Assalamualaikum
Pernah tak ibu-ibu alami situasi yang pada mulanya baby boleh dan mahu minum susu ibu secara terus, tetapi selepas beberapa ketika, tidak mahu menyusu lagi. Dah cuba pelbagai cara tapi baby masih meronta-ronta tidak mahu menyusu dari ibu. Menangis-nangis macam kena dera. Perkara sebegini dipanggil sebagai Nursing Strikes.
Sebelum tu jom tengok video Zarith, apakah yang membantu Zarith dalam menjayakan penyusuan susu ibu kepada keempat-empat anak Zarith:
Sebab utama nursing strikes berlaku tidak dapat dikenal pasti. Namun ada beberapa faktor yang memungkinkan perkara ini terjadi.
Faktor berlakunya nursing strikes:
- Mastitis
- Ini biasanya berlaku akibat bengkak susu yang teruk dan menyebabkan jangkitan pada salur susu. Selepas sembuh dari jangkitan pada payudara, kandungan Sodium pada susu akan meningkat, dan ini menjadikan susu berasa sedikit masin. Jadi baby mungkin tidak suka rasa susu yang agak masin ni
- Nak tumbuh gigi
- Gusi baby yang tidak selesa menyebabkan sesetengah baby nak menyusu lebih kerap tapi ada baby yang langsung tidak mahu menyusu.
- Tidak sihat
- Baby yang selesema menyebabkan mereka sukar untuk bernafas semasa menyusu, sakit tekak, jangkitan pada telinga atau mulutnya (trush) boleh juga menyebabkan baby tidak mahu menyusu. Sekiranya telinga baby terkena jangkitan, menyusu dengan posisi tertindih pada bahagian yang sakit boleh menyebabkan baby tidak mahu menyusu.
- Reaksi kepada persekitaran yang stress
- Baby boleh tahu sekiranya ibunya dalam keadaan stress, atau dalam persekitaran yang stress contohnya si kakak yang inginkan perhatian ibu semasa si adik sedang menyusu.
- Berpisah lama dari ibunya
- Selalunya baby akan susah nak menyusu balik setelah berpisah selama seminggu atau lebih dengan ibu.
- Susu ibu yang merudum atau LDR (Let-Down-Reflex) yang lambat
- Ini boleh disebabkan oleh jarak yang terlalu lama antara setiap sesi penyusuan, baby yang terlalu bergantung kepada botol serta puting atau ibu yang baru sembuh dari sakit. Bila susu ibu merudum, baby akan rasa penat untuk minum susu yang hasilnya hanya sedikit setelah penat baby berusaha untuk minum.
- Terkejut
- Ini berlaku apabila baby pernah tergigit ibu semasa menyusu dan ibu terkejut lantas menjerit. Ini boleh menyebabkan baby anda terkejut dan takut hendak menyusu lagi
- Perubahan rasa dan bau pada susu ibu
- Ini boleh terjadi sekiranya ibu makan makanan yang lain dari kebiasaan dan menyebabkan susu berasa lain contohnya ubat-ubatan
- Perubahan bau badan ibu
- Sekiranya ibu baru mula menggunakan syampu, deodarant ataupun sabun mandi yang baru, yang lain dari sebelum ini, boleh juga menyebabkan baby tidak mahu menyusu lagi.
Namun perkara ini boleh diatasi dengan sabar dan usaha yang jitu. Ibu jangan cepat mengalah, namun jangan pula terlalu memaksa baby. Di khuatiri mereka menjadi lagi takut untuk menyusu.
Berikut merupakan antara langkah penyelesaiannnya:
- Berikan baby anda perhatian yang lebih dan buat skin-to-skin contact
- Selalunya ibu yang menghadapi masalah ini akan digalakkan untuk mengambil cuti yang agak panjang dan meluangkan lebih banyak masa dengan baby. Minta tolong suami atau sesiapa sahaja untuk membantu menguruskan perihal rumahtangga. Ibu hanya fokus pada anak. Cuba susukan baby menggunakan teknik kulit ke kulit. Teknik ini boleh dilakukan dengan ibu tanpa t-shirt dan baby pula tidak memakai sebarang baju kecuali diapers. Ini untuk memastikan ibu dan baby berada serapat mungkin. Proses menyusu ini juga boleh dilakukan dalam bilik mandi sambil berendam dalam kolam air suam. Boleh juga menggunakan sling atau baby carrier semasa menyusukan
- Cuba susukan apabila baby sangat mengantuk
- Kebanyakan baby yang tak mahu menyusu bila mereka berjaga, selalunya akan menyusu apabila mereka sangat mengantuk sebelum waktu tidur tu atau pada awal pagi sewaktu mereka sedang mamai selepas bangun dari tidur
- Berjumpa doctor sekiranya anak anda sakit
- Sekiranya baby anda sakit seperti yang telah Zarith sebutkan di atas, bolehlah bawa baby pergi berjumpa dengan doctor untuk membuat rawatan susulan.
