Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

March 16, 2015 by Ibu Zarith

Urutan Perineum Kurangkan Risiko Terkoyak Semasa Bersalin

Assalamualaikum

Haritu Zarith dah janji nak share sikit tentang ilmu yang Zarith dapat semasa menghadiri kelas antenatal di Hospital Ampang sebelum kelahiran Zuyyin 3 tahun lepas. Zarith pergi ke kelas tu semasa usia kandungan 33 minggu. Zarith dan Mr. Hubby bersungguh-sungguh mengambil cuti, teruja sangat. Kepala dok terfikir cara-cara nak push, pernafasan dan sebagainya. Tapi apa yang Zarith dapat memang lebih banyak dari itu, dan tak pernah terlintas pon akan belajar tentang perineum massage ni.

Kelas ni mengambil masa setengah hari je. Mereka akan ajar kita ilmu menyusukan bayi, cara lekapan yang betul, kenapa pentingnya penyusuan susu ibu sepenuhnya, senaman ibu hamil, diet seimbang yang perlu diambil sepanjang kehamilan serta banyak lagi. Kita juga akan dibawa melawat ke labour room kosong dan mereka akan terangkan pekakas yang mereka guna. Memang sangat best! Takut dan tak sabar pun ada jugak, hehe.

Okay berbalik kepada perineum massage tadi, ia sepatutnya diamalkan sejak usia kandungan 35 minggu dan diamalkan setiap hari. Dengan pengamalan urutan perineum yang konsisten, ada ibu-ibu yang tidak memerlukan jahitan pun semasa proses kelahiran.

Gambar-gambar yang akan ditunjukkan di bawah adalah bertujuan untuk berkongsi ilmu yang bermanfaat, jadi diharap tidak disalah gunakan.

Perkongsian menarik dari seorang ibu yang lepas melahirkan anak ini sangat memberi inspirasi kepada Zarith. Jom luangkan masa 2 minit untuk tonton video ini yang pasti akan mengubah tanggapan anda juga:

Apakah itu perineum?

Kawasan antara kulit vagina dan dubur

Apakah itu episiotomi?

Faraj ibu yang digunting sedikit untuk memudahkan jalan bayi

Apakah itu urutan perineum?

Urutan yang diamalkan apabila usia kandungan mencecah 35 minggu untuk membantu memudahkan bersalin dan mengurangkan risiko terkoyak semasa meneran, lantas tidak memerlukan episiotomi ataupun jahitan yang sangat sedikit

Ibu-ibu hendaklah memastikan kuku benar-benar pendek, tidak tajam dan betul-betul bersih. Walaubagaimanapun, anda hendaklah mendapatkan nasihat doctor dulu tentang keadaan anda dan kandungan anda.

Sekiranya doctor memberi lampu hijau, maka bolehlah anda mulakan urutan ini selama 5-10 minit, 2 hingga 3 kali sehari. Untuk memudahkan urutan, anda  bolehlah menggunakan minyak zaitun, minyak kelapa dara, atau apa sahaja minyak semulajadi yang tiada berperisa atau pewarna.

Teknik Urutan Perineum

  1. Sapu jari dengan minyak
  2. Letakkan ibu jari ke dalam dinding vagina
  3. Letakkan 4 jari lagi ke dalam punggung
  4. Mulakan dengan bahagian lapisan pertama vagina.
  5. Bayangkan vagina anda seperti jam dan bahagian perineum adalah pada pukul 6.
  6. Anda boleh mula gerakkan jari anda atau ibu jari secara perlahan dan lembut dari pukul 3 ke pukul 9.
  7. Kemudian cuba berhenti dan bertahan pada setiap point.
  8. Mulakan dengan tekanan sifar pada pukul 3, 4, 5 dan seterusnya.
  9. Kemudian lakukan sedikit regangan di tempat-tempat tadi dengan menolak ke dalam tisu pada bahagian tersebut dengan lebih kuat.
  10. Setelah itu, cuba lakukan lebih dalam (lebih kurang senggatan kedua jari anda). Disini akan tercapainya bahagian yang lebih dalam pada lantai pelvik.
  11. Lakukan dengan sangat berhati-hati dan tekanan yang dikenakan adalah menghampiri sifar.
  12. Selepas selesai urutan, buat senaman kegel (kemut). Ia seperti anda ingin menahan buang air kecil atau menahan angin dari keluar. Tahan selama 10 saat dan lepaskan selama 10 saat. Ulang semula sehingga 10 kali.
  13. Ulang sekurang-kurangnya 2 kali sehari

Urutan perineum ini dapat membantu ramai ibu untuk mengurangkan risiko jahitan semasa kelahiran bayi. Ini kerana bahagian perineum telah kita latih untuk meregang semaksima mungkin. Ini kerana, semasa kelahiran baby, bukaan akan mencecah 10 cm. Diluar dari pemikiran kita kan.

Walaubagaimanapun, semuanya bergantung kepada Allah. Kita berusaha, Allah yang menentukan. Yang penting, kesihatan selepas ibu-ibu melahirkan baby. Jaga sebaik mungkin untuk kesejahteraan kita, baby dan juga keluarga =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

 

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ainulmalik says

    March 16, 2015 at 03:15

    Best info urutan ni zarith!

