Assalamualaikum
Sejak kita hamil, sampai la ke tempoh menyusukan anak, kita sebagai ibu ni tak lepas daripada sakit-sakit badan. Semasa hamil, kita sakit belakang sebab pusat graviti badan kita telah berubah menyebabkan tulang belakang kita terpaksa sokong berat badan yang berlebihan. Apabila baby telah dilahirkan, dan tiba saat menyusukan pula, akibat postur menyusukan yang tidak betul, kita sering sakit badan sebaik sahaja selepas bangun tidur.

Sakit badan menyebabkan kita tidak selesa
Mommy ni pula sakit badan sampai tak mampu pun nak dukung anak walaupun anak hanya beberapa kg. Jom tengok perkongsian mommy ni yang dah dapat penyelesaiannya, yang mungkin dapat membantu ibu-ibu lain:
Cara Hilangkan Sakit Belakang:
- Berurut
- Apabila kita berurut, ia dapat merangsang perjalanan darah yang betul. Dan seterusnya memberi kelegaan kepada kita. Bagi ibu yang hamil, berurut adalah dibolehkan tapi tidak pada bahagian perut.
- Suami pun boleh membantu mengurut yang mana inilah yang paling baik sekali.
- Cuka Epal (Apple Cider Vinegar-ACV)
- Asid yang ada dalam cuka epal ini telah terbukti dapat menenangkan kulit dan otot kita. Selain itu, ACV membekalkan mineral yang sangat hebat kepada badan dan dapat membantu mengatasi masalah sakit otot dan badan.
- Campurkan 1 atau 2 sudu besar ACV ke dalam segelas air. Kita boleh juga mencampurkan 2 sudu besar cuka epal, 1 sudu kecil madu, sedikit fresh mint dan 8 ke 10 oz air sejuk, dicampurkan dengan sekata dan diminum
- Epsom Salt
- Epsom salt terkenal dengan pelbagai kegunaan. Salah satunya dalam melegakan kesakitan badan. Epsom salt ini diperbuat daripada magnesium sulfate. Magnesium adalah penenang otot semulajadi dan sebagai garam, sifatnya adalah menarik fluid belebihan dari tisu, seterusnya dapat mengurangkan kebengkakan otot.
- Masukkan 1 atau 2 cawan Epsom Salt ni dalam tub mandi yang berisi air suam. Bukan air panas, nanti kering kulit. Berendam selama lebih kurang 15 minit ataupun sehingga air tu sejuk.
- Buat sebanyak 3 kali seminggu. Tapi awas ye, cara ini tidak digalakkan untuk penghidap sakit jantung, darah tinggi ataupun diabetes.
- Minyak Kelapa Dara
- Kita memang sedia maklum bahawa minyak kelapa banyak khasiatnya. Sekiranya kita sakit badan, minyak kelapa membantu penyerapan mineral dan nutrien lain ke dalam badan kita. Minyak kelapa juga mengelakkan kekejangan serta keletihan pada otot.
- Blackstrap Molasses
- Sakit otot yang kronik boleh dikurangkan dengan penggunaan blackstrap molasses dalam secawan kopi pada setiap hari. Kandungan magnesium yang ada di dalamnya yang menyebabkan ia boleh membantu dalam melegakan sakit otot.
- Kita boleh juga mencampurkan blackstrap molases ni dengan ACV:
- 1/2 cawan ACV
- 1/4 cawan molasses
- 1/2 cawan madu
- 1 1/2 sudu besar halia yang telah dikisar
- Campurkan kesemua bahan dan kisar. Bila dah sebati baru campurkan dengan 2 liter air. Sejukkan ataupun boleh dihidang bersama ice.
- Rehat yang secukupnya
- Kadangkala perkara yang paling melegakan adalah berehat dari melakukan kerja. Walaupun ini nampak mustahil, tapi dengan bantuan suami dan orang sekeliling ianya boleh menjadi kenyataan.
- Supplement
- Ini memang sangat membantu Zarith dan ramai lagi ibu-ibu diluar sana. Semasa hamil Zarith amalkan pengambilan Set Hamil Ibu Sihat Dan Cergas dan semasa menyusukan Zuyyin selama 2 tahun 1 bulan dan Zayra yang dah 9 bulan ni Zarith teruskan dengan Set Menyusu Terbaik.
Apa yang penting, mommies jangan cepat melatah. Walaupun kita sakit badan dan tak selesa sepanjang tempoh hamil dan menyusukan anak, ingatlah ganjaran yang Allah bagi sangat banyak. Bersyukur kerana tak semua wanita mampu hamil dan menyusukan anak.
Ibu-ibu ada juga yang menghadapai masalah dalam penyusuan dan dah cuba pelbagai cara tapi susu masih takat tu je? Lemah, lesu tak bermaya menjelang petang? Sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar anda mampu untuk menyusukan permata hati kesayangan sehingga 2 tahun. Serta berkongsi tips-tips penyusuan yang exclusive.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
cian kat gadis-gadis yang sedang hamil kann..
bukan ibu hamil je..ibu menyesu pun sakit badan. Sian kat ibu-ibu kita
xhamil n menyusu bdn skrng pon da sakit2…cmne nth nti..hehehe =p
hehe..yaya oh yaya..takpe nanti senang la bila tiba masa hamil dan menyusu. Alah bisa tegal biasa =p