Assalamualaikum
Sekarang ni memang musim denggi. Sana sini dengar kes demam denggi. Kat rumah ibu di Batu Pahat haritu sampai 4 kali kena fogging dalam masa seminggu. Cukup merisaukan. Kalau ada nyamuk yang terbang memang kalau boleh Zarith nak pukul sampai mati. Tapi dalam 100 kali pukul hanya seekor je yang mengena. Geram betul terutama sekali bila tengok Zuyyin dan Zayra dah berbintat. Risau tau.
Sekarang ni pula dikhabarkan yang nyamuk denggi telah bermutasi. Menurut Kementerian Kesihatan, demam denggi sekarang ni boleh merosakkan otak dan hati manusia. Dan ini boleh menyebabkan kematian dengan cepat. Allahuakbar. Sungguh menggerunkan. Semoga Allah lindungi kita semua.
Jom kita ambil tahu serba sedikit tentang denggi supaya kita dapat mengatasinya.
Sebelum tu mari kita tengok apa yang Puan Sarah ni, seorang pakar pemakanan beritahu apa yang perlu dilakukan sekiranya seseorang terkena demam denggi. Penting untuk kita tahu.
Apakah itu denggi?
- Sejenis penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes Aegypti yang telah dijangkiti
Bagaimana denggi terjadi?
- Seseorang itu akan terkena denggi apabila digigit oleh seekor nyamuk Aedes. Virus denggi berada dalam saliva nyamuk tersebut.
Jenis-jenis denggi:
- Demam denggi klassikal
- Demam denggi biasa.
- Bermula dengan demam tanpa batuk dan selesma.
- Demam yang tinggi.
- Akan mengalami sakit sendi atau abdomen atau otot.
- Tiada selera makan (makanan dirasakan pahit dan ‘tasteless’).
- Terlalu letih.
- Tidak teruk dan jarang menyebabkan kematian
- Demam denggi berdarah
- Selalu dihidapi oleh kanak-kanak (2 – 14 tahun).
- Demam tinggi on off 2 – 7 hari.
- Tanda lain: Sakit kepala, muntah, kurang selera makan, sakit perut
- Kanak-kanak boleh kena sawan kalau suhu terlalu tinggi
- Pendarahan mungkin berlaku pada gusi, hidung dan usus
- Sekiranya suhu turun, boleh lihat ruam bintik-bintik merah
- Hati boleh membengkak
- Perlu rawatan segera
Apa perlu dilakukan sekiranya dijangkiti demam denggi:
Selalunya kalau kena denggi, memang tiada ubat. Kalau ditahan di hospital pun hanya monitor suhu, paracetamol dan air. Jadi apa yang kita boleh buat untuk membantu mengawal dan mempercepatkan penyembuhan denggi.
- Banyakkan pengambilan cecair
- sebab masa kena denggi memang cecair banyak yang hilang dari badan.
- Tingkatkan pengambilan Vitamin C
- selain tingkatkan imunisasi badan, dalam masa yang sama dia memberi tenaga kepada interferon kita. (sebagai ‘makanan’ kepada interferon kita)
- Tingkatkan antibodi sendiri
- Selepas sembuh dari denggi, kita perlukan protein untuk membantu menyihatkan semula diri sendiri.
Makanan yang boleh diberikan:
Apabila sakit denggi, selera makan memang tiada tambahan pula makanan akan ‘tasteless’. Jadi antara makanan yang sangat digalakkan ialah:
- Jus buah-buahan
- ini kerana selain berbentuk cecair, ia mengandungi serat juga.
- Bubur nasi yang mengandungi sedikit sayur seperti lobak (mengandungi serat) dan protien mudah hadam (ikan). Elakkan pengambilan daging.
- Elakkan memakan makanan yang tak sihat seperti berminyak, berlemak, masin dan pedas.