- Ubah posisi menyusu
- Sekiranya sebelum ini anda menyusu secara duduk, cuba dalam keadaan baring pula, atau football position. Ikut yang mana sesuai dengan anak anda.
- Cuba lakukan pergerakan
- Sesetengah baby suka menyusu apabila dienjut atau dibuaikan sedikit berbanding ibu yang hanya duduk dan berdiri diam-diam je. Jadi apa kata ibu-ibu cuba gerakkan sedikit badan apabila menyusukan baby.
- Susukan di kawasan yang jauh dari sebarang gangguan
- Kebanyakan baby yang dah berusia 6-9 bulan mudah terganggu dengan sebarang bunyian yang ada disekitar mereka. Jadi, kalau boleh cari tempat yang jauh dari orang serta sebarang bunyi dari televisyen atau radio. Macam Zayra sekarang ni memang mudah terganggu dengan perkara-perkara yang berbunyi ni terutama sekali kalau Zuyyin datang, memang asyik nak bermain je dan taknak menyusu.
- Jangan tunggu sehingga baby lapar
- Kebanyakan ibu suka tunggu baby menangis kelaparan, baru beri minum susu. Ini akan menyebabkan baby marah semasa minum susu kerana perlu tunggu waktu untuk LDR dan susu keluar. Susu yang merudum boleh diatasi dengan Milkbooster terbaik. Jadi cuba susukan baby sekerap yang mungkin dan jangan tunggu sehingga mereka lapar. Sekiranya baby dah menangis kelaparan dan meronta tidak mahu menyusu secara lansung, cuba titiskan sedikit susu dalam mulut mereka. Kalau boleh elakkan pemberian botol susu. Gunakan syringe dan titiskan susu ke dalam mulut baby semasa baby berada berhampiran dengan payudara, dan cuba susukan sekali lagi secara terus.
Menyusukan baby adalah satu tempoh perjalanan yang paling indah, namun inilah antara cabaran yang terpaksa dihadapi oleh ibu. Ibu perlu bersedia dengan ilmu yang cukup, kesabaran dan semangat yang tinggi untuk melengkapkan misi penyusuan selama 2 tahun ini. Ini adalah sangat penting untuk memastikan yang ibu tidak kecewa ditengah jalan sekiranya ada cabaran seperti ini yang melanda.
Ayah pula perlu memberikan sokongan yang padu, supaya permata hati kesayangan dapat menerima khasiat dan kebaikan susu ibu sehingga 2 tahun. Yang penting, banyakkan berdoa supaya Allah permudahkan perjalanan penyusuan kita.
🍃Your Shaklee Health Consultant &
Business Leader🍃
Zarith Sofia
914562
013-7510028
Zarith.. mcm mana pulak kalau bayi taknak botol? Nak direct je.
Ha, itu kita cerita entry lain =)
Info baru bagi saya, selama nie tak tau pulak ada baby yang akan refuse untuk menyusu badan. Sangat menarik lah!
Memang ada Yatie, sesetengah baby tidak mahu menyusu secara langsung dari ibu sejak dari pantang lagi
Anak saya sedng refuse breast belah kanan.. Sejak 2hari..susu banyak.. Sedih sgt rasa
cuba pam bagi kosong belah kanan tu puan liza dan try bagi lagi =)
hie… anak saya exactly apa yang pn zarith cakap. Terus macam teraddict kat susu botol.
Huhu…tuhla, bila dah cuba botol, risau juga kalau baby terus suka dan taknak direct feed..
Salam. Anak saya nak masuk 1 tahun bulan nie. Die cuma menyusu masa die tidur jer. Tapi alhamdulillah masih lagi susu badan.
