Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

April 3, 2015 by Ibu Zarith

Anak Tidur Tertonggeng Tanda Kecacingan? 8 Rawatan Semulajadi Ini Membantu

Assalamualaikum

Sejak dua menjak ni Zuyyin suka tidur tertonggeng. Jadi Zarith dan Mr. Hubby dok fikir, kenapa pula Zuyyin suka tidur tertonggeng ni. Sakit perut ke? Ada cacing ke? Tabiat baru ke? Tapi sebagai langkah berjaga-jaga Zarith lakukan juga beberapa rawatan semulajadi untuk merawat masalah kecacingan. 

Sejak semalam, Zarith ada beri Zuyyin makan 7 biji Habbatussauda. Pada mulanya Zuyyin taknak, tapi ibu dengan muka selamber, terus ambil dan kunyah macam sungguh sedap biji-biji itu. Zuyyin minta dari ibu. Yes! Zuyyin dah terpengaruh. Bila dia masukkan dalam mulut, “yek, tak sedap la bu”. Tapi Zarith teruskan mengunyah dengan penuh berselera. Akibatnya? Zuyyin jadi suka dan siap mintak lagi masa malam. Pagi ni celik mata je mintak “nak habbatussauda bu, Zuyyin nak keluarkan worm dalam perut”

Sebelum tu jom tengok perkongsian yang bermanfaat ini. Rugi kalau tak tengok tau! Lepas tu amalkanlah, pasti berlaku perubahan dalam hidup anda:

8 Rawatan Semulajadi Untuk Anak Kecacingan:

Rawatan semulajadi cacing

  1. Makan buah tomato mentah.
  2. Habbatussauda samada makan dengan cara kunyahan mentah 7-10 biji atau minyak habbatussauda 1 sudu (anak bawah 3 tahun) / 2 sudu (atas 3 tahun) , dewasa 3 sudu beri 2 kali sehari.
  3. Makan atau minum bawang putih samada makan mentah, atau bakar dan dicampur dalam minyak kelapa dara atau minyak zaitun.
  4. Minum air kelapa.
  5. Makan lobak merah mentah atau jus carrot setiap pagi.
  6. Nenas muda diparut, diperah. Tambah madu atau sirup gula batu. Bagi pada anak yang ada cacing (pastikan pesakit tiada sebarang masalah dgn nenas muda)
  7. Buah delima
  8. Biji labu (keringkan samada jemur atau bakar, kemudian makan sprt kuaci) atau boleh didapati di kedai organik yang sudah siap sedia untuk dimakan.

Simptom Jangkitan Cacing

  1. Kurang selera makan dan anak lesu tidak bermaya
  2. Tumbesaran terganggu
  3. Kerap muntah
  4. Sakit perut
  5. Kerap cirit-birit
  6. Pucat
  7. Gatal pada dubur serta ada cacing pada najisnya

Komplikasi Jangkitan Cacing

  1. Cacing gelang
    1. Usus tersumbat menyebabkan muntah-muntah, perut kembung dan tidak buang air besar. Keadaan ini kadangkala menyebabkan kanak-kanak itu muntah cacing dengan banyak. Komplikasi ini perlu dirawat dengan pembedahan untuk mengeluarkan cacing yang terlampau banyak yang menyekat perjalanan usus. Cacing gelang juga menyebabkan kekurangan vitamin A kerana gangguan penyerapan zat makanan di dalam usus kecil.
    2. Larva cacing boleh pergi ke paru-paru dan menyebabkan simptom batuk serta lelah. Cacing yang berhijrah ke saluran hempedu dan pankreas boleh menyebabkan demam, jaundis (sakit kuning) dan sakit perut. Simptomnya boleh menyerupai gejala batu di dalam hempedu. Cacing boleh dikeluarkan dengan menggunakan kaedah endoskopi atau pembedahan.
  2. Cacing cemeti
    • Masalah usus tersumbat menyebabkan muntah berwarna kuning, perut kembung dan berak berdarah dengan banyak. Cacing yang sangat banyak pada usus besar dan rektum (pangkal usus) boleh menyebabkan ‘prolaps rectum‘ atau usus terkeluar dan cacing dapat dilihat pada permukaan usus itu.
  3. Cacing kerawit
    • Cacing kerawit paling kerap menyebabkan kekurangan darah atau anemia kerana cacing ini boleh menghisap darah di dalam usus. Anemia boleh menjadi teruk dan mengganggu tumbesaran, pembelajaran seseorang kanak-kanak dan pada tahap lebih serius boleh menyebabkan kegagalan jantung.

