Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

March 20, 2015 by Ibu Zarith

[Infografik] Tips Menyimpan Susu Perahan Ibu Yang Paling Ideal

Assalamualaikum

Sebagai ibu yang pernah bekerja dan menyusukan baby, Zarith memang faham sangat masalah yang sering dihadapi oleh ibu-ibu semasa nak simpan stok susu. Masalah ini sangat kritikal semasa Zarith bergelar ibu buat kali pertama. Waktu tu kawan di pejabat berulangkali ajar cara yang betul nak simpan susu, tapi bila tiba masa nak simpan stok susu selepas pam masa dalam pantang, siap call lagi kawan tu. Nasib baik dia nak ulang lagi ajar Zarith buat kali ke 100 =p

Masalah yang sama dihadapi oleh Kak Farah ni. Nak-nak dia kerja sebagai nurse di IJN. Kerja syif pulak tu. Bayangkan betapa sibuknya dia, tapi dia masih bertekad nak susukan anaknya sehingga 2 tahun dan berusaha simpan stok susu. Apakah cara Kak Farah dapat setelah bertanya Encik Gugel? Jom tengok Video 1 minit ni. Terima kasih kak Farah sudi berkongsi dengan kami.

Stok susu yang kita dok canang ni digelar EBM iaitu Expressed Breast Milk yang sangat ringkas ikatannya. Jadi ia sangat mudah rosak sekiranya tidak dikendalikan dengan baik. Bayangkan, nak goncang botol susu pon tak boleh tau.

Sebelum tu, jom kita tengok istilah yang ibu-ibu perlu tahu:

  1. EBM = Expressed Breast Milk (susu perahan)
  2. Fresh EBM = susu yang baru sahaja diperah
  3. Chilled EBM = susu yang baru diperah dan disimpan ditempat yang sejuk tetapi bukan di tempat sejuk beku. Chilled EBM biasanya akan membentuk dua lapisan susu iaitu Hindmilk dan Foremilk
  4. Frozen EBM = susu yang disimpan di tempat sejuk beku

Bekas Penyimpanan Susu Ibu:

  1. Zarith suka pakai storage plastik bag ni kerana ia lebih menjimatkan ruang. Namun begitu, ia agak rugi kerana tidak boleh dipakai semula untuk menyimpan EBM. Boleh dikitar semula menjadi tempat menyimpan sayur dan sebagainya.
  2. Selain itu, Zarith pasti akan simpan dalam botol simpanan yang sangat comel ni. Ia sangat la menjimatkan kerana boleh digunakan berulang kali. Tapi sekiranya botol telah bertukar menjadi sedikit kelabu asap atau terdapat banyak kesan calar, silalah buang dan tukar yang baru ye.
  3. Ada juga yang menggunakan plastik aiskrim malaysia ataupun bekas dadih, tapi Zarith tak pernah guna sebab tiada jaminan ianya BPA FREE kan? Kesian pulak kat anak-anak.

Mintak tolong sangat ibu-ibu pastikan bekas untuk kita simpan susu ni betul-betul bersih ye. Telah dibasuh, disteril dan disimpan dengan elok.

Apabila susu telah disimpan dalam bekas, boleh la mula meletakkan label pada botol tersebut.

Melabel botol perlu ada details berikut:

  1. Nama anak (untuk elakkan susu tertukar di rumah pengasuh)
  2. Tarikh (gunakan susu yang terdahulu)
  3. Masa perahan (gunakan susu yang terdahulu)
  4. Berapa kuantiti susu perahan

Tips dan cara menyimpan:Cara Mengendalikan EBM1

  • Di Pejabat
    • Susu yang telah diperah disimpan di dalam peti sejuk bahagian chiller dan bukan di tempat sejuk beku. Ini untuk mengekalkan khasiat dan antibodi yang ada dalm susu ibu. Tambahan pula, sekiranya susu telah beku di pejabat, semasa diperjalanan pulang, kalau jem, susu cair balik, ia tidak boleh dibekukan sekali lagi. Ia perlu digunakan dalam masa 24 jam.
    • Sekiranya tiada peti sejuk, boleh juga disimpan dalam cooler bag atau cooler box yang telah dilengkapi dengan pek ais
  • Di Rumah
    • Simpan susu perahan yang diperlukan untuk hari esok dibahagian chiller.
    • Bakinya boleh disimpan di dalam tempat sejuk beku untuk dibuat stok beku.

