Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

March 17, 2015 by Ibu Zarith

[Infografik] Senarai Barang Keperluan Bersalin Untuk Dibawa Ke Hospital

Assalamualaikum

Apabila kandungan masuk ke usia 28 minggu (7 Bulan), selalunya doctor yang memeriksa kandungan akan mengingatkan kita untuk bersiap sedia bag untuk dibawa ke hospital. Aik, kenapa awal sangat? Yela, mana kita tau kalau rezeki kita bersalin awal, pre-mature. Kalau tak bersedia nanti jadi macam seorang rakan Zarith ni yang terpaksa pakaikan babynya baju yang masih ada pricetag, itu pun officemate yang belikan sebab beliau tak sangka akan bersalin awal, maka tak beli lagi barang-barang.

 

Kesian pulak baby tu yang terpaksa pakai baju kotor, tak berbasuh. Dah la kulit mereka masih sensitif. Takut ada apa-apa jangkitan pula kan?

Selalunya, Zarith akan mula pack bag hospital ni bila doctor dah suruh. Baju dan semua pekakas dah ada, tapi makanan tu belum siap la kan. Bila  dah tunggu hari tu baru lengkap semua. Siap check empat lima kali menjelang due date. Alhamdulillah semasa bersalinkan Zayra haritu lengkap semua, tak macam masa bersalinkan Zuyyin ada juga yang tertinggal.

Ha satu lagi, yang ni memang sangat la penting. Jom tengok apa yang penting sangat tu, jangan tertinggal pulak tau:

 

Mengikut pengalaman bersalinkan Zuyyin dan Zayra, buku merah, kad pengenalan diri dan juga GL (kalau ada) kena sentiasa ada. Kalau boleh letak dalam satu file plastik, sebab nanti bila kita nak keluar hospital pon perlu letak pelbagai document seperti bil hospital, resit dan juga buku baby.

Bila dah sampai masa untuk masuk ke dalam labour room, nurse akan minta kita sediakan:

  • Sepasang mittens dan booties
  • Sepasang baju lengan panjang berbutang depan
  • Bedung/lampin kain
  • Sekeping pampers

Barang-barang ni Zarith masukkan dalam satu beg kecil dan diletakkan siap-siap dalam bag besar yang kita bawak untuk stay di hospital. Jadi bila masuk dalam labour room senang suami nak ambil dan serah kepada nurse.

Bila kita dah dibawa masuk ke dalam wad biasa, sekiranya kita bersalin normal, keesokan harinya kita akan dibenarkan pulang ke rumah, tapi sekiranya baby atau ibu mempunyai masalah, maka mereka akan minta kita stay lebih lama di hospital. Jadi dinasihatkan kita bawa lebih sikit barang-barang.

 

Barang-barang yang diperlukan:Checklist keperluan bersalin (1)

  1. Untuk ibu:

    • Baju yang selesa (2 pasang)
    • Tudung
    • Kain batik/skirt (2 pasang)
    • Stokin tebal (2 pasang)
    • Sepasang sandal/ selipar untuk dibawa ke toilet dan berjalan-jalan dalam wad
    • Towel
    • Maternity pad (Zarith guna cloth pad, bagi Zarith lebih selesa lebih-lebih lagi untuk jahitan yang masih fresh)
    • Kelengkapan harian. (Zarith bawak toileteries yang kecik-kecik dan letak dalam satu bag plastik kecil
    • Nursing bra dan nursing pad (yang ni pun Zarith pakai yang reusable nursing pad dair fabric bamboo sebab lebih lama kadar serapan dan lebih lembut)
    • Seluar dalam (beli yang pakai buang je senang)
    • Makanan (zarith bawak milo 3 in 1, muesli bar, nestum, roti, thermos, air panas, 1 liter air Zamzam, kurma, biskut lemak dan sudu)
  2. Untuk Baby: 

    • Pampers dalam 20 keping
    • Toiletries (Zarith beli brand BUDS head to toe wash, senang, bawak satu jek)
    • Baju lengan pendek dan seluar (3 pasang)
    • Baju lengan panjang dan seluar (3 pasang)
    • Topi baby
    • Receiving blanket (selimut baby)
    • Mittens and booties (5 pasang)
    • Barut (5 helai)
    • Bedung (3 helai- Zarith beli gugu, memudahkan hidup ibu-ibu =) )
    • Tuala baby
    • Tuala kecil/sapu tangan (5 helai)
  3. Barang dalam bakul:

