Assalamualaikum
Selalunya bila anak-anak dalam lingkungan 1-5 tahun, mereka sangat gemar bermain. Kalau ada permainan tu, memang habis bersepah-sepah rumah. Ada ibu bapa yang asingkan satu bilik khas untuk mereka bermain, tetapi ada juga yang biarkan anak mereka bermain di mana-mana tempat yang mereka suka, asalkan selepas bermain, mereka kemas dan simpan balik alat permainan mereka.
Ada juga ibu bapa yang langsung tak bagi anak mereka bermain atas alasan nanti rumah bersepah.
Tahukah anda, sebenarnya semasa mereka bermain ni, mereka banyak belajar benda baru. Bagi kita permainan itu macam remeh dan merimaskan, tapi bagi mereka itu adalah satu perkara baru yang sukar tapi menyeronokkan dimana mereka mula belajar cara berfikir untuk menyelesaikan masalah, mengawal otot mereka, keseimbangan dan juga koordinasi badan. Perkara yang kita pandang remeh ini sebenarnya yang akan membantu mereka untuk membuat aktiviti yang lebih kompleks seperti melompat tali dan menendang bola semasa berlari.
Sebagai ibu bapa, kita seharusnya biarkan anak-anak kita untuk terus mencuba perkara baru dan kita hendaklah sentiasa mengawasi mereka. Kita juga boleh mengajar mereka untuk kemas balik barang permainan yang telah mereka gunakan. Ini akan mengajar mereka lebih bertanggungjawab terhadap barang mereka sendiri.
Perkembangan awal kanak-kanak (12-24 Bulan)
- Boleh berjalan sendiri
- Boleh menarik permainan ketika berjalan
- Boleh mencangkung dan bangun balik
- Mula berlari
- Menendang bola
- Jalan mengundur kebelakang
Perkembangan kanak-kanak lebih dewasa (24-36 Bulan)
- Boleh seimbangkan diri bila berdiri menggunakan satu kaki selama 1-2 saat
- Boleh memanjat
- Boleh baling bola melepasi kepala
- Boleh membongkok tanpa jatuh
- Boleh mengayuh basikal tiga roda
Untuk Kanak-kanak berusia 12-36 bulan, jangka masa bermain yang dicadangkan adalah
- Sekurang-kurangnya 30 minit aktiviti fizikal yang berstruktur seperti bermain bola dan ditaman permainan (dibawah pengawasan orang dewasa)
- Sekurang-kurangnya 60 minit aktiviti fizikal yang tidak berstruktur (permainan bebas)
Kanak-kanak tidak sepatutnya duduk diam dalam masa lebih dari sejam kecuali semasa tidur. Ini adalah tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk memastikan mereka mendapat yang terbaik sepanjang aktiviti permainan mereka kerana pada masa inilah mereka belajar. Kalau mereka sakit dan duduk diam, tu yang mesti kita risaukan.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
ohh..ok..
btul jugak tu kan..lau sonyap je risau jugak..huhu
Kan…betul tu yaya =)