Diari IbuZarith

Sharing Is Loving!

  • Kehamilan
    • Set Kehamilan
    • Tips Kehamilan
    • Penyakit Semasa Hamil
    • 1st Trimester
    • 2nd Trimester
    • 3rd Trimester
  • Berpantang
    • Set Berpantang
    • Masalah Semasa Berpantang
  • Penyusuan
    • Set Menyusu
    • Tips Penyusuan
    • Makanan Penggalak Susu Ibu
    • Masalah Penyusuan
  • Keibubapaan
    • Rawatan Semulajadi Anak Sakit
    • Melatih Anak Ke Tandas
    • Homeschooling
  • Kesihatan
    • Rawatan Semulajadi
  • Tips Berguna
    • Tips Untuk Ibu
    • Tips Untuk Bapa
  • Shaklee
    • Promosi Bulanan
    • Set Terbaik Shaklee
    • Produk
    • Testimoni
  • Resepi
    • Resepi Baby 6-12 Bulan
    • Resepi Anak-Anak
    • Resepi Berpantang
    • Resepi Berbuka
  • ADVERTORIAL

April 9, 2015 by Ibu Zarith

Benarkah Wanita Penghidap PCOS Sukar Hamil?

Assalamualaikum

Semua wanita yang telah berumahtangga mengimpikan rumah mereka dihiasi dengan riuh tawa anak-anak. Namun tidak semua bernasib baik. Ada pelbagai penyakit wanita yang menyukarkan keadaan ini. Fibroid, cyst dan PCOS diantaranya. Ada juga dikalangan mereka yang bernasib baik, dapat menimang cahayamata. Apapun semuanya bergantung kepada rezeki yang Allah bagi.

Kali ini Zarith nak ungkap sedikit rahsia tentang PCOS ni. Tak ramai yang tahu akan kewujudan penyakit wanita yang satu ini. Zarith pun tahu sejak setahun yang lalu apabila ada seorang customer menghidap PCOS dan meminta cadangan supplement apa yang perlu diamalkan.

Puan Ija ini mengalami masalah yang hampir sama dengan pesakit PCOS. Namun Alhamdulillah Puan Ija dapat atasinya. Jom tengok perkongsian dari puan Ija yang dapat memberi sinar baru kepada penghidap PCOS di luar sana:

PCOS (Polycystic Ovarian Disease) adalah satu keadaan penyakit system reproduksi dimana berlaku ketidakseimbangan homon dalam badan yang memberi kesan terhadap kitaran haid dan ovulasi wanita.

Kajian menunjukkan 90% wanita yang mengalami haid tidak teratur mengalami PCOS dan 30% yang tidak mengalami haid langsung didapati menghidap PCOS.

Kesan PCOS terhadap penghidapnya:

  • Hormon sex menjadi tidak stabil. Bagi wanita normal, ovari mengeluarkan sejumlah kecil hormon lelaki iaitu androgen. Tetapi penghidap PCOS ni akan mengalami kelebihan hormon lelaki (androgen dan testosteron) dan ini akan menyebabkan kitaran haid mereka terganggu, tumbuh jerawat dan bulu-bulu yang tidak diingini
  • Untuk kes yang lebih teruk, penghidap PCOS ini mudah terkena diabetes. Ini kerana badan mereka menghadapi masalah menggunakan insulin, maka gula dalam darah akan meningkat. Ia seterusnya akan meningkatkan peluang penghidap PCOS ini untuk menghidap diabetes.

