Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

April 30, 2015 by Ibu Zarith

7 Petua Merawat Baby Jaundice Supaya Tak Kena Tukar Darah

Assalamualaikum

Menurut fakta, 60% daripada baby yang lahir cukup bulan berpotensi untuk terkena jaundice. Ia mula dikesan menjelang hari ke 2 dan ke 3 serta semakin tinggi bacaannya menjelang hari ke 5 dan 6. Dan akan turun secara perlahan-lahan. Selalunya ia akan hilang dalam masa seminggu tetapi ada juga yang lebih.

Zuyyin dan Zayra kedua-duanya prolong jaundice dengan bacaan 10-13 selama hampir 2 bulan. Setiap hari kami ke klinik kesihatan untuk pergi cek bacaan, kesian tengok baby kena cucuk di kaki.

Walaupun Zuyyin dan Zayra sangat kuat menyusu (bayangkan setiap minggu berat mereka naik sebanyak 500 gram), tapi entah mengapa bacaan turun naik. Hati mereka lambat matang agaknya.

“Tapi selagi bacaan tak capai 15, masih OK. Kalau dah 15 kena masuk hospital doctor nak pantau supaya tidak sampai 20. Boleh sampai ke otak. Bahaya!” Masih terngiang-ngiang lagi penerangan doctor di Klinik Kesihatan Pasir Gudang pada waktu itu.

Ada yang keliru tentang Jaundice dengan demam kuning? Sebenarnya mereka adalah dua penyakit yang berbeza. Jom kita tengok apakah perbezaan yang ketara antara dua penyakit ini

Apakah perbezaan Jaundice dengan Demam Kuning:

Jaundice ini terhasil apabila bilirubin terlalu banyak dalam darah. Bilirubin yang berwarna kuning/oren ini terhasil apabila sel darah merah yang dah tua dipecahkan dan hendak disingkirkan dari badan. Hati adalah organ yang berperanan untuk memproses dan membuang bilirubin dari darah. Hati baby pula belum cukup matang untuk membuang bilirubin yang terlalu banyak. Maka terjadilah warna kuning pada kulit dan mata baby.

Demam kuning pula adalah demam yang disebabkan oleh sejenis virus yang dibawa oleh seekor nyamuk yang telah dijangkiti dengn virus ini. Demam ini boleh merosakkan fungsi hati dan boleh menyebabkan jaundice yang sangat teruk.

Tapi dalam masyarakat kita ni dah biasa kalau baby kena jaundice je terus cakap baby demam kuning. Tak kesahlah, asalkan kita tahu apa yang sebenarnya.

Apakah faktor yang menyebabkan baby jaundice:

  1. Kajian menunjukkan ibu yang menghidap diabetes semasa hamil lebih berisiko untuk baby terkena jaundice
  2. Ada juga kajian yang menunjukkan baby lelaki lebih mudah terkena jaundice berbanding baby perempuan. (Tapi anak Zarith dua-dua perempuan, mereka kena jaundice juga)
  3. Ibu yang berdarah “O” mempunyai risiko yang tinggi untuk melahirkan anak jaundice

Apakah mitos tentang jaundice ni yang sering kita dengar:

  1. Jangan pakaikan anak baju kuning, nanti jaundice makin teruk.
    • Tiada bukti saintifik yang mengatakan warna pada baju akan mempengaruhi warna kulit baby.
  2. Jaundice ni menunjukkan baby tak sesuai dengan susu ibu, bagi susu formula je.
    • Seperti yang kita sedia maklum, susu ibu Allah ciptakan yang terbaik. Allah hantarkan baby kepada ibu beserta bekalan untuknya. “Human’s Milk For Human”
  3. Photo therapy tu kita boleh buat sendiri di rumah. Pakai lampu biasa je.
    • Ia tidak benar sama sekali. Photo therapy membantu memecahkan bilirubin yang berlebihan dalam darah baby sehingga hati baby mampu untuk melakukannya sendiri, sedangkan lampu biasa di rumah tidak boleh melakukannya. Photo therapy berfungsi dengan menggunakan cahaya yang mempunyai gelombang yang tertentu dan mata baby kita akan ditutup untuk mengelakkannya terdedah kepada cahaya tersebut. Lampu biasa di rumah bukan menyembuhkan baby tapi ia boleh membuatkan baby kita demam atau kesejukan akibat terdedah kepada persekitaran yang sejuk.
  4. Bagi baby makan anggur hitam, susu kambing dan sebagainya la untuk cepat sembuh. Bukan banyak, 2, 3 titik je.
    • 2, 3 titik bagi bayi yang baru dilahirkan yang ususnya belum matang, yang hanya boleh minum susu ibu tu adalah sangat besar kesannya. Untuk mendapatkan khasiat ini, ibu boleh makan dan minum dan menyusukan baby. Khasiat yang sama akan diperolehi oleh baby.

