Assalamualaikum
Ibu-ibu mesti pernah mempunyai pengalaman anak-anak sembelit kan? Terutamanya bila anak kita dah mula makan. Waktu itu kita perlu beri banyak air, tapi selalu anak tak nak, kan? Yela, mana taknya. Dulu siang malam minum susu ibu, tiba-tiba dapat air masak, tawar je rasa, mesti anak-anak tak suka.
Zarith masih ingat lagi sewaktu Zarith bercuti ke Langkawi pada bulan Januari 2014. Waktu tu musim panas, Zuyyin pula kurang minum air dan makan buah-buahan. Jadi sepanjang 3 hari 2 malam kami di sana, Zuyyin langsung tidak ke toilet. Hari terakhir kami nak balik ke Kuala Lumpur, masa di Airport Langkawi, kesian tengok Zuyyin duduk mencangkung sambil meneran. Merah padam muka, tapi yang keluar cuma seketul je. Jadi Zarith ambik keputusan untuk bantu Zuyyin dengan letakkan tangan dengan sedikit sabun/minyak supaya licin dan tak sakitkan punggung dia, Zarith cuba bantu dengan korek dan keluarkan najis. Ya, memang sesuatu yang menggelikan, tapi daripada tengok Zuyyin menderita begitu, dan kalau dibiarkan lagi teruk, Zarith cekalkan hati untuk buat semua tu. Itulah kasih seorang ibu =p
Dan tragedi yang sama berulang lagi setiap kali pulang ke kampung. Agaknya leka bermain dan di rumah orang lain, Zuyyin susah nak buang air besar. Bila dah 2 hari tak membuang, confirm sembelit pada hari ke 3. Aduhai lah anak.
Macam mana mommy ni tangani masalah anaknya yang sembelit hampir setiap hari, sedangkan dulu, selalu kena seluk tangan untuk korek dan keluarkan najis. Jom kita tengok perkongsian mommy ni yang mungkin boleh membantu ibu-ibu lain:
Bagaimana nak tahu anak kita sembelit?
- Selalunya kanak-kanak akan pergi ke tandas sekurang-kurangnya sehari sekali. Tapi waktu yang dia sembelit tu, takde satu kali pun anak kita ni buang air besar dalam masa 4 hari.
- Bila anak kita buang air besar pula, najisnya keras dan kering
Macam mana nak tangani anak sembelit:
- Elakkan memberi anak makan banyak sangat makanan yang mudah terikat dengan usus contohnya makanan yang kurang kandungan fibernya, pisang, carrot, terlalu banyak produk tenusu seperti susu, cheese, yogurt serta aiskrim. Dua cawan susu memadai bagi seorang kanak-kanak.
- Banyakkan pengambilan fiber. Beri banyak bijirin penuh, buah-buahan dan sayuran. Bagi mereka banyak apricot, plum, kacang peas, brokoli dan semestinya buah prunes. Kalau mereka tak suka makan buah prune tu, cuba masukkan sedikit jus prune ke dalam susu mereka.
- Untuk membantu najis anak kita menjadi lembut, tingkatkan amount air yang anak kita minum. Kalau boleh air masak la, tak perlu air manis sama sekali. Hadkan pengambilan jus kepada ½ ataupun ¾ cawan sehari untuk mengelakkan kerosakan gigi dan kekurangan selera makan.
- Galakkan anak-anak kita untuk banyak berjalan dan beraktiviti setiap hari agar darah mengalir kesemua organ dalam badannya.
- Urut perut anak kita. Gunakan 3 jari dan urut dibahagian kiri perutnya. Selalunya bila Zuyyin masuk tandas dan duduk di toilet bowl, Zarith akan letakkan genggaman tangan kita yang macam penumbuk ni di bahagian kiri perut Zuyyin dan urutkan perlahan-lahan ke bawah.
- Jangan paksa anak kita untuk potty train sekiranya dia belum bersedia. Ini akan menjadikan mereka tahan untuk buang air besar dan seterusnya menyebabkan sembelit.
Alhamdulillah sekarang takde lagi episod ngeri Zarith bersama Zuyyin akibat sembelit. Sehari pun hampir satu liter Zuyyin minum air masak. Sayur dan buah-buahan memang tak tinggal. Semoga bila Zayra mula makan solid food takde la sembelit.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Nice info…
Alhamdulillah stakat ni ank sy x penah sembelit.mmg pksa minum air masak byk²
Alhamdulillah..memang kena paksa anak minum air banyak kan, baru boleh =)
org dewasa mkan solid food sembelit juga..
huhu acane =p
Haha..ambil Herblax jela yaya =p