Diagnosis PCOS boleh dibuat dengan:

  • Ujian darah LH/FSH pada hari kedua atau ketiga haid
  • Ujian tahap testosterone
  • Imbasan ultrasound

Untuk membuat diagnosis PCOS, wanita sekurang-kurangnya perlu mengalami sekurang-kurangnya 2 dari kriteria berikut:

  • Haid yang tidak teratur atau tiada ovulasi
  • Tahap hormone androgen yang tinggi atau
  • Polycystic Ovari

PCOS menjadikan wanita lebih berisiko untuk mendapat masalah:

  • Ketidaksuburan disebabkan tiada ovulasi,
  • Diabetes,
  • Tekanan darah dan kolesterol yang tinggi
  • Kegemukan
  • Masalah kanser Rahim

Simptom PCOS

  • Jerawat
  • Berat badan naik mendadak dan susah turun
  • Lebihan rambut dimuka dan dibadan
  • Rambut gugur
  • Period yang tidak teratur
  • Kesuburan terganggu dan ramai penghidap PCOS ni mengalami kesukaran untuk mendapatkan zuriat
  • Tekanan

Rawatan Semulajadi untuk PCOS

Setakat ini tiada ubat untuk merawat PCOS. PCOS ini adalah penyakit sepanjang hayat. Namun penghidap PCOS masih ada harapan untuk hamil. Penghidap PCOS yang ingin mengandung perlu mengambil:

  1. Avocado
    • Lemak yang terdapat dalam avocado ini adalah lemak yang mempunyai sifat anti-radang (anti-inflammation). Sifat anti radang ini adalah sangat penting kepada penghidap PCOS kerana penghidap PCOS cenderung kepada keradangan yang kronik.
    • Penghidap PCOS perlu mengambil makanan yang tinggi kandungan anti-radang kerana ada kajian menunjukkan keradangan akan merangsang polycystic ovary untuk menghasilkan androgen.
  2. Kekacang
    • Kajian terbaru yang melibatkan 31 wanita yang menghidap PCOS menunjukkan hasil yang positif terhadap kacang. Mereka dibahagikan kepada dua kumpulan. Iaitu yang makan walnut dan satu lagi kumpulan yang makan badam dalam masa 6 minggu
    • Keputusan kajian itu menunjukkan bahawa wanita dalam kumpulan walnut telah meningkat kandungan sex-hormone-binding globulin (SHBG). Ini adalah penting kerana SHBG ini mengikat testosterone dan merendahkan tahap testosterone yang bebas dalam darah Dengan ini dapat memperbaiki symptom PCOS ini secara keseluruhannya
    • Wanita yang makan badam pula didapati dapat menurunkan paras androgen dan testosteron. Ini menunjukkan kacang adalah salah satu diet yang sihat untuk penghidap PCOS namun harus bersederhana kerana kacang mempunyai kalori yang agak tinggi iaitu 160 calories untuk 22 biji badam.
  3. Kayu Manis
    • Kajian menunjukkan kayu manis ini boleh merendahkan kandungan glucose dalam darah bagi penghidap diabetes type 2. Hasil kajian ini sangat penting kerana penghidap PCOS adalah insulin resistant dan mempunyai risiko menjadi penghidap diabetes.
    • Kajian juga menunjukkan kayu manis merendahkan keperluan terhadap insulin (insulin bertindak ke atas ovari untuk menghasilkan testosterone), jadi sekiranya anda berupaya mengawal insulin level, anda akan berupaya unutk mengawal testosterone.
    • Satu kajian lain yang melibatkan 45 wanita penghidap PCOS pula menunjukkan dengan pengambilan kayu manis secara harian ini akan meningkatkan kebolehan mereka untuk datang bulan sebayak 2 kali ganda dan dua daripada mereka telah berjaya hamil pada masa yang sama
  4. Apple Cider Vinegar (ACV)
    • ACV memperbaiki sensitiviti terhadap insulin. Jadi dengan pengambilan ACV sebelum makan akan merendahkan kandungan gula dalam darah selepas makan, juga merendahkan insulin yang diperlukan. Bukan itu sahaja, ia juga membantu mengelakkan kenaikan dan penurunan kandungan gula dalam darah dan juga insulin secara mendadak
    • Cara membuatnya: Campurkan 2 sudu besar organik ACV dalam segelas air suam. Minum!
  5. Salmon
    • Adakah anda tahu yang 67-85% penghidap PCOS ni adalah Vitamin D deficient? Jadi dengan pengambilan salmon sebanyak 4 oz akan memberikan 127 % keperluan Vitamin D yang anda perlukan. Selain itu Salmon mengandungi kandungan Omega 3 yang telah diketahui boleh membantu merendahkan tahap testosterone pada wanita penghidap PCOS ini

