Assalamualaikum
Pesakit jantung kebanyakannya diarahkan untuk mengambil ubat bernama Warfarin oleh doctor yang merawat. Warfarin adalah ubat yang menghalang pembekuan darah. Ia juga dikenali sebagai ubat cair darah yang menghalang pembekuan darah yang tidak normal berlaku.
Mengapa Anda Perlukan Warfarin?
Anda mungkin mempunyai masalah/risiko berlakunya pembekuan darah tidak normal seperti:
- Atrial Fibrillation (Degupan jantung yang tidak teratur)
- Heart Valve Replacement (Gantian Injap Jantung)
- Deep Vein Thrombiosis (Darah beku dikaki)
- Pulmonary Embolism (Darah beku di paru-paru)
Apabila pembekuan darah tidak normal berlaku, pengaliran darah dalam badan terjejas. Komplikasi boleh berlaku apabila darah beku tersebut bergerak ke bahagian lain dalam badan. Contohnya darah beku boleh bergerak ke jantung, peparu dan otak mengakibatkan serangan jantung.
Bagaimana Warfarin Bertindak Dalam Badan?
Warfarin menghalang penggunaan Vitamin K di dalam badan. Vitamin K diperlukan semasa pembekuan darah dan mengelakkan pendarahan daripada berlaku.
Bilakah Waktunya Anda Perlu Mengambil Warfarin?
Warfarin perlu diambil setiap hari pada masa yang sama, sebaiknya waktu malam, supaya ujian darah boleh diambil pada keesokan hari pada waktu pagi.
Jika Anda Terlupa Makan Warfarin, Apa Yang Perlu Dibuat?
Ambil dos anda sebaik sahaja ingat (dalam masa 8 Jam). Jangan gandakan dos.
Sayuran/Makanan Yang Tinggi Vitamin K (Perlu Dielakkan)
- Kailan
- Bayam
- Bayam Merah
- Brussel Sprout
- Sawi
- Daun Keledek
- Brokoli
- Pasli
- Kobis
- Salad
- Gu Chai
- Asparagus
- Bendi
- Peria
- Timun
- Kobis Merah
- Rumpai Laut
- Daun Bawang
- Avocado
- Leek
- Hati
- Produk Soya
Sayuran/Makanan Yang Rendah Vitamin K (Boleh Dimakan)
- Lobak
- Lobak Putih
- Tomato
- Jagung
- Ubi
- Kentang
- Labu
- Bawang
- Kacang Buncis
- Kacang Panjang
- Kobis Bunga
- Cendawan
- Lada Benggala
- Daun Saderi
- Terung
- Taugeh
Produk Yang Perlu Dielakkan
- Bilberry
- Dong Quai
- Chondroitin
- Glucosamine
- Coenzyme Q10
- Feverfew
- Cranberry
- Bawang Putih
- Dandelion
- Ginko Biloba
- Green Tea
- Vitamin A
- Vitamin E
- Devil’s Claw
- St John’s Wort
- Saw Palmetto
- Evening Prime Rose
- Produk mengandungi Methyl Salicylate Ginseng, Siberian Ginseng
Perkara yang Perlu Diambil Perhatian
- Diet
- Vitamin K adalah diperlukan untuk memastikan pemakanan yang seimbang. Anda tidak perlu mengelak dari mengambil makanan yang tinggi Vitamin K tetapi cuba pastikan pengambilan yang konsisten di dalam diet anda untuk mengelakkan kesan ubat terjejas
- Aktiviti Harian
- Jangan mengambil bahagian dalam aktiviti sukan yang boleh mengakiabtkan pendarahan atau kemalangan
- Kehamilan
- Beritahu doctor anda jika andahamil atau merancang untuk hamil. Warfarin jika diambil semasa kehamilan mungkin menyebabkan kecacatan
- Penyusuan bayi
- Penyusuan bayi adalah selamat untuk ibu yang mengambil warfarin
Bilakah Anda Perlu Mendapatkan Rawatan Segera
Pendarahan merupakan kesan sampingan yang serius apabila mengambil warfarin. Anda perlu menghubungi pegawai perubatan jika anda mengalami tanda-tanda pendarahan berikut:
- Lebam-lebam
- Hidung dan gusi berdarah
- Batuk/ludah berdarah
- Najis/ kencing berdarah
- Haid yang berpanjangan dan berlebihan
Sumber: Jabatan Farmasi Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat
Love
-ZS-
Sahklee ID 914562
013-7510028
warfarin simarc perlu dikontrol tingkat kekentalan darah tiap week untuk hindari pecah pembuluh darah
Terima kasih atas info =)
patut pernah denar warfarin2 ni..utk jantung rupanya…
aah untuk jantung..ubat cairkan darah
ibu saya ada keluar darah serta air dari liang bulu roma di kakinya..ada kah harur di rujuk ke hospital
Ya perlu
makanan berasid mcm limau boleh mempengaruhi x keberkesanan warfarin ?
Apapun, perlu jarakkan masa pengambilan makanan dengan warfarin selama 2 jam
Jelly gamat boleh atau tidak diambil oleh org yg memggunakan wafarin?
Maaf ye saya tak pasti
adakah chia seed dibolehkan ketika pengambilan warfarin?
Maaf saya tak pasti
Kalau kita xnk mkn atau tiada masa nak buat INR blh ke kita stop sendiri…..
Sebelum ambil keputusan sendiri, lebih baik dapatkan pandangan doktor
Hanya utk those yg consume warfarin ke kena elak kan makan sayuran yg tggi in vitamin k tuu…or actually it is for semua penyakit jantung
Untuk pesakit jantung lain saya tak pasti pula, kena rujuk pada pakar jantung.
Assalam
Adakah kesan mengambil ubat ini akan alami gastrik atau tidak selesa pada perut..pernah rujuk pada doktor tapi tiada ape yang dibuat. Bagaimana ye untuk elakkan dari xselesa tu. kesian tgok ayah jadi mcm xslesa ..
Wsalam wbt
Ya, itu adalah salah satu kesan sampingannya. Puan perlu dapatkan pendapat dari doktor yang lain pula, apa yang boleh dilakukan untuk kurangkannya.
Saya pesakit jntung yg consume warfarin setiap hari.. Sy dah lupa hidup tanpa sakit sbb saya dah biasa sakit.. Tp dr luaran org nampak saya sihat. Klu nmpk sy tak makan itu tak mkn ini, ada yg kata saya mengada… Hmmm setiap kali jumpa org baru mesti nk bgtau.. La ni sy dah tak larat nk bgtau… Bos baru pon meremehkan sakit sy pd mulanya.. Tp kawan2 yg lain bgtau, barulah dia faham.. Setiap 5 tahun tukar bos baru, nk kena explain sbb setiap 2 bulan kena cuti jumpa doktor.. Well, inilah bahagian org mcm saya.. Dulu mcm tak boleh terima, tp sekarang sy dah biasa.. Saya redha.. Moga tuhan ampuni dosa2 saya… :'(
Semoga Allah permudahkan segala urusan puan =) berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya
Produk shaklee yg sesuai utk penggun warfarin ada tak
Ada puan. Boleh terus hubungi saya ya, Zarith 013-7510028
Makan walfarin boleh makan daging lembu atau kambing tak.? Terima kasih.
Boleh cuma perlu berpada-pada dalam setiap perkara =)