Merawat Cara Traditional:
- Sup ketam – rebus ketam dan makan isi dan hirup kuahnya sebanyak mungkin
- Jus daun betik – pilih daun betik yang dah matang. Tumbuk dan perah jusnya. Minum satu sudu kecil
- Jus daun pegaga – kisar dan minum jusnyan
- Buah tembikai merah – Boleh dimakan begitu sahaja atau dijadikan jus. Amalkan setiap hari dan diambil dalam kuantiit yang banyak untuk menggantikan air yang hilang dari badan
- Jus buah jambu – Kisar dan ambil jusnya. Jus buah jambu mempunyai khasiat yang tinggi yang dapat melawan radikal bebas dalam badan.
- Jus buah kiwi – Kisar dan minum jusnya
Supplement yang perlu diambil:
- Nutriferon (30 Sachetx 1.2g – RM181.25)- Perlu untuk tingkatkan antibodi melalui pengaktifan interferon.
- Performance Drink (PD) (539gram – RM82.50) – Yang ini sangat penting. PD ini WAJIB untuk menggantikan 100 plus. Ini kerana kandungan gula dalam 100 Plus adalah tinggi. Tambahan pula ia bukan natural dan ada penambahan gas karbon dioksida.
- PD ada elektrolit: sodium, magnesium, kalsium, kalium dan sebagainya yang dapat membantu mengekalkan bendalir & keseimbangan dalam badan
- Memberi tenaga on the spot dan selepas beberapa jam sebab ada karbohidrat ringkas (tenaga segera) dan karbohidrat kompleks (tenaga selepas beberapa jam)
- Selain tu PD membantu mengurangkan kekejangan dan membantu pergerakan otot dan sendi yang lebih baik (sebab pesakit denggi selalu sakit sendi dan otot)
- Banyakkan Vitamin C (180 biji- RM 92.50) – Ia membantu penyerapan iron dalam sel darah merah serta membantu meningkatkan platelet darah merah. Ia juga membantu untuk menghalang virus dari merebak.
- (Selepas sembuh dari denggi) sangat digalakkan untuk mengambil ESP (850gm -RM150) untuk memberi tenaga kepada badan. 9 asid amino yang ada akan membantu semula badan, terutama kebocoran plasma dan sebagainya yang berlaku dalam badan.
Yang masih dikurniakan kesihatan yang baik, Alhamdulillah. Terus tingkatkan taraf kesihatan kita kerana walaupun kita digigit nyamuk Aedes yang membawa virus denggi, sekiranya antibodi kita kuat, kita takkan menghidap demam denggi.
Kepada yang menghidap demam denggi, jangan tunggu sehingga melarat. Sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar kecergasan dan kesihatan anda dapat dikembalikan. Jika anda berada berdekatan dengan Zarith, Zarith boleh hantarkan set ini terus kepada anda.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Salam,
anak bunda pernah kena demam denggi, yang bunda pernah beri hanya sup ketam selain dari vitamin c dan makanan lembut seperti bubur nasi dengan ayam…
Yang daun betik tumbuk tu belum pernah bunda cuba…terima kasih atas info bermanfaat ini…
bahaya betul denggi sekarang. semoga dijauhkan.
tuhla kan kak ros. macam mana nyamuk pon boleh bermutasi pon tak tahu huhu
deggi memang menakutkan..
Jgn bagi anak keluar pada waktu pagi dlm kul 6.30 – 8 pagi dan juga 6 – 8 malam…
Pintu tingkap pun make sure tutup pada waktu tu jugak..:)
Pagi takde masalah nak bagi dorang stay dalam rumah syu tapi kalau petang tu Zuyyin memang nak siram pokok kat luar huhu..
guna cara semulajadi lebih selamat.
panduan yang sangat bermanfaat..serius betul kes denggi sekarang,mosquito trap yang macam raket tu bagus juga untuk bunuh nyamuk,public awareness pun penting untuk bkerjasama jaga kebersihan dan musnahkan tempat pembiakan nyamuk ni kan.
Betul tu, sekarang ni orang macam tak kesah pon nk gotong royong ke apa kan? Kementerian kesihatan je dok fogging sana sini.
sakitnye kalau kene denggi.. fifi pernah kene..
cara atasi – minum Jus buah kiwi..mmg sedap lerrr hehe