Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

April 17, 2015 by Ibu Zarith

Anak Mula Menyembur Tanda Ibu Mula Gugur Rambut?

Assalamualaikum

Perasan tak semasa kita hamil, rambut akan menjadi lebat dan kurang gugur. Kalau gugur pon boleh dikira dengan jari. Ini kerana semasa kita hamil, hormon estrogen adalah tinggi dan ini akan meng”awet” rambut daripada membesar. Maksudnya tiada sebarang proses tumbesaran berlaku kepada rambut. Ia kekal seperti mana keadaannya ketika itu. Jadi rambut tidak menua dan tidak gugur.

Tapi sebaik sahaja selepas kita melahirkan anak, paras estrogen dalam badan kita akan mula menurun. Jadi semua rambut yang tadi dalam fasa “berehat” kini mula berguguran satu persatu. Ini selalunya berlaku menjelang 3-4 bulan selepas kelahiran baby kita. Keadaan ini selalunya akan berkurangan apabila anak berusia 6-12 bulan.

Akibatnya, ibu-ibu ramai yang berasa khuatir bila anak-anak mula menyembur, kerana kebiasaannya apabila anak kita mula pandai menyembur pada usia 3-4 bulan, kita akan rasa kepala hampir botak. “Habis la, Zayra dah mula menyembur ni Zarith. Botak la lepas ni” Biasa kan kita dengar ayat penyata seperti ini. Namun kini anda tak perlu risau lagi, kerana anda boleh cuba pelbagai tips di bawah ini.

Tips rambut kekal sihat dan cantik selepas kelahiran anak:

  1. Semasa proses menguruskan rambut seperti syampu dan sikat rambut, lakukan dengan penuh lemah gemalai. Syampu apabila perlu dan gunakan sikat rambut yang bergigi jarang. Elakkan mengikat rambut terlalu ketat dan jangan menggunakan gelang getah yang orang buat pakai bungkus tempeh tu. Pakai getah rambut yang khusus untuk rambut.
  2. Elakkan dari menggunakan pengering rambut serta melakukan proses yang melibatkan bahan kimia seperti mewarna atau apa-apa yang menggunakan haba seperti proses rebonding dan mengerintingkan rambut.
  3. Kekalkan pemakanan sihat dan amalkan pengambilan supplement selepas melahirkan anak. Vitalea, B-Complex, Vitamin C, Zinc Complex dan ESP dapat membantu mengekalkan kecantikan rambut
  4. Sekiranya terlalu teruk dan disertai dengan beberapa simptom penyakit lain, boleh berjumpa dengan pakar. Mungkin ia petanda penyakit lain.

Jadi jelas disini orang dahulukala yang mengatakan bila anak menyembur air liur tu rambut dah mula gugur tidak benar sama sekali. Cuma waktu pembesaran anak dengan kadar hormon estrogen kita yang berkurang itu waktunya hampir sama, jadi ia berlaku secara kebetulan. Apa pun, ibu-ibu jangan stress sangat. Itu adalah perkara normal yang boleh diatasi dengan pengambilan nutrisi yang seimbang =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. keciksangat says

    April 17, 2015 at 10:30

    hehhehehe…. makin banyak air liur makin botak laa kan..? kebetulan shaja… hormon berubah…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 17, 2015 at 12:29

      Tuhla..kebetulan aje =)

      Reply
  2. Dr Fattah says

    April 18, 2015 at 14:23

    anak menyemburkan air liur untuk dapatkan perhatian ibu dan ayah 🙂

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 19, 2015 at 07:42

      Untuk membasahkan muka ibu ayah atuk uwan la semua hehe

      Reply
  3. titan says

    April 19, 2015 at 07:15

    itu sebabnya ye.

    baru la tahu hari ini. noob betul saya bab budak-budak ni.

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 19, 2015 at 07:43

      hehehe..kita sama-sama masih belajar =)

      Reply
  4. Cik Yaya says

    April 20, 2015 at 16:00

    ank sembur,ibu gugur rmbut ke?huhu
    ade ke?xpernh tau pon ^,^

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 21, 2015 at 05:07

      nanti bila yaya dah jadi ibu, banyak lagi mitos yang akan yaya dengar hehe

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design