Petua merawat baby jaundice:

  1. Susukan baby dengan Susu Ibu sebanyak dan sekerap yang mungkin. Susukan setiap 2 jam atau kurang.
  2. Ibu yang menyusu hendaklah minum susu kambing dan juga madu. Susu ibu yang mengandungi khasiat susu kambing dan madu ini dikatakan dapat merawat baby jaundice.
  3. Ibu menyusu perlu kurangkan pengambilan kunyit, lada hitam, halia, bawang putih, rempah-ratus, jamu-jamuan kerana bahan ini bersifat panas.
  4. Mandikan baby dengan air daun belimbing buluh sehingga jaundice hilang.
  5. Kenakan baby pada cahaya matahari pagi. Tapi jangan secara langsung, ozon kita dah menipis sekarang ni, dapat penyakit lain pula nanti. Memadai buka tingkap dan kenakan baby pada cahaya yang samar-samar itu antara pukul 8.30 pagi sehingga 9.30 pagi.
  6. Perahkan sengkuang cina, ambil airnya dan ibu minum supaya khasiatnya dapat kepada anak
  7. Ambil beberapa batang pokok dukung anak, rebuskan. Mandikan baby dengan air rebusan ini apabila dah agak suam 2 kali sehari. Buat sehingga jaundice hilang.

Semua petua ini hanyalah usaha kita untuk memulihkan baby. Yang penting ibu jangan stress. Nanti susu merudum. Susu ibu memang sangat penting untuk baby kita pada waktu ini. Jaga kualiti dan kuantitinya. Dalam pantang ni emosi kena jaga betul-betul. Relax je. Boleh amalkan 7 Makanan Penggalak Susu Ibu Yang Mudah dan Berkesan ni.

Pemilihan Set Berpantang yang betul juga dapat mengelakkan anak kita dari terkena jaundice. Janganlah beli Set Berpantang yang menjadi tukun di dapur, tak pakai sebab anak jaundice. Nak pakai pulak dah habis berpantang. Macam mana tu? Jom tengok perkongsian mama ini tentang Set Berpantang Terbaik yang beliau gunakan. Tiada pembaziran, masa anak jaundice boleh makan, badan sihat bertenaga serta boleh diambil selepas berpantang juga:

Anda perlukan Set Berpantang Terbaik ini? Jangan berlengah lagi, hubungi Zarith 013-7510028 hari ini juga! Takdelah badan lemau semasa dan selepas berpantang.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. syuhada says

    May 5, 2015 at 14:29

    Best baca psl jaundice nie…dulu ahmad pun hampir2 kena admitted ward sbb bacaan tinggi…:)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 6, 2015 at 07:28

      yeke syu? Tuhla bila jaundice ni yang paling risau sampai ke otak je kan

      Reply
  2. masliani says

    May 6, 2015 at 11:29

    Bagus info ni zarith.. dulu maisha n mikail pun kuning jugak tapi Alhamdulillah, xdala sampai 20. Dr tu nasihatkan bagi susu ibu ja, kalau dia tidur lebih 2 jam, kena kejutkan jugak untuk bangun menyusu..ada jugak kawan mas guna petua, melangkah ja 6bulan kehamilan, jangan makan halia..semua masakan mesti tak boleh guna halia..berkesan jugak. Alhamdulillah baby dia memang takda kuning langsung..:-)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 7, 2015 at 04:58

      Oh sejak dari dalam kandungan ek mas dah kena elak makan halia, lama gak tu 3bulan nak kena tahan..huhu..anyway thanks ilmu baru ni =)

      Reply
      • amy says

        April 29, 2016 at 00:21

        Asalm..ank sy bru 4 hari..skrg kt nusery..bacaan kuning dye 27.6..kesian bby sy kne cucuk sana sini..tlng doa kan bby farha sy….amin..

