Assalamualaikum
Hari Sabtu yang lepas, 18 April 2015, Zarith sekeluarga telah menghadirkan diri ke sebuah majlis menyalin Cloth Diapers (CD) secara beramai-ramai dan masuk Guiness World Book of Record 2015. Selepas tamat acara menyalinkan CD secara serentak, kami ada beberapa bengkel kecil yang sungguh bermanfaat, antaranya ceramah mengenai Cloth Diapers (lampin kain) dan juga babywearing (mengendong anak).
Perihal tentang CD telah selalu kita dengar. Namun, sangat jarang kita menghadirkan diri dalam ceramah yang berkaitan dengan babywearing ni. Zarith selalu ternampak beberapa golongan ayah terutamanya, yang suka membawa anak dalam carrier menghadap ke bahagian luar, ataupun dengan kata lain, menghadap ke depan. Rupa-rupanya cara ini tidak betul. Dulu Mr. Hubby pernah juga cuba untuk mengendong Zuyyin menggunakan Boba dengan mengadap ke hadapan, sebab Zuyyin akan jadi sangat gembira bila kita berjalan dengan Zuyyin didukung menghadap ke depan. Tetapi nasib baik Boba ni tak boleh nak bawa baby dengan gaya macam tu, maka terselamatlah Zuyyin. Alhamdulillah =)
Jom kita tengok kenapa tak boleh baby menghala keluar:
- Cara ini tidak menyokong kaki baby kita
- Ia menyukarkan pemakai dan juga baby
- Ia membuatkan tulang belakang baby tertekan akibat posisi yang tidak betul
- Ia menghasilkan tekanan yang berlebihan kepada tulang pelvik baby
- Ia akan terlebih merangsang baby
- Ia tidak menyokong kepala ataupun tulang belakang baby.
- Ia menyukarkan pengaliran udara
- Ia membuatkan kita sukar untuk bertindakbalas terhadap kehendak baby
- Ia akan mengalihkan pusat gravity baby dan seterusnya membuatkan bahagian belakang kita sakit
Masa sejam lebih yang diperuntukkan dirasakan sungguh singkat. Banyak perkara baru yang Zarith pelajari pada hari itu, temasuklah wrap baby yang dah lama Zarith nak tengok secara live. Semoga lepas ni berkesempatan lagi untuk menghadirkan diri di majlis ilmu seperti ini =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Saya pernah tgk sorang bapa buat mcm tu kat baby girl dia…sambil jalan sambil bagi susu botol lg..yelah dia yg dukung tu baby tp caranya tu buat saya tak selesa mnengoknya…kalau bini dia yg dukung sudah pasti saya tegur..tp laki dia yg dukung..tak berani nak tegur sbb tgk muka laki dia garang..
Kan.. Selalu juga Zarith tenguk kaum bapa yang kendong baby begini. So far memang tak berani nak tegur. Tapi duk tengokkan je kaki baby tu, kesian =(