Assalamualaikum
Tadi buat kuih ondeh-ondeh. Dah lama teringin nak makan, tapi bahan asyik tak cukup je. Alhamdulillah harini dapat juga buat. Malah lebih sedap dari yang dibeli di kedai, hihi
Selalunya kalau ibu yang bekerja di rumah ni aktiviti memang 24 jam dengan anak-anak. Macam mana nak uruskan mereka disamping kita boleh buat kerja? Perkongsian Mommy lyna ni betul-betul membantu Zarith. Jom tengok apa rahsia mommy lyna ni:
Bahan-Bahan:
- 8 helai daun pandan
- 2 cawan tepung pulut
- 1 biji keledek yang telah direbus dengan sedikit garam dan dilenyek
- 1 biji kelapa muda parut
- sedikit gula melaka asli yang dipotong kecil
- Air yang telah dimasukkan dengan 2 cubit garam
Cara membuat:
- Kisar daun pandan dengan sedikit air. Tapiskan
- Campurkan tepung pulut dan keledek dalam satu bekas. Tuangkan air pandan dan air garam secara bergilir gilir sehingga doh tidak melekat ditangan. Uli campuran tersebut dengan sekata.
- Buatkan bebola kecil dan leperkan sedikit untuk isi gula melaka yang telah dipotong kecil ke dalamnya. Bulatkan kembali
- Didihkan satu periuk air. Masukkan kuih yang telah siap dibulatkan tadi.
- Tunggu sehingga terapung, baru keluarkan dari periuk
- Golekkan kuih yang telah direbus tadi ke dalam sebuah bekas yang telah diisi dengan kelapa bercampur sedikit garam
- Siap dan boleh dihidang!
Seperti biasa ini dia chef cilik kita. Zuyyin memang suka bab-bab menolong ni. Dah besar nanti harap-harap teruslah macam ni =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Sedap tu…
Sedap scdha..lain dari yang kita selalu beli hehe
wahh senang rupenye.r…huhu cakap je boleh la..cer yaya buat..
hahahha =p
cuba buat yaya patu buat entry siket hehehe