Uii..takuttt (T_T)
Insha Allah… selain usaha… Bykkn doa juga agar segalanya dipermudahkan.. Ada je bby kecil tapi koyakan teruk…sbb itulah, salah step..tapi anggaplah itu ujian dan dugaan Allah sbg penghapus dosa..
Betul tu kak MF, semuanya kadang-kala berkait rapat dengan amalan kita kan =)
Baby sy pun besar, 4.3kg bersalin normal sbb salah scan. Estimate 3.7kg je tu sbb bg normal. Tapi last2 baby keluar besar. Bertarung nyawa jgk la nk push baby. Alhamdulillah selamat jgk baby keluar walaupun koyak sampai 4th degree tear. Hari bersalin jgk sy kena operation tebuk perut utk pakai stoma bag. Tak boleh buang air besar ikut dubur sbb dah koyak sampai situ jd terpaksa tebuk perut utk keluarkan usus. Mmg mengalir air mata teringat balik semua tu, tapi sy redha ketentuan Allah. Bukan sy nak takutkan bakal ibu, tapi nak share pengalaman. Kalau boleh masa dkt labour room nanti, minta suami temankan. Takde la doktor dan nurse2 buat mcm2 kat kita
Masha Allah 4.3kg dan bersalin normal. Terima kasih berkongsi pengalaman ye Pn. Siti Zubaidah. Ngeri Zarith membacanya huhu.. Pasti besar hikamh yang tersembunyi disebalik semuanya
Puan siti zubaidah bole bagi no fon tak .. saya pon mengalami nasib yg sama kena tebuk perut keluarkn usus .. skrg anak sy dah 4bln tapi sy masih guna stoma bag ..😢
maaf sy baru tgk komen ni .. maaf sgt2 puan. masih pakai lg stoma bag ke? ini number sy 0185727767
Sy bersalin anak ke3 dan koyak 3rd degree.pdhal anak pertama dan kedua kena gunting luka 1st degree je.mgkn sbb terlalu lama push.mmg zinc complex dan vit c ni dpt bantu cptkan penyembuhan luka ke.ngeri sbb jahitan hmpr terbuka semasa anak pertama dlu.
Kesiannya puan. Mesti susah nak bergerak. Ye, Insha Allah Zinc complex dan Vitamin C dengan dos yang tepat dapat membantu mempercepatkan luka sembuh. Sekiranya ada pertanyaan lanjut puan boleh hubungi Zarith 013-7510028 terus ye
Saya pun 3rd degree tear mase bersalin anak first sebab x reti push smpai kena masuk ot nak jahit. Sekrang trauma kalau dengar koyak2 n rase x bersedia lag nak mengandung n takut juga nak bersama suami..terngiang ngiang koyak2 ni n rase jgak bhagian bwah tu lambat sembuh..sekrang anak da nk masuk 5 bulan…
Saya bersimpati dengan puan, semoga lepas ni tidak berlaku lagi, insha Allah. Namun, Vivix boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka. Jika ingin dapatkannya, boleh terus hubungi Zarith 013-7510028