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 17, 2015 at 07:54

      Semoga bermanfaat kak ainul =)

      Reply
  2. parihh says

    March 16, 2015 at 07:10

    nice sharing 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 17, 2015 at 07:55

      Thanks parihh =)

      Reply
  3. Cik Yaya says

    March 16, 2015 at 13:09

    as’salam….
    cmne tu..huu kurng phm laa..kene wat sdri ea..cm ngeri jek nk kne wat sdri..huhu =p

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 17, 2015 at 08:00

      Wsalam yaya..
      aah kene buat sendiri,huhu…kalau suro org buatkan lagi ngeri sebab org tu tatau tahap kesakitan bila mula2 buat ni

      Reply
  4. JARI MANIS says

    March 16, 2015 at 20:39

    seram pulak tgk urutan tu

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 17, 2015 at 08:00

      Hahaha..JM ni semua pon seram =p

      Reply
  5. Ros says

    March 17, 2015 at 09:26

    kak Ros hari tu buat minggu ke-36 baru buat. agak lambat start. tp alhamdulillah bersalin normal tanpa jahitan. suka sangat!!

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 18, 2015 at 08:57

      Kan kak ros? berkesan. Alhamdulillah =)

      Reply
  6. mayang says

    March 17, 2015 at 12:54

    wah nice info… tapi myg dah tutup kilang… hahahah

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 18, 2015 at 08:56

      hahhaa..tak dapek den nak nolong part tu =p

      Reply
  7. Lin says

    April 6, 2015 at 21:36

    Salam sis..
    4 jari di masukkan ke dlm punggung tu ape mksd ye.. Huhu..cmne tu eh
    Tq

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 7, 2015 at 09:38

      Ops salah ayat. Bukan ke dalam punggung tapi 4 jari lagi tu letak bawah punggung. macam gamba 15 tu. Err faham?

      Reply
      • fidah says

        May 26, 2015 at 16:37

        tula terkejut 4 jari letak dalam punggung.. heheh

        Reply
        • Ibu Zarith says

          May 26, 2015 at 17:58

          Hehe maaf…bahasa Melayu yang kurang mantap =p

          Reply
  8. fatihah says

    April 10, 2015 at 16:22

    “Mulakan dengan tekanan sifar pada pukul 3, 4, 5 dan seterusnya.” tu mcm mana kak?? tekanan sifar tu maksud dia?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 11, 2015 at 01:03

      Tekanan sifar tu maksudnya perlahan sangat, takde tekanan langsung, just nak bagi tak terkejut,lepas tu dah ok, baru kuatkan sikit

      Reply
  9. ummi hadif says

    May 25, 2015 at 14:39

    good info… Nak share jgk… Heheheh

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 25, 2015 at 17:27

      Boleh..silakan =)

      Reply
      • Nurul says

        December 8, 2016 at 15:05

        Urutan buat sendri ke?..saya kurang fahm sikit kak

        Reply
        • Ibu Zarith says

          January 3, 2017 at 23:20

          ya

          Reply
  10. norhananie says

    July 1, 2015 at 17:10

    Kak..kalau kena over discaj boleh ke buat urutan ni?saya dah 34w..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 2, 2015 at 18:41

      Adik boleh refer pada doctor yang merawat ye =)

      Reply
  11. mawar says

    September 20, 2015 at 02:36

    30sept2015(38wk) ne doc suh admit ward,induce plk tuh psl kcing mnis yg xla tiggi sgt poon.. tkut sesgt larr.. igt nk prektik urut prenium ne,smpt lg xne.. 🙁 takooot….

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 29, 2015 at 04:53

      Esok ye dah nak serah diri. Semoga Allah mudahkan urusan mawar ye =)

      Reply
  12. mawar says

    September 20, 2015 at 02:40

    seramnye jd ibu w/pon ne ank k 2.. (“,)’

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 29, 2015 at 04:52

      Hehe tau takpe..tapi lepas tu tak serik =p

      Reply
  13. syafiqah says

    December 2, 2015 at 11:31

    salam sis..Sakit tak masa nak buat tu? mcm takut je..huaaa nak try tp takut2..Sy 1st baby in sya allah hujung bulan 2 due nya…….

    Reply
    • Ibu Zarith says

      December 8, 2015 at 00:56

      Kalau sis tak pasti boleh mintak pendapat doctor yang merawat ye =)

      Reply
  14. sabihah says

    July 3, 2016 at 15:20

    Saya anggar due 10/8 ni. Memang tengah gigih buat massage ni..baby yg no 2. Hrap sgt yg ni x kna gunting.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 01:27

      Semoga semuanya dipermudahkan puan Sabihah =)

      Reply
  15. afiqah says

    August 20, 2016 at 20:31

    Assalam sis, klau da 39 week bru nk start urutan prenium leh x?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 21, 2016 at 00:11

      Wsalam wbt..boleh..

      Reply
  16. Ila says

    September 28, 2016 at 21:28

    Sis nak tanya… Hehehe lpas selesai buat urutan ni..basuh miss v ke xyah..?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 16, 2017 at 12:48

      Ikut keselesaan puan

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design