Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

April 6, 2015 by Ibu Zarith

7 Tips Luka Jahitan Selepas Bersalin Cepat Sembuh

Assalamualaikum

Perkara yang paling mengerikan bagi semua ibu adalah dalam menangani luka jahitan selepas bersalin. Sebab tu kalau boleh, elakkan lah dari dijahit dengan melakukan perineum massage. Tapi kalau tak dapat nak elak, dan terpaksa melalui episiotomi, boleh amalkan beberapa tips ini untuk mempercepatkan proses penyembuhan luka selepas bersalin.

Ada yang kata pengambilan ikan haruan pada awal berpantang memang akan menyebabkan kulit mudah tercantum semula, namun luka bahagian dalam belum betul-betul kering. Zarith tak pasti perkara ini kerana Zarith tak pernah lagi makan ikan haruan semasa dalam pantang.

Mama ni pula ada petua tersendiri yang dilakukan menyebabkan lukanya cepat kering. Tak sampai seminggu pun. Apa agaknya rahsia mama?

Tips luka selepas bersalin cepat kering:

  1. Berhati-hati bila bergerak
    • Berjaga-jaga terutamanya apabila anda hendak bangun atau duduk di kerusi. Selalu lah turunkan lutut dulu kemudian baru letakkan punggung di kerusi bila nak duduk. Lakukan pergerakan dengan perlahan-lahan. Kalau duduk terlalu lama tu buatkan anda tak selesa, alaskan dengan bantal yang lembut dan selesa.
  2. Gunakan ice-pack
    • Letakkan ice pack pada kain yang bersih dan lembut. Letakkan pada bahagian luka untuk melegakannya
  3. Elakkan sembelit
    • Tekanan yang tinggi pada bahagian bawah semasa sembelit adalah sangat tinggi. Jadi elakkan memakan makanan yang boleh menyebabkan sembelit dan lebihkan memakan makanan berunsurkan fiber.
    • Cara alternative, boleh gunakan tuala bersih dan kering utk tekan bahagian luka agar tidak terbuka semasa proses meneran
  4. Pastikan vagina sentiasa bersih dan kering
    • Harus diingat, selepas dijahit, vagina lebih terdedah kepada jangkitan kuman. Jadi, setiap kali anda ke tandas, pastikan kawasan vagina dibersihkan dengan sempurna menggunakan air suam dan juga dikeringkan
  5. Lakukan senaman kegel. 
    • Selain menguatkan lantai pelvik untuk mengelakkan peranakan jatuh atau tombong, senaman kegel juga boleh menggalakkan peredaran darah ke kawasan vagina yang akan membantu mempercepatkan proses penyembuhan luka.
  6. Siram vagina dengan air garam suam setiap kali selepas ke tandas.
    • Ada juga yang duduk terus dalam besen yang mengandungi air garam suam tu. Terpulang kepada anda bagaimana cara nak lakukan, asalkan selesa.
  7. Supplement
    • Dengan pengambilan banyak Vitamin C dan juga Zinc, boleh membantu penyembuhan luka dengan cepat. Semasa berpantangkan Zuyyin dan Zayra, memang Zarith ambil lebih vitamin C. Zinc Complex memang sangat-sangat membantu. Selain dari luka cepat sembuh dalam masa seminggu, ia juga menguatkan imun sistem baby yang sangat rendah selepas lahir dengan mendapat khasiat Vitamin C melalui susu ibu. Kan dah kata Set Berpantang Terbaik memang lengkap semuanya. Bukan setakat luka cepat sembuh, sembelit pon takde, seram sejuk pon takde. Alhamdulillah

Mitos seperti minum air banyak akan meyebabkan peranakan berair atau memakan sayur kerana menyebabkan angin adalah tidak benar sama sekali. Boleh rujuk di artikel 10 Jenis Sayur dan Ikan Yang Tak Boleh Diambil Ketika Berpantang

Minum air secukupnya penting kerana selepas 1-3 hari bersalin badan secara semula jadi akan membuang air lebihan yang terkumpul semasa hamil dan ini akan membuatkan badan kekurangan air secara medadak, menyebabkan masalah sembelit dan kekurangan susu badan. Kekurangan air juga menyebabkan luka episiotomi sukar sembuh dan masalah sembelit pula akan menyebabkan kesakitan ketara pada luka anda.

Jika anda sedang alami luka lambat kering, sembelit, seram sejuk dan sakit badan semasa dalam pantang, sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028 untuk dapatkan Set Berpantang Terbaik

Boleh juga baca artikel Zarith yang ini –> Bagaimana Cara Nak Luka Jahitan Ceaser Cepat Sembuh Dan Tak Sakit Semasa Bergerak <–

Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar kecergasan dan kesihatan anda seperti sebelum hamil dapat dikembalikan walaupun sudah beranak pinak. Badan kita nak pakai lama kan, jadi baik jaga elok-elok.

