Assalamualaikum
Bila kita hamil, perkara yang paling kita tak dapat nak elakkan adalah bab makan. Setiap masa terasa lapar. Setiap masa rasa nak mengunyah. Dan hampir setiap masa ada je makanan yang teringin dimakan.
Ibu ini juga mengalami masalah yang sama, makan banyak semasa hamil sampai berat badan bertambah dengan banyak. Kena marah dengan doktor tapi buat dek jek. Jom tengok video 2 minit ini untuk tahu apa yang ibu ni buat untuk ubah segalanya:
Bila kita ikutkan rasa nak makan tu, mulalah nanti bila pergi check-up, nurse akan bising “kenapa berat naik 4 kg ni? Kan dah bagitau, awal pregnancy ni cuma boleh naik 0.5kg je sebulan” Okay tu dialog yang Zarith dapat masa hamilkan Zuyyin 3 tahun lepas. Lepas tu kena ikut appoinment untuk minum air gula. Nak tentukan ada diabetes ke tak. Alhamdulillah bacaan lepas minum air gula sekitar 5. Bebas diabetes. Tapi lepas tu memang jaga betul diet seharian. Takut bahayakan diri sendiri dan baby.
Ada orang cakap, bila hamil ni kita makan untuk dua orang, jadi takpe la kalau makan lebih dari biasa. Apa yang kita makan dan teringin tu sebenarnya baby yang nak. Betul ke?
No! A big NO!
Bila kita hamil, memang sentiasa akan rasa lapar. Apa yang perlu kita buat? Makan dengan kerap tapi dengan portion yang sedikit. Ibu hendaklah makan makanan yang seimbang dan berkhasiat, boleh rujuk kepada entry Zarith 7 Diet Kritikal Semasa Hamil. Zarith akan ambil makanan dan portion seperti biasa. Waktu makan seperti biasa, sarapan, lunch, dinner. Namun bila terasa lapar diantara waktu makan berat tu, selalunya Zarith akan gantikan dengan sesuatu yang berkhasiat dan mengenyangkan seperti badam, kurma, kismis, yogurt, quaker oat, biskut fiber, buah-buahan.
Ibu ni pula berkongsi apa yang dimakan semasa hamil yang menjadikannya semakin bertenaga, tak lemah je. Tapi yang pasti bukan makan dengan kadar yang banyak:
Kenapa bahaya bila berat badan berlebihan ni?
- Diabetes
- Gestational diabetes adalah sejenis diabetes yang bersifat sementara dan cuma ada semasa hamil je. Walaupun begitu, ia sangat merbahaya. Sekiranya tidak dikawal, ia boleh membawa bahaya kepada baby seperti lahirnya baby yang mempunyai struktur dan fungsi jantung yang bermasalah, dan kes yang teruk boleh mengakibatkan kematian baby.
- Tekanan Darah yang tidak sihat
- 8% daripada ibu hamil mengalami risiko pre-eclampsia iaitu sejenis tekanan dara tinggi yang ada setelah kandungan mencapai usia 20 minggu. Sekiranya ibu mempunyai berat badan yang berlebihan, risiko untuk terkena pre-eclampsia ini meningkat 4 kali ganda.
- Penyakit ini akan meningkatkan kadar protein dalam urine dan menyebabkan fluid retention (bengkak air) pada bahagian kaki dan tangan.
- Berehat sahaja dikatil dan ubat-ubatan selalunya boleh membantu, namun sekiranya keadaan semakin teruk ia boleh membahayakan nyawa ibu dan baby.
- Masalah dalam labour room
- Apabila ibu terlebih berat badan, labour room merupakan tempat yang paling mencabar. Selalunya ibu yang terlebih berat badan ini akan berada lebih lama dalam labour room serta agak sukar untuk melahirkan berbanding ibu yang tidak mempunyai berat yang berlebihan. Dan kebarangkalian untuk menjalani C-section (kelahiran melalui pembedahan) adalah lebih tinggi.
- Untuk sembuh selepas bersalin juga mengambil tempoh yang agak lama.
Apakah yang Selamat dan Tidak Selamat dilakukan semasa hamil?
- Adakah selamat bila ibu berdiet?
- Tidak!
- Baby kita memerlukan khasiat yang secukupnya untuk perkembangan baby. Daripada ibu menghadkan nilai kalories, adalah lebih baik sekiranya ibu pergi berjumpa pakar pemakanan, yang akan memastikan ibu makan dengan betul dan tidak tambah berat yang melampau
- Adakah selamat jika ibu bersenam?
- Ya! Dengan pengesahan dari doktor
- Aktiviti ringan seperti aerobik dalam air,berenang, berjalan dan yoga boleh membantu mengurangkan berat badan dan boleh mengelakkan masalah seperti tekanan darah tinggi dan diabetes
- Adakah selamat mengambil ubat menahan selera makan?
- Tidak!
- Ambil ubat tersebut semasa hamil boleh menyebabkan bahaya kepada baby.
Jadi, adalah normal untuk tambah berat badan, namun perlu mengikut apa yang telah disarankan oleh doktor. Dan yang paling penting, makan makanan yang berkhasiat dan amalkan Set Kehamilan yang menjadikan ibu sihat dan bertenaga sepanjang tempoh kehamilan 😉
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
alamak takutnya kalau berat badan lebih, kena kurus lah lepas ni, terima kasih atas panduan yang puan berikan
Hehe kalau ibu-ibu memang perlu la kawal berat badan. Kalau kaum bapa tu bagus juga hehe
as’salam…
mmg btul tu..berbdn dua ni kena double jaga kshtn..tkut akn beri efct kt bby pula nti..tp pastikn mkan yg bkhasiat,kan. barulah bby lahir nti pun sihat.. heee thanks share tips sis zarith ^,^
Betul yaya, kena sentiasa jaga kesihatan kita masa preggy tu