Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

April 14, 2015 by Ibu Zarith

7 Tips Berkesan Hilangkan Sakit Badan Ibu Hamil Dan Menyusu

Assalamualaikum

Sejak kita hamil, sampai la ke tempoh menyusukan anak, kita sebagai ibu ni tak lepas daripada sakit-sakit badan. Semasa hamil, kita sakit belakang sebab pusat graviti badan kita telah berubah menyebabkan tulang belakang kita terpaksa sokong berat badan yang berlebihan. Apabila baby telah dilahirkan, dan tiba saat menyusukan pula, akibat postur menyusukan yang tidak betul, kita sering sakit badan sebaik sahaja selepas bangun tidur.

Sakit badan menyebabkan kita tidak selesa

Mommy ni pula sakit badan sampai tak mampu pun nak dukung anak walaupun anak hanya beberapa kg. Jom tengok perkongsian mommy ni yang dah dapat penyelesaiannya, yang mungkin dapat membantu ibu-ibu lain:

Cara Hilangkan Sakit Belakang:

  1. Berurut
    • Apabila kita berurut, ia dapat merangsang perjalanan darah yang betul. Dan seterusnya memberi kelegaan kepada kita. Bagi ibu yang hamil, berurut adalah dibolehkan tapi tidak pada bahagian perut.
    • Suami pun boleh membantu mengurut yang mana inilah yang paling baik sekali.
  2. Cuka Epal (Apple Cider Vinegar-ACV)
    • Asid yang ada dalam cuka epal ini telah terbukti dapat menenangkan kulit dan otot kita. Selain itu, ACV membekalkan mineral yang sangat hebat kepada badan dan dapat membantu mengatasi masalah sakit otot dan badan.
    • Campurkan 1 atau 2 sudu besar ACV ke dalam segelas air. Kita boleh juga mencampurkan 2 sudu besar cuka epal, 1 sudu kecil madu, sedikit fresh mint dan 8 ke 10 oz air sejuk, dicampurkan dengan sekata dan diminum
  3. Epsom Salt
    • Epsom salt terkenal dengan pelbagai kegunaan. Salah satunya dalam melegakan kesakitan badan. Epsom salt ini diperbuat daripada magnesium sulfate. Magnesium adalah penenang otot semulajadi dan sebagai garam, sifatnya adalah menarik fluid belebihan dari tisu, seterusnya dapat mengurangkan kebengkakan otot.
    • Masukkan 1 atau 2 cawan Epsom Salt ni dalam tub mandi yang berisi air suam. Bukan air panas, nanti kering kulit. Berendam selama lebih kurang 15 minit ataupun sehingga air tu sejuk.
    • Buat sebanyak 3 kali seminggu. Tapi awas ye, cara ini tidak digalakkan untuk penghidap sakit jantung, darah tinggi ataupun diabetes.
  4. Minyak Kelapa Dara
    • Kita memang sedia maklum bahawa minyak kelapa banyak khasiatnya. Sekiranya kita sakit badan, minyak kelapa membantu penyerapan mineral dan nutrien lain ke dalam badan kita. Minyak kelapa juga mengelakkan kekejangan serta keletihan pada otot.
  5. Blackstrap Molasses
    • Sakit otot yang kronik boleh dikurangkan dengan penggunaan blackstrap molasses dalam secawan kopi pada setiap hari. Kandungan magnesium yang ada di dalamnya yang menyebabkan ia boleh membantu dalam melegakan sakit otot.
    • Kita boleh juga mencampurkan blackstrap molases ni dengan ACV:
      • 1/2 cawan ACV
      • 1/4 cawan molasses
      • 1/2 cawan madu
      • 1 1/2 sudu besar halia yang telah dikisar
      • Campurkan kesemua bahan dan kisar. Bila dah sebati baru campurkan dengan 2 liter air. Sejukkan ataupun boleh dihidang bersama ice.
  6. Rehat yang secukupnya 
    • Kadangkala perkara yang paling melegakan adalah berehat dari melakukan kerja. Walaupun ini nampak mustahil, tapi dengan bantuan suami dan orang sekeliling ianya boleh menjadi kenyataan.
  7. Supplement
    • Ini memang sangat membantu Zarith dan ramai lagi ibu-ibu diluar sana. Semasa hamil Zarith amalkan pengambilan Set Hamil Ibu Sihat Dan Cergas dan semasa menyusukan Zuyyin selama 2 tahun 1 bulan dan Zayra yang dah 9 bulan ni Zarith teruskan dengan Set Menyusu Terbaik.

Apa yang penting, mommies jangan cepat melatah. Walaupun kita sakit badan dan tak selesa sepanjang tempoh hamil dan menyusukan anak, ingatlah ganjaran yang Allah bagi sangat banyak. Bersyukur kerana tak semua wanita mampu hamil dan menyusukan anak.

Ibu-ibu ada juga yang menghadapai masalah dalam penyusuan dan dah cuba pelbagai cara tapi susu masih takat tu je? Lemah, lesu tak bermaya menjelang petang? Sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar anda mampu untuk menyusukan permata hati kesayangan sehingga 2 tahun. Serta berkongsi tips-tips penyusuan yang exclusive.shaklee

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. titan says

    April 19, 2015 at 07:21

    cian kat gadis-gadis yang sedang hamil kann..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 19, 2015 at 07:49

      bukan ibu hamil je..ibu menyesu pun sakit badan. Sian kat ibu-ibu kita

      Reply
  2. Cik Yaya says

    April 20, 2015 at 17:02

    xhamil n menyusu bdn skrng pon da sakit2…cmne nth nti..hehehe =p

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2015 at 05:05

      hehe..yaya oh yaya..takpe nanti senang la bila tiba masa hamil dan menyusu. Alah bisa tegal biasa =p

      Reply

Leave a Reply to titan Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design