        Reply
        • Ibu Zarith says

          May 4, 2016 at 22:34

          Wsalam wbt amy,
          kak Zarith doakan agar baby Farha cepat turun bacaan kuningnya. Bertabah ye sayang, pasti ada hikmah tersembunyi =)

          Reply
  3. Siti Zubaidah says

    June 2, 2015 at 03:05

    Saya amalkan sapu seluruh anggota kecuali kepala anak dengan perahan air kundur. Biarkan selama sejam baru mandikan. Cukup sekadar sekali sehari.Alhamdulillah dari 19.9 turun ke 11.6 dalam 3hari. Jgn lupa Bismillah & selawat semasa sapu dan berdoa ia sebagai ikhtiar kita mnymbuhkan sakit anak.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      June 2, 2015 at 06:42

      Alhamdulillah terima kasih puan sudi berkongsi tips =)

      Reply
  4. Tiramisuolei says

    September 7, 2015 at 11:23

    Anak pertama teruk jaundice.anak kedua syukur dah kenal shaklee.jaunice pun tak sampai 5 hari.selain tu saya mandikan dgn daun peria yg dah kering.memang mujarab

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 8, 2015 at 00:22

      Oh baru tahu tentang daun peria ni. terima kasih ye sudi share =)

      Reply
  5. wan says

    February 10, 2016 at 12:16

    Terima kasih kerana berkongsi informasi.
    Disamping mengguna ubat dan pertua penggunaan Phototherapy juga berkesan untuk rawatan Jaundice pada bayi baru lahir. Sekarang nie ada khidmat menyewa machine PHOTOTHERAPY untuk membuat rawatan di rumah. Kami menggunakan PHOTOTHERAPY di rumah untuk anak baru lahir. Memang berkesan dan lepas 2 hari Jaundice level back to normal. Kami sewa di http://www.hometherapyy.com . Mereka menggunakan LED Phototherapyy , tak panas untuk bayi dan berkesan.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 3, 2016 at 06:37

      Terima kasih ye berkongsi info =)

      Reply
  6. Akim says

    July 21, 2016 at 19:25

    Anak i da 22 hari turun naik turun naik je kuningnya aku risau semua petua da aku buat ape lagi arus aku buat dgn bini ku kmi risau la.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 9, 2016 at 19:26

      banyakkan menyusu dan berdoa, semoga cepat sembuh kuningnya ya

      Reply
  7. asma says

    August 16, 2016 at 20:23

    Info yg bagus..tq ibu zarith..anak saya terkena jaundice..dah hari ke 10..alhamdulillah bila mkn sengkuang cina..amalkan minum susu kambing dan madu..bacaannya turun..berat anak saya cuma 2.45 kg …julat utk masuk wad dlm bacaan 255..sgt merisaukan setiap kali pegi ke klinik…doakan semoga anak cepat sembuh yea

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 21, 2016 at 00:16

      Welcome Asma =) Semoga cepat sembuh ye. Kerapkan menyusukan baby =)

      Reply
  8. angelina kueh says

    September 17, 2016 at 12:56

    Darah anak sya o..jd di punya kuning mula2 12.9 lps tu 12.8 skrng dah 12.6..cma sy kasian dia ambl darah.l tu..doa kn smga baby sya smkn turun kuning nya

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 17, 2017 at 17:11

      Semoga anak puan segera sihat =)

