Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

April 13, 2015 by Ibu Zarith

8 Mitos Penyusuan Susu Ibu Yang Famous Tapi Tak Benar

Assalamualaikum

Zarith selalu dengar tentang mitos-mitos penyusuan ni. Sama ada dari orang-orang tua atau dari orang-orang yang tidak mendalami bidang penyusuan. Bukanlah Zarith nak kata diri ini hebat dalam bidang penyusuan, tidak sama sekali. Cuma Zarith nak kongsikan dimanakah kebenaran setiap daripada mitos-mitos ini.

Sebelum tu jom tengok video Zarith, apakah yang membantu Zarith dalam menjayakan penyusuan susu ibu kepada keempat-empat anak Zarith:

 

Mama ni pula tak kisah tentang apa kata orang lain, yang penting dia dapat susukan anaknya walaupun pelbagai cabaran dihadapi. Jom tengok perkongsian mama ini:

Jom tengok tentang 8 mitos penyusuan susu ibu ini:

  1. Lepas melahirkan baby, susu terus banyak melimpah ruah. Tak payah risau lah!
    • Ini adalah tidak benar sama sekali. Ada ibu yang pertama kali melahirkan, tiada susu sampai seminggu, lepas tu baru ada. Itu pun sekiranya ibu itu tidak berputus asa dan menganggap dirinya tiada susu.
    • Ini kerana selepas kita melahirkan baby, sebenarnya kita kena cepat-cepat menyusukan baby kita supaya boleh merangsang hormon dalam badan dan seterusnya merangsang otak kita untuk menghasilkan susu. Sebab tulah setiap kali lepas melahirkan, nurse/doctor akan meletakkan baby di atas dada kita untuk kita cepat-cepat susukan baby. Semakin lambat kita susukan baby, semakin susah untuk merangsang otak dan hormon untuk penghasilan susu.
  2. Baby macam tak kenyang, asik menangis je. Asik nak menyusu je 24 jam. Susu saya tak cukup ni, kene top-up susu formula la.  
    • Baby baru dilahirkan memang hanya tahu menangis kerana itu memang cara mereka berkomunikasi. Lapar, mengantuk, kene gigit semut, kembung, lampin basah, serta rasa tak selesa, baby akan menangis. Jadi tak semestinya apabila baby nangis, 100% kerana baby lapar dan kita kena bagi susu formula.
    • Nak tau tak kenapa kalau kita bagi baby susu formula baby akan kekenyangan dan tidur lama? Ini kerana susu formula sangat lambat untuk dihadamkan oleh usus baby. Kesian kan anak yang kita kandung 9 bulan tu, baru je lahir, usus dah kena bekerja keras untuk proses benda berat. Allah ciptakan susu ibu sangat ringkas, supaya usus baby mudah untuk menghadamkannya dan terus serap khasiat susu ibu secara optimum.
    • Dan tahu tak kenapa bayi nak berkepit je dengan ibu selama 24 jam? Kerana semasa dalam kandungan kita, baby cuma dengar degupan jantung dan suara ibu sahaja selama 9 bulan 10 hari. Bila keluar dari perut ibu macam-macam baby dengar. Bunyi kenderaan, suara orang, bunyi pinggan mangkuk. Kalau kita pon ada kat dunia baru dan asing pun mesti takut. Tak biasa. Jadi perkara yang baby tahu, bila nangis, ibu peluk (jadi mereka dapat rasa kehangatan dan suara ibu macam dalam perut). Dan apabila ibu susukan, benda yang paling penting sekali adalah bunyi degupan jantung ibu. Subhanallah.. Sekarang baru kita tau kenapa baby asik nak dipeluk dan menyusu. Jadi sekarang sila rasa bersalah apabila kita membiarkan baby menangis lama-lama, kononnya nak biarkan baby biasa letak tak perlu dipeluk lama-lama. Ini akan mempengaruhi tumbesaran bayi. Perkembangan emosi, IQ dan EQ mereka.
    • Macam ni la saiz perut baby dari selepas dilahirkan sampai mereka berusia sebulan. Jadi sekiranya baby menangis je selepas ni tak perlu pening kepala fikir “susu aku tak cukup ke ni?”
  3. Susu ibu sebelah kiri cair sebagai minuman baby, susu sebelah kanan pekat sebagai makanan bayi.
