Assalamualaikum
Sebenarnya program Hari Keluarga Naila ini telah dirancang sejak bulan Februari 2015, kira kena buat RSVP (Repondez Sil Vous Plait) awal-awal la. Programnya pula pada hari Ahad minggu lepas 12 April 2015. Tapi dek kerana kekangan waktu Mr. Hubby yang sedang dalam proses sambung belajar dalam bidang “Gas Distribution For gas Engineer” di Kuala Lumpur pada hari minggu, Zarith dengan rasa berat hati, tidak dapat join program tersebut, padahal memang nak sangat berjumpa dengan leaders hebat dari Group iReach, Master Lyna Noh, Master Zainul Anuar dan Kak Ainul Malik, selaku founder Group Naila.
Kita merancang tapi Allah Maha Perancang.
Namun, seminggu sebelum hari kejadian, Mr Hubby bagitau boleh kalau nak join Family Day tu sebab kelas beliau Ahad tu hanya ada taklimat biasa je. Alhamdulillah. Zarith pun apa lagi, terus melompat kegembiraan dan menghubungi Aini, selaku AJK untuk Program Hari Keluarga tersebut untuk menguruskan tentang bayaran dan sebagainya.
Kenapa Nak Pergi Sangat Ladang Alam Warisan tu?
- Sebab nak sangat berjumpa dengan leaders hebat dan serap aura mereka.
- Teringin nak pergi aktiviti berkuda dan memanah yang sama dengan aktiviti zaman Rasullullah dulu.
- Dah lama tak bawak Zuyyin dan Zayra outing dan bersosial dengan kanak-kanak yang lain, jadi inilah masa yang sesuai untuk bawa mereka beraktiviti.
- Zarith ada menerima beberapa hadiah untuk beberapa kategori yang dipertandingkan dalam Group kami sebelum ni. Ala-ala penerima Anugerah Bintang Popular gitu =)
Malam 11 April 2015 tu pula ada yang tidur di Homestay Kuala Pilah. Seronok sungguh tengok gambar mereka bermain Masteria. Game board ala-ala Saidina tapi Versi jerit perih seorang Master Shaklee untuk sampai di tahap yang mereka ada sekarang. Entah pukul berapa agaknya mereka tidur malam tu. Sebelum tu mereka makan malam di Restoran Warisan yang terletak betul-betul di tengah sawah. Siap ada orang melakukan persembahan muzik tradisional. Klasik sungguh.
Alhamdulillah pagi 12 April 2015 tu mood Zuyyin dan Zayra sungguh elok sekali. Happy sebab semalam ibu dah bagitau nak pergi tengok kuda agaknya. Zarith bekalkan Zuyyin sarapan mee organik yang diperbuat dari tomato, Zarith gorengkan aje. Favorite Zuyyin tu, banyak Zuyyin makan sepanjang perjalanan. Perjalanan kami mengambil masa hampir satu jam.
Aktiviti kami bermula dari sini:
9 pagi: Setibanya di sana Zarith terus berjumpa dengan Aini untuk ambil tiket cabutan bertuah, dan ambil number untuk bertukar-tukar hadiah. Kemudian kami terus bersarapan nasi lemak dan kuih muih yang sangat enak.
Acara bermula seawal jam 9 pagi. Selepas bersarapan, acara penyampaian hadiah, bertukar-tukar hadiah dan juga lucky draw. Salah satu hadiah yang paling bermakna buat Zarith adalah Eye Treatment Shaklee dan Collagen Powder dari Kak Ainul Malik. Ini kerana hadiah ini adalah hadiah hasil titik peluh Zarith sepanjang bulan March 2015 yang lepas. Boleh la Zarith mencantikkan mata lepas ni =)
Selepas aktiviti bertukar-tukar hadiah, kami bergambar secara berkumpulan.
10 pagi: Kami terus menunggang kuda. Pada mulanya Zarith takut juga nak naik kuda ni selepas mendengar taklimat. Macam garang je kuda ni. Tapi sebab Zuyyin nak naik, terpaksa ibu memberanikan diri. Zuyyin nampak sungguh rileks sekali. Sepanjang perjalanan 2 pusingan bersama kuda, memang mendebarkan. Gayat sungguh. Lepas ni kena naik anak kuda je kot =p
11.00 pagi: Kami mula aktiviti memanah. Aktiviti ini dimulakan dengan kanak-kanak yang memanah bersama ayah mereka, kemudian kaum bapa, dan diteruskan dengan kaum ibu pula.
Kami tidak kurang hebatnya tau. Ajar sekali dua je dah pandai, memang addicted juga rupanya memanah ni, tapi setiap sesi cuma 3 pusingan je. Lain kali boleh cuba lagi, Inshaa Allah =)
12.00 tengah hari: Kami berehat sebentar untuk makan tengahari. Lauk pauknya sungguh enak sekali. Makanan ala kampung yang disajikan memang terbaik la. Menepati cita rasa kami sebagai anak kampung.
1:00 tengah hari: Tibalah waktu yang ditunggu,iaitu memberi makan kepada haiwan. Comel sungguh encik rusa ni. Manja betul
Family Day ini sepatutnya dijalankan sepanjang hari, namun akibat kekangan masa leaders kami, mereka terpaksa bekejar ke Kuala Lumpur pula selepas aktiviti ini (Hari sebelumnya mereka berada di Kuantan untuk program Kembara ASB) Ya Allah sungguh energetic mereka ni. Tak pernah kenal erti penat, demi menyampaikan ilmu kepada anak buah mereka.
Ukhwah yang terbina tidak akan disia-siakan begitu sahaja. Mereka sanggup datang sejauh Ipoh dan Kuantan demi membina ukhwah. Walaupun ramai yang tidak dapat menghadirkan diri, namun ia tidak memutuskan ikatan yang terjalin antara kami. Sepanjang sebelum tibanya waktu ini, semua berganding bahu memberikan semangat dan cadangan yang bernas. Sebelum ini kami hanya kenal di alam maya. Tidak pernah bersua muka. Tapi kerana adanya hari keluarga naila ni, kami dapat berkenal-kenalan dengan lebih rapat lagi
Alhamdulillah..
Syukur dipertemukan dengan sebuah keluarga Shaklee yang sangat rapat, saling membantu bukan sahaja dalam bidang bisnes tapi juga dari segenap sudut. Dah macam satu keluarga.
Semoga kita akan sentiasa tabah dan sabar serta berjaya dalam setiap ujian dan halangan yang ditempuhi pada masa mendatang.
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
Bestnya…moga next time kita pun dapat join juga 🙂
Inshaa Allah syu.. Nanti kita jumpa lagi 😉
macam best la tempat tu…..ingat nak terjah sesekali nanti.
Best sangat! hehe..Pergi la, Zarith pun terasa macam nak pergi lagi =)
as’salam sis zarith..
wahh bestnyer..dpt nek kuda…
xpernah naik..last mse kecik kut..huhu
w’salam yaya.
Best sangat! Zarith lagi la tak pernah naik, hehe
Seronok bila boleh bersama-sama dengan rakan-rakan yang menjalankan aktiviti bisnes sesama, kemudian bercuti pun bersama-sama macam dalam hari keluarga Naila ni.
Semoga perhubungan antara satu sama lain terus utuh. Tahniah diucapkan atas semua pencapaian bulan March tempoh hari dan bulan-bulan mendatang.
Alhamdulillah seronok sangat Eizil. Semoga kami terus saling sokong menyokong antara satu sama lain =)
seronoknya beraktiviti.
Alhamdulillah seronok sangat =)
Sayang zarith!
Sayang kak ainul <3