Assalamualaikum
Pernah dengar orang-orang tua cakap macam ni tak? “Ha tu anak awak hisap ibu jari kaki petanda nak adik lagi lah tu”. Kita yang dengar ni dok terfikir-fikir, eh baru 4 bulan, takkan dah nak ada adik? Macam mana pula dengan gambar scan 4D Zuyyin yang masih dalam perut tapi Zuyyin dah hisap jari kaki? Aneh kan?
Yang sebenarnya, baby adalah reflexologist pertama di dunia. Ha, tukang urut la senang katanya. Nak tahu kenapa? Sebenarnya, setiap kali baby menghisap ibu jari kakinya, baby sebenarnya sedang merangsang otaknya untuk berkembang. Setiap bahagian tapak kaki kita ada bahagian yang berfungsi terhadap organ tertentu. Jom kita tengok bahagian tapak kaki baby ni:
Dan sekiranya baby nak tumbuh gigi, cuba anda tengok bahagian mana yang sering menjadi perhatian baby kita. Ya, baby akan menarik-narik bahagian belakang telinga yang tidak gatal kerana di belakang cuping telinga mempunyai dental reflexes.
Subhanalllah. Hebat sungguh ciptaan Allah kan? Sebab itu kita perlu belajar sedikit sebanyak tentang urutan baby. Selain dapat memanjakan dan menenangkan baby kita, urutan juga dapat merangsang otak dan emosi mereka. Jom urut baby kita hari-hari. Mesti mereka gembira =)
Semoga bermanfaat =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Ooo.. macam Tu ke?
Igt Maryam nak adik dah..
hehe..awal sangat tu kak ros =p
itu kisahnya.. bolehlah mengurut ibunya lepas ni..dah natural gitu
Hahaha..boleh aje kan, tunggu baby besar sikit la kalau gitu. Zuyyin pun pandai urut ibu sekarang ni =)
Kena latih banyak2 ni..baru jadi tukang urut mak pak yang handal
prektis makes perfect =)
kita anggap aje sebagai benar.
hehe..
hahaha…boleh jugak la kalau gitu, zayra hari2 nak adik =p
Terima kasih atas info yang bermanfaat ni ZS! Baru tahu jgk rahsia di sebalik pe’el anak suka hisab jari kaki ni..
Sama-sama kasih najihah 😉
apepun xboleh bia bby isap jari..huhu nti ade bakteria…..heeeee
haha..comel..tapi kadangkala memang kena biarkan baby terdedah dengan bakteria untuk build imun sistem =)