Wsalam puan Salwa..Alhamdulillah, syukur atas rezeki-Nya =)
Semasa berpantang anak sy full bf. Tetapi bila sy dah mula bekerja,atas sbb kekangan masa, sy mula beri pada anak sy fm. Kini sy rasa nak memulakan balik bf pada anak sy cuma sy x pasti mcm mana cara nak mulakan balik. Susu akan keluar balik ke?
Puan, boleh whatsapp Zarith tak ye? Zarith akan guide setakat yang termampu, inshaa Allah
Nak tanye,kalau baby dh xnak direct feed..susu badan masih boleh berhasil ke?
Boleh dayah, asalkan teruskan pam kedua2 breast dalam sela masa sama seperti baby menyusu. contohnya setiap 2-3 jam sekali. Ramai ibu yang anaknya tidak mahu menyusu secara direct tapi berjaya menjadi exclusive pumping Mother (EP Mom) selama 2 tahun. Dayah juga mesti boleh lakukannya!
Salam kak. Sy baru lahirkan anak sulung 6 Feb 2016 lepas secara vakum. Sedihnya hati sy bila anak sy taknak direct feeding ngan sy start dari mula lagi. Bonding sy ngan baby pun lambat after sy deliver die. Doc x letak pon baby atas dada sy n stelah beberapa jam baru nurse letak anak sy kt sy utk di beri susu. First tu baby hisap tp jap je sbb doc nak ambik cepat. bila kat wad baby sy asik refuse je bila sy nk bg susu. Sy jd blur time tu samada sy yg x pandai bg die susu or die mmg xnak. Sampai nurse dtg ajar ank sy still refuse and finally hisap tp sekejap je n baby mengamuk. Sampai sekarang dah hari yg ke 41 ank sy mmg xnk menyusu bdn. Hari2 sy xkering air mata sbb sedih ank xnk menyusu ngn sy. Family pulak xbg sokongan. Asik marah sy n suruh bg susu formula sbb xtahan denga anak nangis. Sy stress sgt kak. Mulut org sekeliling pon asik bg sy down. Pegi chekup baby kat klinik pon nurse mrh sbb ckp sy xusaha bg baby direct feeding n rugi sbb sy suri rumah. Tuhan je yg tau mcm mana sy usaha utk pujuk ank tp x berjaya. Dlm pntang ni sy mmg asik nangis je kak.Sedih sgt
Wsalam adik,
Pertama sekali tahniah ye sebab dah selamat melahirkan baby =)
First hour bonding tu memang sangat penting, namun sekiranya tidak berpeluang, ia bukanlah satu isu besar. Zuyyin dulu selepas kak zarith lahirkan dia, nurse terus bawak pergi NICU, tak jumpa sampai 6 jam. Hati risau, Allah yang tau. Memang pada mulanya Zuyyin mengamuk bila lambat berikan susu, kerana pada waktu itu susu agak lambat keluar. Tapi setelah beberapa hari, Zuyyin pandai menyusu =)
Ada juga yang tidak bernasib baik, memang baby langsung taknak menyusu badan. Kak Zarith kenal beberapa orang sahabat yang macam ni, tapi apa yang mereka lakukan adalah, menjadi EP Mom (Exclusive Pumping Mother) Mereka tetap berikan susu ibu, tapi melalui botol, sehingga anak berusia 2 tahun.
Adik jangan sedih, tak perlu menangis kerana ia akan membuatkan adik lebih stress, bila stress nanti susu merajuk nak keluar. Adik berdoa pada Allah agar diberi kekuatan untuk adik susukan baby selama 2 tahun. Pujuk baby, cakap padanya semasa dia tidur. Berdoa banyak-banyak ye dik, sesungguhnya Allah Maha Mendengar doa hambaNya. Tak perlu dengar pendapat orang lain, minta sokongan dari suami, berterus terang yang adik ingin susukan baby dan mintak dia sokong adik. Itu dah memadai =)
sama mcm keadaan sy skrg ni…sedih sgt baby xnk direct feeding..skrg bru dlm pntang 13 hri..hri2 pjuk bby n ajar dye mnyusu direct tp bby mngamuk ngis2..sedih lg bby siap tolak kalau bg dye hisap breast..trpksa hri2 kne pam susu then bg dye hisap guna botol susu..sedih sgt sbb x dpt nk merasa bby direct feeding..akak ad cara tak mcm mne nk pjuk balik baby hisap breast..