Selain itu penghidap PCOS ini hendaklah mengambil GLA Complex, Omega Guard, Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E dan Vivix

  1. Menstabilkan hormon
    • GLA Complex 
      • Mengimbangi dan mengawalatur semula hormone estrogen dan testosteron. GLA membentuk prostaglandin untuk mengawal selia hormon wanita supaya kitaran haid kembali normal dan memperbaiki simptom seperti kesakitan haid, mood swing dan kesakitan pada payudara.
    • Omega Guard
      • Omega 3 yang terkandung dalam Omega Guard ini membantu merendahkan tahap testosterone pada wanita penghidap PCOS ini
  2. Anti Radang, Anti-oksidan, Anti- Radikal
    • Vivix, Vitamin A, C, dan E)
      • Penghidap PCOS ini memang sangat memerlukan supplement yang anti radang kerana keradangan akan merangsang polycystic ovary untuk menghasilkan androgen.

Semoga dengan usaha dan doa yang tidak putus, Allah akan memudahkan kehidupan penghidap PCOS ini. Yang penting jangan putus asa ye =)

Love

-ZS-

Shaklee ID 914562

013-7510028

Share this:

  • Click to share on Twitter (Opens in new window)
  • Click to share on Facebook (Opens in new window)
  • Click to share on Google+ (Opens in new window)
❮❮ Previous Post
Next Post ❯ ❯

Comments

  1. Cik Yaya says

    April 9, 2015 at 11:56

    as’salam..
    fuhh nmpk nye yaya kena amik jgk GLA ni.. =<
    period xteratur..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 9, 2015 at 13:25

      Aah memang GLA untuk stabilkan hormon lantas stabilkan period 😉

      Reply
  2. fifi says

    April 9, 2015 at 16:43

    fifi singgah petang..

    Reply
    • Ibu Zarith says

      April 11, 2015 at 01:11

      Thanks fifi =)

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

COVID-19 dan Vitamin C

https://www.youtube.com/watch?v=QJ3EJzpSQMA&t=122s

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

JOM Daftar Sebagai Ahli Shaklee SEKARANG!

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Nak Cashback bila online shopping? Klik sini

Ibu Zarith

Ibu Zarith

TOP 6 YOUTH Star Shaklee
A Happy Work-At-Home-Mother (WAHM)
Shakleepreneur
Love My Family To The Moon And Back
{Zarith - 013 751 0028}

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

YOUTH Intensive Treatment And Repair Set

Youth Renew and Maintain Set

Youth Renew and Maintain Set

YOUTH Starter Set

YOUTH Starter Set

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!

DAPATKAN TWIN PACK VIVIX ANDA SEKARANG!
  • Facebook
  • Google+
  • Instagram
  • Pinterest

Set Ibu Hamil

Set Ibu Hamil

Set Berpantang

Set Berpantang

Set Menyusu

Set Menyusu

Set Kanak-Kanak

Set Kanak-Kanak

Set Cyst Dan Fibroid

Set Cyst Dan Fibroid

Shopping On-The-Go

Shopping On-The-Go

Archives

  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • July 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • January 2019
  • August 2018
  • July 2018
  • May 2018
  • April 2018
  • March 2018
  • February 2018
  • January 2018
  • December 2017
  • November 2017
  • October 2017
  • August 2017
  • June 2017
  • May 2017
  • April 2017
  • February 2017
  • January 2017
  • December 2016
  • November 2016
  • October 2016
  • September 2016
  • August 2016
  • July 2016
  • June 2016
  • May 2016
  • April 2016
  • March 2016
  • February 2016
  • January 2016
  • December 2015
  • November 2015
  • October 2015
  • September 2015
  • August 2015
  • July 2015
  • June 2015
  • May 2015
  • April 2015
  • March 2015
  • February 2015
  • January 2015
  • December 2014
  • November 2014

Pretty Chic Theme By: Pretty Darn Cute Design