Contoh:

Zayra minum 4 botol x 5 oz susu. Sesi perahan sehari di pejabat dapat la 6 botol x 5 oz susu (Ini termasuk 3 kali pam di pejabat dan 2 kali di rumah pada awal pagi).

Jadi Zarith akan simpan 3 botol susu perahan hari ini di bahagian chiller, 2 lagi disimpan dalam peti sejuk beku. Zarith akan keluarkan 1 botol frozen EBM dari peti sejuk beku dan turunkan ke tempat chiller. Pagi esoknya barulah Zarith akan lalukan dibawah air paip untuk mencairkannya.

Ini untuk mengelakkan dari perubahan suhu mendadak yang akan mematikan banyak antibodi yang ada dalam susu ibu.

Jadi, bekalan EBM Zayra di rumah babysitter adalah 3 botol fresh EBM dan 1 botol frozen EBM

Sekiranya anak kita memerlukan 20 oz sehari, maka kita hendaklah berusaha untuk mendapatkan 20 oz sehari semasa mengepam, jangan pula kita dapat kurang dari itu, susah nanti bila kehabisan stok susu.

Hendaklah diingat bahawa susu ibu yang dibekukan masih jauh lebih baik dari susu formula kerana susu ibu mengandungi antibodi yang dilemahkan sementara. Apabila susu dipanaskan, antobodi akan aktif kembali.

Dan semasa kita dalam proses penyusuan ni, badan selalu lemau dan tak bertenaga. Kadang kala stress susu sikit, anak tak puas menyusu la dan macam-macam lagi masalah. Ibu-ibu tidak berseorangan. Memang itulah asam garam dunia penyusuan. Apa yang penting, jaga pemakanan, elakkan minuman berkafein dan berais, amalkan pemakanan untuk membanyakkan susu ibu seperti longan dan yang lain boleh rujuk di sini dan juga jangan lupa Set Penyusuan yang sangat membantu ramai ibu-ibu dalam melengkapkan misi mereka dalam perjalanan penyusuan 2 tahun.

Betul seperti yang dikata, bukan kita sahaja yang sakit badan, akibat postur yang tidak betul semasa menyusukan anak. Apa yang Puan Ida alami ni sangat sinonim dengan kita. Jom tengok video 1 minit setengah ini untuk tahu apa yang dia buat untuk hilangkan sakit badan dan juga karat pada gigi anaknya akibat ibu yang kurang kalsium

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. cik yaya says

    March 20, 2015 at 13:19

    as’salam…
    wahh tips yg bagus…yaya nak bby boy..hikhikhk =p

    Reply
    • cik yaya says

      March 20, 2015 at 13:20

      eh salah komen entri ni…hahah patut kat entri yg lagi satu..huuu haih..tu la dier… =_=
      maaf ye

      Reply
      • Ibu Zarith says

        March 21, 2015 at 01:19

        hahaha..berangan yaya ni =p ok la boleh la tu, semoga dapat baby boy hehe

        Reply
  2. azura says

    April 20, 2015 at 06:17

    Bolehkah susu yg dikeluarkan dr peti di tinggaltkan di luar lbeh dr 5 jam?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 20, 2015 at 07:39

      Tidak digalakkan terlalu lama Azura. Dengan suhu yang panas sangat sekarang ni, 3 jam pun dah maximum. Apa pun, rasa dulu susu tu ya, kalau dah basi, tak perlu bagi kat baby =)

      Reply
  3. Filicia says

    November 19, 2016 at 19:04

    Nak tanya..ada efek kat stok ebm ke kalau saya cairkan ais kat deep freezer?ada cara tak macamana nak simpan stok ebm kat deep freezer tu smntara saya cairkan ais dlm deep freezer?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 02:31

      Maaf ye puan saya tidak pasti ada efek tak susu itu

      Reply
  4. syazwaneey says

    October 31, 2017 at 19:20

    nak tanya, tak boleh eh kalau susu yg kita pam pukul 3 dapat 2oz kemudian yg ni simpan peti bawah ( chiller). lepastu pam lagi pukul 4 dapat 1oz lebih, terus campur dgn yg pukul 3 tu. maknanya yg pukul 4 ni lepas pam terus campur yg dlm chiller pukul 3 tu. sbb susu badan x banyak mana. selalu bagi sebelah df sebelah lagi letak milk collector yg silicon tu so dapat lah sikit 😂😁

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 13, 2018 at 23:52

      better masukkn yg pukul 4 tu dlm chiller sekejap sebelum campur yg pukul 3, utk samakan suhu sebelum campurkan

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design