    • Dulu sebelum ada baby dan belum mendalami bidang penyusuan ibu ni pon Zarith percaya je ni. Tapi sebenarnya tidak benar sama sekali. Kiri ke kanan ke sama je. Pernah dengar istilah Foremilk dan Hindmilk? Foremilk adalah susu yang mula-mula keluar untuk menghilangkan rasa dahaga baby. Ianya sedikit cair kerana kandungan air lebih banyak berbanding lemak (kalau musim panas, foremilk lagi banyak untuk menghilangkan dahaga baby). Selepas beberapa minit minum, baby akan mendapat hindmilk pula. Hindmilk ini lebih pekat. Kandungan lemak lebih tinggi dan susu ini yang dapat mengenyangkan baby. Kalau kita mengepam susu, apabila dibiarkan lama sedikit mesti dapat tengok susu akan terpisah menjadi 2 bahagian. Yang bawah lebih cair dan yg belah atas lebih pekat seperti lemak. Jadi, tips untuk bagi anak kenyang dan cepat naik berat badan, susukan baby pada sebelah payudara sampai kosong dulu pada satu sesi, lepas tu baru la tukar yang pada sebelah lagi pada sesi yang sama atau semasa sesi yang lain. 
  4. Saya memang keturunan tiada susu. 
    • Rujuk kepada point pertama tadi, sekiranya kita kerap merangsang otak dan hormon, dengan kerap mengosongkan payudara (samada dengan mengepam atau direct feed) InsyaAllah pasti ada.
  5. Lepas bagi baby minum susu, kena bilas dengan air suam.
    • Baby berusia 6 bulan kebawah TIDAK BOLEH diberi minum air suam atau apa-apa jenis air sekalipun. Kenapa? Sebab bila bagi minum selain susu ibu, ini akan mencairkan kandungan Natrium dalam badan baby. Bahaya tau! Cuba berbalik kepada point ke 3, Allah dah ciptakan foremilk untuk hilangkan dahaga baby
  6. Bila si ibu sakit, takut baby pon jangkit bila minum susu ibu. Jadi saya stopkan baby minum susu ibu.
    • Selalunya apabila kita sakit, doctor akan beri kita ubat yang breastfeed friendly. Jadi baby masih boleh menyusu macam biasa. Kecuali sakit-sakit yang tertentu. Tapi kalau setakat ibu cirit birit, baby takkan kena cirit birit melalui susu ibu. Ibu kena pastikan tangan dibasuh besih sebelum mengendalikan baby. Kalau kita demam pon sama. Selagi kita jaga betul-betul, pakai mask kalau batuk dan selesema, InsyaAllah baby sihat.
  7.  Saya suka tunggu payudara membengkak baru saya pam, waktu tu la susu banyak sebab payudara dah penuh.
    1. JANGAN suka amalkan perkara ini. Ia akan mendorong kepada kemerosotan penghasilan susu ibu. Kenapa? Bila payudara sentiasa penuh, otak kita akan menghasilkan signal “oh, susu banyak lagi, tak perlu rembeskan hormon untuk hasilkan susu” bila ini kerap berlaku, susu akan kurang dihasilkan sebab otak fikir yang kita ni sentiasa cukup susu. Bila kita kerap kosongkan payudara, (sebagai contoh, apabila di ofis kita dah setkan waktu mengepam setiap 2 jam, kalau direct feed, bagi je sekerap mungkin), maka selepas payudara kosong, otak akan cepat-cepat bagi signal supaya susu dihasilkan sebelum sesi mengepam/penyusuan seterusnya supaya baby kita tidak kelaparan. Kan Allah jadikan otak kita adalah center kepada aktiviti badan. Maka semua di kawal oleh otak dengan izin Allah
  8. Saya tak nak menyusukan, nanti payudara kendur
    • Tahukan anda bahawa di planet bumi yang kita pijak ni ada satu daya tarikan yang dipanggil daya tarikan graviti? Jadi sama ada anda menyusukan atau tidak, payudara tetap akan kendur.
    • Jadi yang mana satu anda pilih: Kendur tapi berfungsi sepenuhnya untuk menyusukan anak atau kendur tapi takde fungsi apa-apa? Kalau berfungsi sepenuhnya Alhamdulillah, di Akhirat nanti ada yang membela kita, Insha Allah. Banyak sangat kelebihan bagi ibu yang menyusukan sepenuhnya susu ibu ni disisi agama, antaranya adalah malaikat sentiasa mendoakan kita sepanjang tempoh penyusuan. Insha Allah.