Masalah cacing berlaku pada semua peringkat usia tidak kira muda atau tua. Bagaimanapun, usia yang paling kerap dijangkiti cacing adalah antara 6 hingga 7 tahun dan usia yang paling kurang dijangkiti adalah di bawah setahun.

Jika ada tanda jangkitan, ubat cacing boleh diberi kepada semua peringkat usia. Namun, pemberian ubat untuk pencegahan seperti yang disarankan WHO pada 2006 ialah selepas usia setahun kerana kanak-kanak pada usia ini lebih kerap dijangkiti.

Ubat cacing boleh diberi setiap enam bulan untuk pencegahan, tetapi dalam kes lebih serius, ia perlu diberi setiap tiga bulan. Bagaimanapun, pemberian ubat cacing kepada kanak-kanak di bawah usia dua tahun perlu dirujuk kepada doktor terlebih dulu.

Cacing dan Jangkitan

Cacing adalah sejenis jangkitan yang berlaku daripada pencemaran tanah. Tanah yang tercemar dengan telur cacing akan mencemarkan tanaman dan tangan manusia. Tangan dan makanan yang tidak dibersihkan dengan baik juga akan menyebabkan telur cacing dimakan dan larva akan menetas di dalam usus.

Larva yang sudah menetas akan berhijrah ke paru-paru sehingga matang sebelum berhijrah semula ke dalam usus manusia. Cacing yang matang akan bertelur, membiak dan telur cacing juga boleh menjangkiti orang lain jika tangan tidak dibersihkan dengan baik sebelum penyediaan makanan.

Larva cacing kerawit juga boleh menembusi kulit dan masuk ke dalam saluran darah dan seterusnya masuk ke dalam usus dan meneruskan kitar hidup yang sama.

Mungkin ada ibu bapa yang beranggapan cacing adalah masalah kecil tetapi tanpa pencegahan dan amalan kebersihan, cacing boleh membawa maut jika terjadinya masalah usus tersumbat dan tidak dirawat dengan segera.

Selain itu, masalah cacing boleh menyebabkan anemia yang serius dan kegagalan jantung yang teruk jika tidak dirawat.

Berbanding cacing yang dipindahkan melalui tanah seperti ascariasis dan trichuriasis, yang selalu terjadi pada kanak-kanak sekolah, jangkitan cacing kerawit juga kerap terjadi pada orang dewasa.

Kredit: GNRAM

Namun yang sebenarnya, sekiranya anak tidur tertonggeng tu bukanlah petanda ada cacing. Sekiranya ada cacing, anak kita akan menggaru je punggung mereka. Jadi perhatikanlah perilaku anak kita =)

Semoga bermanfaat!

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Cik Yaya says

    April 3, 2015 at 15:07

    as’salam…
    ohh kalau tido tertongegg u mkne ade cacing ea..huuu
    trgt dulu selalu cenggitu.tu la suke men dgn tnah dedulu… =p
    thanks share sis zarith =D

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 4, 2015 at 07:04

      Hehe tak semestinya..sebenarnya kalau ade cacing budak2 akn garu je terus punggung, bukan tertonggeng hehe

      Reply
  2. Scdha Sein (SS) says

    April 3, 2015 at 20:40

    Macam tu ropernyaaa… Good info…

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 4, 2015 at 07:06

      Macam tu la dik non =p

      Reply
  3. Fuzy says

    April 3, 2015 at 23:27

    Boleh cuba tips ni..tq zarith

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 4, 2015 at 07:02

      Welcome Fuzy 😉

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Cara Kecutkan Cyst & Fibroid. Elak kena bedah & tak berulang

https://youtu.be/r_F_6no3uIE

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Archives

  • November 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design

imunify-bot-check