Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

April 28, 2015 by Ibu Zarith

Anak Cirit Birit Apa Yang Perlu Saya Lakukan?

Assalamualaikum

Bila anak dah mula makan, macam-macam yang mereka akan cuba makan. Walaubagaimanapun, ibu bapa harus peka apa yang mereka makan dan apa perubahan yang terjadi pada diri mereka.

Bila anak tersalah makan, akan sampai satu saat mereka akan terkena sembelit ataupun cirit birit. Rawatan untuk anak sembelit Zarith pernah kongsikan pada entry Bagaimana nak atasi anak sembelit sampai kena korek punggung. Kali ni Zarith nak kongsikan pula cara Zarith tangani anak yang kena cirit-birit. Ni kali ke-2 Zuyyin kena cirit. Dulu masa Zuyyin berusia 2 Tahun 4 Bulan di Pasir Gudang. Sekarang Zuyyin berusia 2 Tahun 10 bulan.

BRAT DIET sangat membantu dalam hal ini.

Banana

Rice

Applesauce

Toast

Dalam BRAT Diet ni ada pisang yang mengandungi potassium yang dapat membantu usus menyerap air dan juga Epal yang mengandungi pectin yang dapat memekatkan makanan dalam usus.

Hari Pertama:

Khamis minggu lepas Zuyyin demam, berjangkit dari si adik, Zayra yang demam hanya 12 jam. Hari Jumaat Zuyyin dah mula membuang air besar yang sangat cair. Seperti puree pisang teksturnya. Cirit-birit. Kesian Zuyyin, sedih tengok bila mengadu sakit perut dan berlari menuju ke toilet. Apa yang Zuyyin makan, kami makan. Air? Tiada lain selain air masak yang ditapis dan dijerang.

Pada mulanya Zarith fikir Zuyyin buang air cair untuk keluarkan panas dalam badan, jadi Zarith buat rawatan demam secara semulajadi seperti biasa, dan malam tu nak bawak Zuyyin ke Klinik Pakar Kanak-kanak di Batu Pahat ni, tapi semuanya tutup. Kami ke Klinik Bakti, pun tutup. Jadi kami hanya pergi ke Klinik Al-Iwani di kawasan Taman Maju, berhampiran dengan Bank Rakyat. Waktu tu dah pukul 9 malam. Hujan lebat. Sebelum Zuyyin ada 4 orang pesakit lagi. Zuyyin dipanggil masuk dalam pukul 10.20 malam. Review tentang klinik? 3/10.

Seperti biasa, Zarith ke Klinik hanya untuk mendapat diagnose yang tepat dari doktor. Dan sekiranya Zuyyin demam sebab viral, rawatan secara semulajadi akan diteruskan dan semakin intensif. Ubat sebagai penyedap hati je.

Malam tu Zarith tidur hampir pukul 4 pagi, monitor suhu dan buat sponging pada Zuyyin. Bila suhu Zuyyin dalam 37.2-37.6 Celcius, baru Zarith tenang sikit. Pukul 5.45 pagi terjaga kerana Zuyyin yang Zarith dah pakaikan pampers, tembus poopnya. Jadi seawal 6 pagi, Zuyyin dan Zayra dah mandi. Zayra biasa la, bangun pagi memang membuang =)

Hari Kedua:

Pagi dalam pukul 11 pagi Zuyyin berendam dengan Epsom Salt. Pada hari tu, Zarith bagi Zuyyin BRAT Diet. Sarapan Zarith buatkan toast. Lepas makan sekeping, Zarith bagi Zuyyin makan pisang. Lunch pula, Zarith masakkan makan nasi lauk sup ayam kampung yang sangat banyak bawang putih, bawang dan halia untuk boost immune sistem. Jadi dalam pukul 12 tengahari Zarith membawa Zuyyin ke Klinik Pakar Kanak-Kanak England, di kawasan Tabung Haji. Alhamdulillah tiada orang. Terus masuk. Doctor sangat friendly dan banyak dapat ilmu baru. Doctor check Zuyyin dan doctor cakap diarrhea biasa. Bukan denggi, bukan kencing tikus. Cuak kerana seorang kawan di Kajang baru lepas admitted lepas cirit birit dan muntah, sekali cek darah kat Hospital, ada Virus Kencing Tikus yang baru pada peringkat awal. Jadi Zarith request buat blood test. Tapi doctor yakinkan Zarith. “Zuyyin is fine. For me, if my daughter is active and her condition is like Zuyyin, i won’t do so. You can come back after 2 days if she’s not getting any better”

Doctor prescribe probiotik, ubat kembung dan juga ORS (Oral Rehydration Sachet). Zuyyin senang makan probiotik, sebab Zarith memang bagi Zuyyin as one of her supplement kalau Zuyyin tak sihat. Cuma susah sikit nak bagi ORS. Kena bagi pakai Syringe dan Zuyyin nak main tarik dan picit sendiri dalam mulut. Takpe la anak, asalkan Zuyyin minum. Tapi itu pon tak banyak. Dalam 30 ml je Zuyyin boleh minum, lepas tu dah taknak. Ubat kembung tu Zarith tak bagi.

Olivenol, VCO, Habbatussauda, Vitamin C dan Omega Guard memang tak tinggal.

