Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

April 2, 2015 by Ibu Zarith

Air Selusuh Memudahkan Ibu Bersalin. Benarkah?

Assalamualaikum

Ibu yang hamil pasti mengidamkan detik-detik bersalin yang mudah. Kalau boleh dengan sekali push dah keluar. Sebab itulah entry 9 Tips Mudah Bersalin Yang Ibu Hamil Perlu Amalkan  menjadi antara yang hit di ibuzarith.com ni. Namun, tak semua ibu mempunyai rezeki yang sebegitu mudah.

Ibu ini mempunyai tips yang sangat diperlukan oleh ibu-ibu yang hamil. Nak tahu apa tips yang dikongsikan? Jom tonton video pendek 1 minit ni. Sangat berbaloi dan ia pasti akan merubah hidup ibu-ibu sepanjang tempoh kehamilan:

Lantas ada ibu yang mengambil air selusuh untuk memudahkan proses bersalin. Tapi ada juga yang berakhir dengan bersalin secara pembedahan akibat kesukaran yang dihadapi semasa bersalin. Secara jujurnya Zarith tidak pasti betulkah ia boleh membantu ibu untuk bersalin lebih mudah. Ada yang kata minum air selusuh semasa sakit contraction dah kuat dan bukaan telah besar baru mujarab.

Zarith sendiri pernah kirim makcik yang pergi umrah untuk membeli akar Fatimah dari Mekah. Zarith pernah terbaca, kita rendamkan akar tersebut di dalam besen yang mengandungi air, bila akar tersebut telah kembang sepenuhnya, itu bermaksud kita sudah bersedia untuk bersalin.

Namun, atas nasihat ibu Zarith yang tidak pasti keberkesanannya, semasa proses nak melahirkan Zuyyin dan Zayra, Zarith hanya minum air Zamzam. Hampir habis 1 liter. Alhamdulillah proses melahirkan selesai dalam masa 3-4jam selepas masuk dalam labour room.

Ada juga yang kata, air selusuh ni kalau nak mujarab, suami kena buat sendiri dan bagi isteri minum semasa dalam labour room.

Dari segi hukum Islam, selusuh adalah harus. Asalkan tidak melakukan jampi serapah dan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Selusuh boleh dibuat samaada menggunakan air (lebih bagus jika gunakan air Zamzam), minyak, kurma atau kismis. Ada 3 cara yang boleh suami buat, iaitu:

Cara 1 Untuk Buat Air Selusuh:

  1. Al-Fatihah.
  2. Surah al-Hasyr ayat 21.
  3. Selawat syifa (Ya Allah berikan rahmat ke atas penghulu kami nabi Muhammad S.A.W yang menjadi penawar kepada hati-hati, penawarnya dan kesejahteraan badan, kesembuhan juga cahaya penglihatan dan berilah rahmat keberkatan dan kesejahteraan atas keluarga dan sahabatnya).
  4. Bacakan doa “Ya Allah dengan hak Maryam dan dengan mereka yang diturunkan kepadanya surah Maryam, ringankanlah daripadanya (sebut nama ibu yang hamil berbintikan nama ibunya) sakit bersalin dengan rahmat Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemberi Rahmat”. Kemudian tiup pada air atau minyak, perlu minum 7 hari sebelum tarikh jangkaan bersalin.
  5. Sapukan air diperut ibu dari atas ke bawah dengan selawat 7 kali.
  6. Air selusuh perlu diminum sebanyak satu sudu apabila sakit hendak bersalin.

Cara 2 Untuk Buat Air Selusuh:

  1. Beristighfar 3 kali
  2. Menghadiahkan bacaan kepada Nabi Muhammad S.A.W,para sahabat dan para pengikutnya.
  3. Al-Fatihah 1 kali.
  4. Selawat 11 kali.
  5. Alam Nasyrah 7 kali.
  6. Al-Ikhlas 3 kali.
  7. Al-Falaq 3 kali.
  8. An-Nas 3 kali.
  9. Al-Fatihah 1 kali. Kemudian doa apa yang dihajati.

Cara 3 Untuk Buat Air Selusuh:

  1. Al-Fatihah. Apabila sampai di ayat 5, lintaskan di dalam hati memohon memudahkan bersalin sebanyak 3 kali.
  2. Selawat Syifa 7 kali.
  3. Surah al Hasyr ayat 21, 3 kali.
  4. Surah Al-A’raa ayat 54, 3 kali.
  5. Hembus pada air, minyak atau kurma.