Kalau anda ingin dapatkan sendiri Set Berpantang Terbaik ini, boleh klik di link di bawah ini dan terus shopping ya =)

esell-shaklee-logo-500x351

Klik sini dan terus beli SET BERPANTANG TERBAIK ANDA

🍃Shaklee Health Consulatant & Business Mentor🍃

Zarith Sofia 

ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Cik Yaya says

    April 6, 2015 at 15:12

    as’salam..
    hi sis zarith..
    wee ngeri plak bila mbygkan..huuuu cmne kalo ngah luka,nk buang air beso,sembelit plak..
    huuu nk kena teran..ish..risau nye cmne keadaan nti >,<

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 6, 2015 at 16:02

      haha..memang risau yaya..sebab tu kena ikut petua luka cepat sembuh ni, dan amalkan pengambilan vitamin c, zinc complex dan ostematrix

      Reply
  2. lia says

    April 11, 2015 at 14:56

    Satuju sgt….mase saye bersalin anak pertama,mmg saya mkn set bersalin shaklee….mak saya pon pelik,saya xpucat, tapak tangan n kaki merah…mak marah jg,sbb saya minum air bnyk..hehehehe

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 11, 2015 at 16:17

      haha..mak-mak memang rasa aneh kalau kita dalam pantang segar bugar. Kalau boleh mak-mak nak kita duduk diam-diam berehat =p padahal kita dah sihat dah bila makan set berpantang tu kan lia =)

      Reply
  3. Azeni Ahmad says

    July 14, 2015 at 04:06

    Luka meneran akan semakin besar apabila tenaga semakin lemah.
    Nak push pun taklarat dah kalau sakit kontraksi berpanjangan menyebabkan badan makin lemah kan.
    Alahai sakit luka nak dijahit besar.
    Ngeri.
    Macam anak pertama saya dulu la.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 15, 2015 at 06:32

      Ish ngeri juga dengar ni azeni..pengalaman bersalin memang tak dapat nak dilupakan kan. Setiap anak pon lain-lain kesakitan yang kita tanggung

      Reply
  4. Faizah says

    January 18, 2016 at 13:36

    Saya sering mengikuti tulisan ibuzarith dqn membaca petua dqn pengalaman zarith, saya sedang berpantang hari yg ke 25, dan sepatutnya luka jahitan telah pun sembuh tapi sejak 2-3hr ni luka bawah terasa sgt pedih nak bergerak pun mcm baru lps bersalin dan rasanya jahitan telah terbuka, mgu sudah saya tgk bernanah dan sy sapu minyak gamat , ada x apa2 yg boleh saya amalkan .

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 18, 2016 at 18:44

      Terima kasih kerana sudi mengikuti perkembangan ibuzarith 🙂
      Tahniah kerana telah selamat melahirkan. Mungkin pergerakan yang banyak/ mengangkat barang berat telah menyebabkan jahitan Pn Faizah terbuka. lebih baik Pn. Faizah berjumpa doctor untuk pemeriksaan lanjut. Takut sekiranya berlaku jangkitan, lagi teruk nanti.

      Reply
  5. Vixalexa @Watch movie HD says

    March 17, 2016 at 17:44

    Thanks for tips! Terbaik 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      March 30, 2016 at 00:08

      =)

      Reply
  6. Ashikin says

    June 30, 2016 at 20:58

    Sy Ashikin..sy juga mengamalkan pengambilan esp dan ostematrix dr anak ke 2 dan sekarang ke 3. Sekarang sy mengalami bentan yg seram sejuk dan perut memulas kerana makan mee grg di hospital…namun begitu sy masih bertenaga menyusukan anak sy sejam sekali.. apakah cara terbaik utk hilangkan bentan ni? Sekarng dh hari ke 3 bentan.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 01:30

      Hi Ashikin,
      teruskan pengambilan oste dan ESP tu. adalah lebih baik sekiranya Ashikin amalkan Set Berpantang Premium. Ada omega guard yang bantu panaskan badan dan alfalfa yang membantu merawat rahim dari dalam.

      Reply
  7. Syu says

    July 4, 2016 at 15:30

    Macam mna dgn air sejuk dan berais plk ye? Sy brpantang hri yg ke 17 dh mnum ais sbb xtahan sgt cuaca pnas,…air rebusan mnjakani dan air msak berbotol jugak sehari..hihi selain tu sy amalkan jamu dan pil haruan.. Alhamdulillah bdan ok…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 01:26

      kalau boleh elakkan minum minuman berais, mungkin sekarang badan kita ok sebab muda lagi, masa akan datang kita tak tau =)

      Reply
  8. Yaya says

    August 22, 2016 at 20:46

    Kalau baby kuning,boleh ke makan vit c n ostematrix?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 23, 2016 at 16:29

      Boleh takde masalah, malah ia bantu kuatkan imun sistem baby. Insha Allah baby tidak mudah diserang penyakit kalau ade orang tak sihat melawat 🙂

      Reply
  9. irnah says

    October 30, 2016 at 23:22

    Hai saya Irnah,saya baru berpantang 2minggu.
    Masalah yg saya hadapi adalah di bahagian luka saya membekak dan pedih,saya dah sapu antiseptik dari doktor,still pedih lagi. Bagaimana cara untuk saya hilangkan bengkak dan pedihnya. Badan ok,cergas dan kuat utk lakukan krja rumah. Cuma nak duduk dengan betul dan rasa pedihnya yang buat saya tak selesa. Boleh berikan jawapan pada masalah saya ni.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      January 10, 2017 at 22:30

      Hi puan Irnah,
      Boleh dapatkan pemeriksaan lanjut di hospital ye. Puan juga boleh amalkan Vivix dan basuh dengan air garam suam ye.

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design

imunify-bot-check