Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

March 18, 2015 by Ibu Zarith

Tips Mudah Mendapat Anak Perempuan Atau Lelaki.

Assalamualaikum

Apabila kandungan menginjak usia 25 minggu, tentu ibu-ibu tak sabar nak pergi buat scan 4D untuk tengok jantina dan pada masa yang sama tengok perilaku baby kan? Rasa teruja sangat. Begitu juga dengan Zarith. Masa hamilkan Zuyyin 3 tahun lepas sanggup carik the best sonografer. Tapi memang puas hati la. Bila dia bagitahu baby girl, rasa happy sangat, Alhamdulillah. Jantina bagi Zarith jatuh nombor 2, yang penting baby sihat walafiat.

Tapi betulkah jantina baby dalam kandungan boleh ditentukan oleh kita sendiri? Itu persoalan yang sering diterima dari ibu-ibu. Ada yang bernasib baik, mereka dikurniakan anak berpasang-pasang. Namun ada juga yang dikurniakan anak lelaki sahaja atau perempuan sahaja. Kadangkala sehingga 6, 7 orang.

Sebagai ibu, kita selalunya bersyukur dengan anugerah yang diberi. Kadang-kadang orang sekeliling yang bagi tekanan. Eh, tiga orang lelaki? Bila nak dapat anak perempuan?

Macam ibu ni, selamber je dia. Cuba dengar apa dia cakap:

Mari kita kenali dulu apakah yang menyebabkan perbezaan jantina baby kita:

  1. Baby perempuan:
    • Kromosom-X.
    • Bergerak lebih lambat
    • Hidup lebih lama
  2. Baby lelaki:
    • Kromosom-Y
    • bergerak lebih laju
    • Jangka hidup lebih pendek

Okay bagi yang ingin mencuba untuk mendapatkan anak perempuan, anda boleh cuba cara ini:

  1. Menurut the Shettles Method yang dipelopori oleh Dr. Landrum Shettles pada tahun 1960, sperma X-Kromosom (perempuan) bergerak lebih lambat berbanding Y-kromosom (lelaki) dan hidup lebih lama. Oleh itu, boleh cuba untuk melakukan hubungan intim sebelum waktu subur wanita iaitu dua atau beberapa hari lebih awal.
  2. Elakkan mengambil makanan bergaram dan juga garam kerana garam akan membunuh peluang anda untuk mendapat baby girl.
  3. Elakkan pengambilan buah-buahan segar, bayam, tomato, coklat, kopi dan teh
  4. Banyakkan pengambilan susu dan diary produk seperti kekacang, cheese dan yogurt
  5. Perbanyakkan pengambilan calcium dan magnesium
  6. Ambil makanan berasid. Bukan bermakna makan cuka tau, boleh refer kepada carta pemakanan ini.
  7. Lakukan hubungan intim pada waktu siang.
  8. Amalkan pembacaan Surah Maryam sebelum kandungan mencecah 3 bulan

Bagi mendapatkan anak lelaki pula boleh cuba tips ini:

  1. Memandangkan jangka hayat Y-kromosom yang membawa gen lelaki ini lebih pendek, maka pilihlah teknik bersama yang dapat mendekatkan alat reproduksi suami dengan rahim isteri supaya sperma dengan Y-kromosom dapat berenang dengan pantas dan bertemu dengan telur isteri.
  2. Elakkan makan makanan berasid, kerana ia akan membunuh sperma lelaki. Jadi amalkan pemakanan beralkali seminggu sebelum melakukan hubungan intim.
  3. Makan makanan bergaram
  4. Elakkan pengambilan susu dan sebarang diary produk seperti cheese, yogurt, kekacang, coklat dan roti bijirin penuh.
  5. Ada yang mengatakan dengan tidak melakukan senaman dan bertambah berat badan, anda lebih cenderung untuk mendapat anak lelaki. Jadi tambahlah berat badan =)
  6. Suami perlu mempunyai bilangan sperma yang lebih banyak. Ini kerana sperma lelaki (Kromosom Y) tidak sekuat sperma perempuan (Kromosom X). Oleh itu semakin banyak bilangan sperma, semakin tinggi peluang untuk sperma lelaki berjumpa dengan telur dahulu.
  7. Elakkan bersama seminggu sebelum waktu subur, dan mula melakukan hubungan intim pada waktu subur untuk memastikan bilangan sperma tinggi.
  8. Lakukan hubungan intim pada waktu malam
  9. Amalkan pembacaan Surah Yusuf semasa kandungan belum mencecah 3 bulan.

Walaupun kita telah mengikuti semua langkah diatas, perlulah diingatkan semuanya terserah kepada Allah untuk memberi apa sahaja yang terbaik buat kita. Kita hendaklah berusaha dan bertawakal kepada Allah.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    March 19, 2015 at 07:16

    Bab makan makanan berasid Dan beralkali tu pernah dengar.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 19, 2015 at 09:22

      Kan.. Zarith pon selalu dengar 🙂

      Reply
  2. Noriza Rahman says

    March 19, 2015 at 14:11

    Boleh cuba tip ni sebab nak conceive bb boy pula 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 19, 2015 at 23:21

      Selamat berjaya! hehe

      Reply
  3. Fuzy says

    March 19, 2015 at 17:50

    Banyak petua untuk baby boy and girl ni… Kita berusaha,selebihnya percaya dengan kurniaan Allah.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 19, 2015 at 23:19

      Betul tu, semuanya bergantung kepada Allah nak bagi kita rezeki yang mana kan =)

      Reply
  4. Dila says

    May 16, 2015 at 04:55

    macam macam tips juga ye, tapi usaha tangga kejayaan, kadang-kadang magik berlaku di saat saat akhir kelahiran

    Reply
  5. Surya says

    October 6, 2015 at 11:00

    Huhu..ingat nak 2 pasang. Redha jugak dengan 3 boys 1 gurl.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 10, 2015 at 01:21

      Alhamdulillah semuanya rezeki dari Allah kan =)

      Reply
  6. Eva Heart says

    October 6, 2015 at 11:30

    Thanks untuk tips

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 10, 2015 at 01:16

      Welcome Eva =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design