Sebenarnya banyak lagi mitos penyusuan ni. Tapi ini antara yang paling kerap didengar. Yang penting keep positif. Sentiasa berazam sejak mula hamil lagi, yang kita nak susukan baby kita ni sepenuhnya selama 2 tahun. Sebab penyusuan susu ibu ni lebih kepada determination kita. Bila kita dah ada determination yang kuat, apa sahaja dugaan (badan sakit dan penat ke, susu merudum ke, orang sekeliling tak support ke) senang sahaja kita tepis.

Para suami pula wajib bagi sokongan padu pada isteri. Kalau isteri sakit badan, tolong la urutkan, buatkan minuman dan bagi kata-kata perangsang. Itu sangat-sangat penting.

Bila susu isteri merudum jangan terus cakap “bia abang belikan susu tin” sebaliknya cakap la “takpe sayang, bia abang carikkan apa yang bole dijadikan milkbooster untuk sayang. Jangan risau ye, pasti banyak susu untuk anak kesayangan  kita ni”. Sebabnya, isteri akan boleh lalui semua ‘kecaman dan ancaman’ terhadap breastfeeding ni selagi ada sokongan padu suami 😉 Credit to Mr. Hubby yang selalu memberi sokongan padu sejak zaman menyusukan Zuyyin dan kini disambung dengan Zayra.

Set Menyusu terbaik yang menemani Zarith sepanjang tempoh penyusuan Zuyyin dan Zayra. Alhamdulillah sangat serasi. Ibu-ibu ada juga yang menghadapai masalah dalam penyusuan dan dah cuba pelbagai cara tapi susu masih takat tu je? Lemah, lesu tak bermaya menjelang petang? Sudah tiba masanya anda hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar anda mampu untuk menyusukan permata hati kesayangan sehingga 2 tahun. Serta berkongsi tips-tips penyusuan yang exclusive untuk yang menghubungi Zarith

🍃Your Shaklee Health Consultant &
Business Leader🍃
Zarith Sofia
914562
013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ros says

    April 13, 2015 at 11:25

    Ibu menyusu kena kuat semangat. Kena pasang niat awal2 lagi untuk susukan anak sampai 2 tahun.
    Info yg menarik.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 13, 2015 at 11:33

      Betul kak ros, pasang niat dari awal dan just go for it;)