      Reply
  9. WAN says

    October 18, 2016 at 11:46

    Terima kasih kerana berkongsi informsi..
    Anak kami last year pun kena jaundice.. baru lahir jaundice reading lebih kurang 280, doctor kata tinggi dan kena masuk wad, Memang pening, isteri baru lepas bersalin dah nak kena masuk wad lagi…. Nasib baik ada kawan bagitahu ada website (http://www.hometherapyy.com) menawarkan khidmat sewa mesin LED phototherapy untuk jaundice. Kami buat rawatan kat rumah.. selesa dan selesai masalah. Lepasa 3 hari pegi check kat KK ..turun 150 ….ALHAMDULLILAH dan normal.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 22:37

      Alhamdulillah =)

      Reply
  10. ArraMukhriz says

    December 15, 2016 at 15:54

    Bby sy dh 11 hari msih tggi jaundice 181. Dah 7 kali ccuk sane sni ambik drh. Sblum ni lgi tggi 231 jaundice nye. Skg dh trun alhmdulillh. Ni ade petua ibu zarith ni bole la sy pkai. Trima kasih ibu…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 3, 2017 at 23:10

      Semoga bermanfaat =)

      Reply
  11. my jay bee says

    January 5, 2017 at 20:15

    Kalo sy darah O+..boleh tak minum susu kambing fresh tu.. Nak minum dlm bape botol sehari yer? Sy risau je kalo minum byk jd lg tggi..susu kambing fresh ni panas kan? Harap ad pencerahan..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 8, 2017 at 00:41

      Saya tak pasti pula puan tentang berapa botol dan sebagainya, sebab semuanya bergantung pada badan kita sendiri. Puan boleh cuba sedikit dahulu

      Reply
  12. Sheqyn says

    February 19, 2017 at 23:56

    Assalam….terima kasih ibu zarith atas info yg berguna…
    Anak saya hari ke-15, masih jaundice. Bacaan hanya turun dari 11.3 (2 hari lps) kpd 11.2 sahaja. Bacaan plg tinggi masa hari ke-5 (17.9). Macm2 petua dah buat. Turunnya sedikit2 sahaja. Td dah ambil darah LFT (utk lihat fungsi hati) dan FBC sbb Prolonged Jaundice. Esok nak check air kencing plk (UFEME) dan jumpa doktor. Mohon semua doakan anak saya segera pulih dan sihat ya. Tq

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 02:00

      Semoga ank cepat sihat ye =)

      Reply
    • Aqilah says

      May 15, 2017 at 17:28

      Lebih kurang mcm anak saya.. harini dah masuk 15hari kena jaundice.. esok misi kata kena amek darah sbb dah cecah 15hari.. pagi tadi xboleh amek sbb saya bersalin ptg.. so xcukup jam lagi utk ujian tu.. saya risau kadaan anak.. mcm2 petua saya dah cuba.. tadi cek kk bacaannya cuma turun 11.0 drpd 11.2.. boleh saya tau puan sheqyn buat mcm mne yee nak turunkan lagi bacaan kuning anak..

      Reply
      • Ibu Zarith says

        May 17, 2017 at 22:48

        semoga anak cepat sembuh ye

        Reply
  13. ummiaini says

    March 23, 2017 at 15:54

    Salam mummy2 yg tgh kerisauan, sy pun alami situasi yg sama, anak sy skrg nie,dh msuk 10hri…turun kuning teramat cikit,skrg nie…191…masih tinggi, biarpun sy kerap menyusu…. kna gna alternatif laen…mndikn anak ngn daun dukung anak..nk cbela, mohon doakan anak sy ye,cpt sembuh…terima ksih,ats petua yg diberi…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 01:54

      Semoga anak cepat sembuh. Amin =)

      Reply
  14. June says

    April 29, 2017 at 02:23

    Salam ibuzarith.
    Anak sy juga prolonged jaundice.last check hr ke 19 hri tu kuningnya 10.5 tp hujung ank mata masih ade kekuningn smpi skrg sudh hr ke 29. Tak tau nk buat mcm mna. Doakn ank sy ye. Berat bby naik ok. Sehari 100 gram sbb kuat nyusu. 😐😐

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 3, 2017 at 15:56

      Semoga anak june cepat sembuh ye dan membesar jadi anak soleh solehah =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design