Hari Ketiga:

Alhamdulillah Zuyyin dah sihat. Tidak buang air langsung. Malang sekali haritu gas kat rumah uwan Zuyyin ni habis, yang tinggal hanya Zarith, ibu dan anak-anak, tak tahu macam mana nak beli, tak tahu contact number orang yang boleh hantar gas. Pengajaran ni. Maka, dengan berat hati terpaksa beli lauk di luar. Lauk singgang untuk Zuyyin tapi minyak meladung (Puan, tak tahu ke kalau masak singgang tak perlu pun letak minyak). Untuk anak yang baru baik cirit-birit, minyak dan pedas adalah sesuatu yang taboo. Tapi Zuyyin tak makan banyak, Zuyyin memang selalu tak berapa selera makan makanan luar. 5, 6 suap je.

Dan petang selalu Zarith buat minum petang, gas tiada maka Zarith keluar jap beli pisang goreng dan keropok lekor. Again, makanan berminyak. Walaupun Zuyyin makan seketul keropok lekor tapi ia memberi kesan. Petang tu Zuyyin dah mengadu sakit perut, pukul 8 malam cirit lagi. Tanpa berlengah, lepas solat Isyak Zarith bawa Zuyyin ke Hospital Pantai.

Doctor cek dan mengatakan Zuyyin dalam proses nak baik, jadi tak perlu risau. Perut Zuyyin pon tak mengeras. Cuma banyakkan minum air dan ORS.

Balik dari Hospital, bagi Zuyyin makan pisang, dan tidur.

Hari Keempat:

BRAT diet yang STRICT. Zuyyin bangun pagi mengadu lapar, jadi ibu buatkan roti bakar (TOAST). Kali ni makan 2 keping, sebab Zarith buat agak crunchy, dah macam biskut dah. Jadi Zuyyin suka. Lepas tu bagi makan pisang (BANANA).

Tengahari pula Zarith buatkan nasi goreng, minyak zaitun sangat sedikit (RICE). Dalam pukul 3 petang tu bagi makan sebiji buah epal (APPLE).

Dinner, Zuyyin makan nasi lauk sup ayam kampung. Lepas tu makan sebiji lagi buah epal.

Alhamdulillah Zuyyin tak buang air besar langsung hari tu.

Sampai harini Alhamdulillah Zuyyin dah sihat. Syukur sangat. Sebab bila anak tak sihat ni, semua kerja terbengkalai. Fokus pada anak-anak je. Dan memang sangat bersyukur sebab Allah bagi Zarith peluang untuk menjaga anak-anak sendiri, waktu mereka sihat dan juga sebaliknya. Syukur Alhamdulillah.

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Ridhuan says

    June 22, 2016 at 15:15

    Tq IbuZarith… sangat membantu. Mlm td sy bagi anak perempuan saya yg dua tahun bubur lambuk. Wife dh cakap mgkn bubur tu dh masak lama. Tp sebab sedap saya melantak je dgn anak sampai habis. Tp hari ni anaksy tu kna cirit birit plk…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      August 11, 2016 at 02:03

      Kesiannya. Semoga cepat sembuh

      Reply
  2. Puteriyayayee says

    February 5, 2017 at 01:24

    Tq sis, info Sgt membantu, esok boleh try. Anak sy dah dekat 5hari cirit xberhenti

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2017 at 02:11

      jangan biarkan anak cirit lama sangat. Pastikan dah bawa jumpa doktor dan dah dapatkan diagnose yang tepat sebelum mulakan apa-apa rawatan ye puteri =)

      Reply
  3. nisa says

    March 30, 2017 at 15:16

    anak sy baru lps discharge sbb muntah,demam n cirit birit..umur baru 8bulan,ni kt uma masih lg cirit birit,muntah je kurang.bole ke bagi baby 8bln diet mcm ni ye?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 18, 2017 at 22:23

      Maaf ye saya tak pasti. Dikhuatiri anak puan ada masalah lain seperti rota virus atau lain-lain. Lebih baik dapatkan nasihat dari yang pakar =)

      Reply
  4. Wana says

    April 30, 2017 at 17:27

    Tq ibuzarith..baby sy br msuk 1 thn..tgh berak2 dekat seminggu dh..awl2 dlu 6,7 kali shari..tp ni dh kurang dh..3,4 kali shari.tp dia aktif,mkn minum semua ok

    Reply
    • Ibu Zarith says

      May 3, 2017 at 15:54

      Semoga anak puan wana semakin sembuh =)

      Reply
  5. VEHA NATHAN says

    May 29, 2018 at 11:19

    Terima kasih ibu zarith.dari semalam Saya Tak boleh tidur.cirit-birit dtng.jadi Saya pergi toilet.lepas 5 minit Saya Lagi sekali pergi toilet.saya Tak tidur pun tau.tq so much for giving this

    Reply
    • Ibu Zarith says

      July 10, 2018 at 10:57

      Semoga bermanfaat!

      Reply
  6. wani says

    April 5, 2019 at 08:55

    salam sis,

    boleh saya tau apa jenis probiotik yang sis pakai? klu baby 11 bulan boleh bg tak?

    Reply
    • Ibu Zarith says

      September 23, 2019 at 23:10

      Wsalam wbt sis,
      Lacto 5 atau Lacto GG

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design