    • Air Zamzam
    • Air masak
    • Milo/horlicks/Nestum 3 in 1
    • Roti/Biskut/Muesli bar
    • Thermos berisi air panas
    • Cawan dan sudu
    • Set Berpantang terutamanya Vitamin C dan Zinc untuk mempercepatkan penyembuhan luka, B-Complex untuk bagi tenaga kepada ibu

Sebaik sahaja selepas keluar dari hospital, sesi mengepam susu untuk kumpul stok pon bermula. Tapi yang paling penting, pastikan ibu-ibu dah sihat sepenuhnya. Amalakan pemakanan yang sihat, minum air secukupnya dan dapatkan rehat yang secukupnya =)

Oh ya, kalau anda nak dapatkan SET BERPANTANG TERBAIK ni sendiri bolehlah klik sahaja di link bawah ni. Selamat Shopping =)

esell-shaklee-logo-500x351

Klik sini dan terus beli SET BERPANTANG TERBAIK ANDA =)

Love 

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

 

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    March 17, 2015 at 13:13

    Lengkap checklist ni.. Boleh refer utk next baby. :p

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 18, 2015 at 09:13

      Amboi kak ros, dah ready dah ek? hehe

      Reply
  2. Cik Yaya says

    March 17, 2015 at 16:39

    as’salam..
    nice share kak..eh tapi Toiletries pun nak bwk juga..?utk bby..?
    huhu..mcm lame plak kt pital tuuu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 18, 2015 at 08:55

      w’salam yaya..aah kena bawak sebabnya nanti lepas bersalin, first day kat hospital nurse akan mandikan baby kita. Kalau kita tak bawak, dia ade je kat hospital, tapi since Zuyyin dan Zayra memang pakai yang organik, tu yang bawak sendiri tu =)

      Reply
  3. Maria Firdz says

    March 18, 2015 at 09:42

    nice sharing… ank sulung… pengalaman pertama.. mmg ada je yg tertinggal,,, hehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 18, 2015 at 20:40

      Kan..sbb xde pengalaman hehe

      Reply
  4. Ayie Abas says

    March 19, 2015 at 00:04

    Assalamualaikum.

    Terima kasih zarith. kaum bapa juga kena baca entri ini sbg pengetahuan. nnti senang la nk membantu apa yg patut kn..hehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 19, 2015 at 00:28

      Betul tu ayie. Takde la nanti semua barang dalam bag tu ibu baby je yang buat hehe

      Reply
  5. herlina says

    June 27, 2015 at 06:25

    Nak tanyalah produk shaklee ni selamat ker utk digunakan?sebab sblm ni tgk kat fb mcm2 citelah….ingat bersalin nk guna balik produk ni tapi jadi was2 pasal mcm2 cite kuar

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 27, 2015 at 06:49

      Produk ni telah menjalani pelbagai ujian klinikal antarabangsa Puan dan telah terbukti semuanya semulajadi, selamat dan berkesan. Apa jenis produk pon kalau diambil secara berlebihan, pasti memberikan kesan sampingan. Makanan seperti madu, habatussauda dan lain-lain pun perlu diambil dalam kadar sederhana, kalau berlebihan akan ada kesan sampingan.

      Kami akan memberikan cadangan pemakanan yang terbaik, agar pengguna produk mendapat hasil yang terbaik =)

      Reply
  6. Ikin says

    July 2, 2015 at 11:07

    Salam, sis nak tanye mane nak dapatkan maternity cloth pad?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 2, 2015 at 18:38

      Wsalam ikin..boleh hubungi Zarith 013-7510028 ye..Zarith ade jual =)

      Reply
  7. noorellma says

    July 26, 2015 at 10:17

    thanks ibu zarith…senang ckit ade list…ank first memang xtau nk bawak ape..hihi..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 29, 2015 at 00:33

      Welcome dear. Semoga bermanfaat =)

      Reply
  8. Ai says

    October 19, 2015 at 16:17

    breastpump pun penting rasanya. at least standby dalam kete kot.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 26, 2015 at 23:59

      Betul juga tu =)

      Reply
  9. Lily says

    November 7, 2015 at 17:33

    Salam sis zarith.. sy nk tnya, maternity cloth pads tu sis ada jual ye? Boleh whatsapp sy utk details x? 0173247176 tq sis

    Reply
    • Ibu Zarith says

      November 7, 2015 at 19:23

      Wsalam lily. Zarith ade jual. Okay zarith wasep ye 🙂

      Reply
  10. Aisy says

    April 20, 2018 at 16:31

    Perkongsian yg terbaik. Senang nak buat checklist walaupun ini pregnancy yg kedua. Hehe.. Tq😁

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 25, 2018 at 23:22

      Alhamdulillah.. semoga bermanfaat =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design