Mungkin baby tak selesa ada ibu yg susunya laju, adik boleh try pam dulu susu, lepas tu baru bagi baby minum, banyakkan berdoa juga. Tapi jika baby masih tak mahu menyusu direct, takpe dik, boleh pam dan beri melalui botol. Ramai ibu-ibu yang menjadi exclusive pumping mom selama 2 tahun =)
Assalamualaikum kak Zarith.. Thanks sbb sharing info psl ni.. Sbb saya tgh mengalami nye skrg.. Sblom ni anak saya xde masalah nk direct feeding dgn sy.. Since saya start keje n hantar anak ke nursery.. Baby da start mengamuk tak nak menyusu dgn saya.. Kadang2 je baby ok.. Adakah sebab baby lagi banyak minum guna botol semasa di nursery berbanding dgn saya pada waktu malam selepas balik kerja? Sometimes saya rase stress & down sngt bila bany refuse nak menyusu dgn saya.. Tp sy kuatkan juga semangat utk menyusukam bayi smpai dia boleh menyusu balik dgn sy mcm biasa..
Wsalam Azza.
Ada beberapa sebab baby mengamuk taknak menyusu. Sama ada baby spurt/ baby merajuk/ baby lebih gemar hisap botol. Tapi Azza jangan stress ye, sebab kalau kita stress, baby boleh rasakannya dan dia pun taknak menyusu nanti. Cuba Azza bercakap-cakap dengan baby semasa dia tidur-tidur ayam, pujuk dia supaya nak menyusu direct dengan tenang dan gembira. Dan kalau boleh jangan bagi susu bila baby dah lapar sangat, nanti lagi baby mengamuk =)
Ibu zarith, anak saya pon bru mggu lepas tiba2 xnak lgsg direct feed.. Umur bru 3 bulan.. Bila nk bf, baby meronta2 xmo sambil nangis.. Nk dekatkan ke ptg breast pon x nak lgsg.. Bila bg botol susu or puting kosong laju je hisap.. huhu.. Sedih 🙁
Semoga tabah ye, jangan sedih-sedih ye rai. Boleh pam dan bagi baby menyusu melalui botol =) masih susu ibu kan =)
salam…anak saya berusia 5 bulan…sebelum ni mmg die fully bf ngan saya…tp, bulan puasa ni tiba anak saya asik menangis je xnak susu..nak kate xsihat…sihat alhamdulillah….malam td pun die nangis2…rupenye bile saya bagi susu badan dalam botol die menangkap2 botol macam org kelaparan…sedihnya sbb die da xnak menyusu direct kat saya…:(
Wsalam puan,
Puan jangan terlalu sedih memikirkannya ye, takut susu drop pula. Kalau baby taknak direct, puan boleh pam dan menjadi exclusive pumping mother. Dah ramai yang berjaya menyusukan anak sehingga 2 tahun, walaupun Zarith akui ianya tidak mudah.
Walaubagaimanapun, puan boleh cuba beberapa cara agar anak hendak kembali menyusu direct. Semasa baby tenagh tidur-tidur ayam tu puan boleh susukan dia, dan pujuk sambil bercakap-cakap dengannya kerana pada fasa ini anak kita akan mudah dengar cakap kita, insha ALlah.
Puan juga perlu banyakkan berdoa, sesungguhnya Allah Maha Mendengar rintihan hambaNya. Bulan Ramadhan ni, mari kita berdoa banyak-banyak agar dimudahkan semua urusan =) Amin
Salam..anak saya 1thn 5bulan..mngalami dmm dn selesema..baru 2hari..dlm tempoh tu die langsng xnak bf laa..tindakan die mnta2 tu mcm nak..tp bila dh bagi xnak pulak..lg pulak slalu meragam waktu malam..sebb kebiasaanye mmg bf mse nk tdo..blh bg advice skit x..