Sebenarnya semuanya bergantung kepada amalan kita semasa hamil dan juga kepada kehendak Allah. Sekiranya mudah kehendak-Nya, maka mudahlah. Dan sebaliknya. Wallahualam.

Yang penting ibu perlulah menjaga diri dari melakukan perkara yang tidak elok semasa hamil dan mengamalkan perkara-perkara yang dapat memudahkan proses bersalin seperti bersenam, banyak berjalan dan sebagainya. Amalkan juga pengambilan nutrisi yang seimbang, Set kehamilan yang dapat membantu ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga sepanjang kehamilan. Takde la nampak melepek je nanti.

Selain itu, ibu juga perlu memastikan diri mendapatkan Set Berpantang Terbaik yang tidak menyebabkan baby jaundice, yang membantu ibu untuk lebih sihat bertenaga serta banyak susu, tidak sembelit dan tidak seram sejuk. Sekiranya anda mahu dapatkannya, boleh hubungi Zarith 013-7510028. Zarith akan bimbing anda cara makan yang tepat agar kecergasan dan kesihatan anda seperti sebelum hamil dapat dikembalikan walaupun sudah beranak pinak.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. hidayuayumie says

    April 2, 2015 at 08:29

    ayu ponminum air zam2 je..
    alhdmullilah cepat jugak dlm labour room..
    cume bukaan jela sblm masuk lambat sikit nak bkk..
    masuk ubat 2x pon xluas2 jugak

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 3, 2015 at 07:41

      air zamzam rasanya memang membantu kan =) Alhamdulillah

      Reply
  2. Cik Yaya says

    April 3, 2015 at 16:08

    mana je air yang dibaca dgn ayat alquran dgn niat yang baik pasti akn dmudahkan segalanya InsyaAllah =)

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 4, 2015 at 07:05

      Betul tu yaya.. Ayat al Quran sungguh power

      Reply
  3. ummie myeisha says

    April 9, 2015 at 11:55

    Pengalaman sy bersalin tahun lepas. Air ketuban pecah kol 3.30pg tengah tidur. Kol 5 pg suami tersedar dr tido. Bg tau suami air ketuban pecah. Suami bangun basuh akar fatimah & rendamkam dlm jug besar tuk dibawa ke hospital. Masa tue sy just minum air zamzam jerk. Air selusuh akar fatimah tertinggal. Ibu mertua dtg bwkkn air selusuh. Sampai spital jln bukak 2cm. Org ckp anak first memg jln lambat bukak. Risau jugak takut dpt contraction teruk tp jln xbukakkan. Ibu mertua suruh minum. Dlm hati takut nk minum, sbb jln belum full delate lg. Hormatkn ibu mertua minum gak larr. Rasa sedap, mcm cincau tanpa gula, sejuk masuk tekak, sedap. Air zamzam minum gak. Ya rabbi.. akar fatimah tue kembang teramat sgt, penuh jug. Air ketuban kurang 1ltr, doc hadiahkan induce pertama, takot baby dpt infection. Kol 12.30 induce then 1.44pm bersalin. Alhamdulillah. Dua2 tue membantu sy dlm proses bersalin. Yg kelakarnye masa contraction 1mnt/time sy bole mkn western food + nasi.. hekhekk..
    Akhir tahun nie, sy akan bersalin utk baby ke-2, sy akan cuba jugak dgn air zamzam + akar fatimah insya Allah.. Errrr..doakan sy dipermudahkan bersalin jugak yerr.. Salam..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 9, 2015 at 13:28

      Wah unik sungguh pengalamanbersalin puan, boleh buat novel ni hehe.. Zarith doakan puan selamat bersalin dengan mudah nanti ye 😉

      Reply
  4. nesa says

    April 24, 2015 at 16:12

    Betul tu…make sure air selusuh yg x bertentangn dengn syariat islam.mosty yg susah tu ambil yg bertntangan,benda tu bgi efek mempercepatkan kontraksi ibu mengndung itu yg bahaya nya..imagine,mcm mna lah klau x smpai due lagi..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 24, 2015 at 23:47

      Ada banyak jenis selusuh kan? Yang penting pilih yang betul dan masa yang sesuai untuk ambilnya

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design