      Reply
  2. mama sue says

    April 13, 2015 at 21:50

    Alhamdulillah saya bertuah berpeluang menyusukan bayi pertama n kedua selama 2 tahun w/pon x secara esklusif sbb bekerja. Namun saya sentiasa pastikan kedua2 puteri saya akan menyusu badan sebaik pulang dari kerja.
    Anak pertama saya sempat susukan sehingga 2 tahun 2 bln…terpaksa hentikan bf atas saranan doktor sbb pregnant anak kedua….anak kedua sehingga berumur 2 tahun….walaupun anak kedua pernah terhenti penyusuan selama seminggu kerana dihantar berkursus…namun rezeki dari Allah sentiasa ada…sebaik pulang dari kursus anak kedua terus menyusu dan alhamdulillah air susu kembali ada.
    Namun rezeki saya sehingga anak kedua sahaja kerana anak ketiga umur tak panjang…meninggal dalam kandungan..dan saya tidak dibenarkan mengandung lagi atas saranan doktor.
    Bagi ibu2 yg berusaha menyusukan bayi anda…teruskan usaha…jangan pernah putus asa….momen paling berharga dengan bayi adalah sewaktu bayi menyusu….itulah momen yang paling saya rindu…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 13, 2015 at 23:00

      Alhamdulillah tahniah puan sebab berjaya menyusukan kedua-dua anak sehingga ke garisan penamat =) Puan buatkan Zarith mengalirkan air mata malam-malam ni..huhu..Semoga baby puan tunggu puan di syurga kelak =)

      Reply
  3. MaMa Chantique says

    April 14, 2015 at 10:43

    Assalamualaikum..ibu zarith, saya masa ank sulong sempat menyusukan selama 2 bulan je…maybe masa tu silap sendiri sbb tak cukup ilmu penyusuan..bila bby tak nak direct feed…saya pun jadi fedup dan makin malas nk mengepam… sudahnya bby minum FM je huhu…

    Tapi Alhamdullilah..ank kedua…BF sampailah saya pregnantkan adiknya 5 bulan….skrg masih menunggu hari tuk ank ketiga..mudah2an di permudahkan urusan BF saya utk anak ketiga nti..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 14, 2015 at 16:38

      Alhamdulillah pengalaman lepas mengajar kita kan supaya menjadi yang lebih baik. Tahniah ye atas kehamilan mama 😉

      Reply
  4. Akak Vitamin says

    April 14, 2015 at 18:34

    Mitos kedua tu memang ramai iyerkan. Kesian kat anak.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 14, 2015 at 22:08

      Betul tu akak vitamin =)

      Reply
  5. Devi says

    April 15, 2015 at 14:55

    Saya terkena mitos kedua, sekarang baby umur 5,5 bulan minum FM, air susu masi keluar cuma sedikit dan baby tak mau BF lagi. Apa masi bisa diboost biar banyak ? Tq

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 16, 2015 at 02:11

      Boleh puan. Ada caranya =)

      Reply
  6. nisa says

    April 22, 2015 at 15:30

    Boleh saya tau,mcm mne nk pastikan payudara kosong?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 24, 2015 at 15:40

      Nisa, semasa pam susu tu pastikan tiada lagi titisan susu, selalunya selepas 15-20 minit pam, susu dah tiada.

      Reply
      • Nad says

        November 8, 2016 at 00:10

        Maaf lanjutkan pertanyaan..then,bila kene pam semula yer? Tiap berapa jam lps kosongkan payudara?

        Reply
        • Ibu Zarith says

          January 16, 2017 at 16:08

          Pam setiap 2-3 jam sekali jika anak tiada dengan kita

          Reply
  7. Umi Kalsom says

    October 29, 2015 at 15:03

    Betol sangat zarith. nak full breasfeeding anak bukan mudah tapi tak susah. Tapi dengan support dari suami dan keluarga Alhamdulillah masih lagi menyusu anak walaupun dah berumur 1 tahun 11 bulan 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 29, 2015 at 15:12

      Wah menarik ayat bukan mudah tapi tak susah tu 😉 alhamdulillah breastfeeding is a bless kan 😉

      Reply
  8. su says

    October 30, 2015 at 10:16

    point no.8 tu bikin sentap.. hihi biar kendur tapi pernah bermanfaat untuk mengenyangkan anak. dengan cara paling penyayang. 😀

    Reply
    • Ibu Zarith says

      October 31, 2015 at 23:46

      Heheheh

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Berpuasa Bagi Ibu Hamil & Menyusu Baby

https://www.youtube.com/watch?v=fy7xrXX3bvw

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design