Wsalam wbt aca,
mungkin hidung tersumbat, puan boleh menyusukan sambil duduk =)
Bby saya da 3 bulan.bulan ni tolak terus susu bdn nak susu dr botol je…sy da cuba skin to skin still bby menangis n marah bile sy try direct feed die..sdeyh cz sblm ni okay susu bdn…sy nk cuba bg susu guna sudu lepas ni sbb pkai syringe bby xnk 😭😭😭
Takpe fatin, jangan sedih sangat ye, at least fatin dah cuba yang terbaik. fatin boleh cuba pam dan bagi melalui botol. takpe juga, asalkan susu ibu =)
hye nak tanyaa. saya xda pgalaman lg ni. ank 1st. sejak mula keja 22/08 susu saya makin bkurang. dari 11oz trus 3oz kdg tu 2oz tuk skli pam. n bila baby kena injek 3bulan. baby tolak nak direct bf dgn saya. sllu ny balik keja baby direct bf. skg da xnak. mgkin sbb kan guna botol. nak trus kan guna botol jugak tp msalah nya skg bla da pam akan dpt 2 oz or 3oz pling byk. da try byk milkbooster. xda kesan tuk saya. ada x cara lain ?
Puan Nazriah boleh cuba buat Power Pumping dan jaga pemakanan juga ya =)
Salam..sekadar perkongsian..bayi saya tidak mahu menyusu mula hari kelima dia lahir sbb dah sedap minum melalui botol..bila saya beri susu melalui badan dia akn menangis menggelupor mcm sakit..jadi saya pump susu dan beri menggunakan botol.sya sgt stress memikirkannnya..time bawa baby ke klinik saya jmpa beberapa ibu dan mereka memberi nasihat dan tnjuk ajar saya supaya terus menyusu..pada hari ke 41 saya paksa ank saya menyusu terus melalui badan dan kuatkan semangat tnpa memberi botol..baby menangis seharian..tp alhamdullillah dia minum jgk akhirnya melalui badan..hari ke 42 ank saya menyusu mcm baby lain..betul kta ibu2 di klinik hnya mkn masa sehari untuk ubah..jd kesimpulannya ibu ibu yg bermasalah seperti saya kuatkan semangat..semoga bejaya..
Terima kasih sudi berkongsi puan. Alhamdulillah Allah mudahkan segalanya =)
Salam bby saya baru 3 hari dan bby sy lansung tidak mahu menyusu badan.. mungkin kerana susu sy lmbt keluar dan menyebabkan bby sy meronta2.. alternative yang sy buat saya mengepam susu sy… bolehkah susu diransang dengan hanya mengepam… sy mmg berusaha untuk menyusukan anak sy… tpi ramai yg ckp kalo bby xhisap susu xkan terhasil…. nie merisaukan sy…
Wsalam wbt puan hanie,
puan jangan risau ye, sebab jika kita risau nanti susu merudum pula. Sebenarnya dah ramai yang jadi EP (exclusive pumping) Mom selama 6bulan sekurang-kurangnya atau 2 tahun penuh. Yang penting puan kena banyak bersabar dan berdoa serta tidak mudah putus asa ya =)
salam.. baby saya hari ni baru masuk 6hari sy lahirkan anak melalui czer.. hari pertama memang dia keluar nurse bagi susu botol, pada hari kedua sy cakap kat nurse sy nk susu kan anak sy tp susu x keluar sy kesian tengok ank sy menagis sy suruh nurse bgi susu formula pada hari ketiga sy cuba pump susu keluar tp bila sy bagi kat anak saya dia tak nak isap, dia meronta macam sy dera dia.. sepanjang 6hari ni hanya 2 kali bru sy bgi susu direct .. selainnya sy pump letak dlm botol ataupun bgi susu formula.. boleh sis bagi tips macam mana untuk sy bagi direct susu kat anak saya? sy dah tak tahu nak buat cam mana sampai menagis2 sebab tengok ank tak boleh susu direct.
Banyakkan berdoa ye puan amira, yang penting jangan berputus asa, insha Allah lama kelamaan dia nak juga. Tapi jika tak nak, puan boleh jadi exclusive pumping mother, takde salahnya =)
Tq puan atas perkongsian . Anak saya berumur 3bulan. Dari lahir ok dia Direct Feed. Tapi ada hari tu dia reject susu badan sbb confius puting (sbb penah bg EBM melalui botol or bila tido bg puting tiruan) tp hal tu jd xlama dlm 5hari baby ok semula direct feed. Saya dah xbg botol or puting tiruan lagi dari hari tu.
Tapi hari ni dh 3hari anak xmau menyusu badan dan botol xhisap langsung Cuma saya bg 1-2 kali je dia nak masa nenyak tido. Saya rasa sebab ruam di muka anak penuh dan dia asyk garu2 ja. Adakan mungkin sebab ruam tu? atau masa menyusu aliran susu terlalu lajundan dia penah tersedak beberapa kali juga. Sedih saya . Macam mana nak buat dia nak balik DF dgn sy
kalau aliran susu puan laju sangat, puan boleh pam dulu susu sebelum directfeed baby. Banyakkan berdoa agar anak nak direct feed kembali dan puan boleh buat skin to skin contact juga
assalam, sy mengalami masalh penyusuan..start pada lahir sy mmg ade mslh puting yg agk pendek mgkin penyebab pada ank xnk direct dgn sy..skrg dh hampir sebulan,paksa ank untuk nyusu badan tp mmg xnk..cmana sy nk mengatasi masalh ni.. rasa sedih sgt2..
skrg ni ank lebih suka botol dari direct nyusu..
Wsalam wbt puan ain,
puan boleh dapatkan nasihat dari pakar laktasi, boleh call dan buat temujanji dengan mereka, mereka akan ajar cara yang sesuai bagi yang mengalami masalah seperti puan. Insha Allah anak puan akan suka menyusu direct lepas ni =)
Assalam kak . Ank saya baru nak masuk setahun . Dia tetibe demam lepas tu bawak jumpa doktor tengok kat tekak dia banyak ulser . Dia taknak menyusu tapi bile pump dia minum . Saya bagi direct dia taknak tengokk pon taknak kenape ehh . Dia dah nak pisah susu ke cemane . Asyik meragam je . Serba tak kena peningg dahh . Lgii sedih dia taknak menyusu dah . Hm
wsalam wbt mira.
Banyakkan bercakap dengan baby masa baby baru nak mula terlelap tu, dalam fasa tidur-tidur ayam, pujuk dia menyusu direct. selain dari tu, banyak-banyakkan berdoa ye mira
sy rasa down sgt sbb tiba2 anak xnk direct.. dia bru je genap 1tahun.. dia terkena jgkitam hmfd.. tpi mulut dia ok je.. mkn minum semua boley tpi direct feedi g dia xnk.. sy boley je pump.. tpi rasa mcm xde function sgt ibu ni bila dia xnk myusu direct 😥😥 dia mcm merajuk.. mcm2 cara dah sy try pujuk dia.. harap sgt die nk myusu blik 😭
Allahu, semoga segala urusan puan dipermudahkan olehNya
Assalamualaikum, saya sedang melalui pengalaman di atas. Baby saya berumur 5 bulan. Dia ada masalah keliru punting. Bila bagi bf terus meronta macam saya dera dia. Menangis sampai takda suara. Bila tengok baby macam tu saya rasa tress dan sedih saangat. Saya dah cuba pujuk dia untuk kembali bf tapi dia taknak. Saya pon dah cuba pam tapi susu saya keluar setitik je. Breast saya pon dah membengkak 5 hari dah. Tapi kalau pam tetap sama. Macam mana ye puan untuk selesaikan masalah saya..?
Zetty, sebelum pam tu boleh tuam breast dengan air panas, dan masa pam tu urut-urut sekali breast.
Umur anak saya 5 bulan..macam simptom nak tumbuh gigi sbb air liur banyak,menggigit semua benda….masalah sekarang dia menolak susu botol (susu formula)….kalau menyusu sikit sangat mungkin 1oz dalam satu penyusuan..tapi bila breasfeeding dia nak menyusu…..apakah patut saya buat?? tukar puting susu??sbb banyak dah puting saya cuba dia xnak susu botol…saya seorg ibu berkerja jadi anak ditempat pengasuh……
Mungkin anak puan sakit tekak/ memang dalam fasa growth sprout. Jadi puan perlu banyak bersabar, teruskan melatih baby menyusu botol dan banyakkan berdoa
hi pn, anak saya dah 3 bulan tapi taknak menyusu bdn semenjak sy start bekerja, kalau pn dia nak bila menyusu dlm keadaan berbaring, risau saya sbb kdg dia nak kdg taknak even dlm keadaan berbaring kecuali tidur malam
Hi puan, selalunya bila ada perubahan keadaan pada ibu, baby juga akan terkesan emosinya. insha Allah hanya sementara. Teruskan ya puan. Semoga dimudahkan =)