Assalamualaikum
Chickenpox atau jangkitan cacar air memang menjadi igauan ngeri bagi kebanyakan dari kita. Terutamanya golongan wanita. Mana taknya, lepas baik je, habis satu badan bertompok-tompok, kalau tidak bernasib baik, muka jadi berkawah. Sedih bila tengok cermin, kulit muka yang dulunya licin, sekarang dah berbekas sana-sini, hitam sana sini.
Bagi yang tak pernah kena masa kecik dulu. Bila dah dewasa ni kena chickenpox, memang kesannya lebih teruk. Macam mama sorang ni, dia rasa dialah wanita terhodoh untuk suami dia sebab kesan yang dialami selepas kena cacar air tu sangat dahsyat. Perkongsian mama ni, hanya 1 minit, tapi dapat memberikan sinar baru kepada yang senasib dengannya.
Apakah itu chickenpox/cacar air?
Jangkitan yang disebabkan oleh sejenis virus iaitu virus varicella. Ia adalah virus yang sama menyebabkan penyakit kayap. Ia merupakan penyakit yang mudah berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang mengalami cacar air akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters)
Macam mana pula boleh merebak?
- Melalui udara bila seseorang yang menghidap chickenpox batuk atau bersin
- Jika kita tersentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air itu
- Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut
Bagaimana merawat chickenpox secara semulajadi?
- Pesakit hendaklah dikuarantinkan.
- Vitamin D membantu memperlahankan jangkitan serta menaikkan sistem imun badan. Dedahkan pesakit pada cahaya matahari antara jam 7 pagi hingga 8 pagi. 10-15 minit sudah memadai.
- Ambil Paracetamol untuk mengurangkan demam yang mencecah 39 Celcius ke atas
- Minum banyak air masak, ini untuk mengelakkan pesakit terhidrasi.
- Ambil makanan berbentuk cecair seperti sup sayur yang mengandungi antiviral foods. Banyakkan memakan buah-buahan yang tinggi Vitamin C
- Buat Garlic Socks atau ACV (Apple Cidder Vinegar) Socks untuk melawan virus
- Makan Virgin Coconut Oil atau Olivenol untuk menaikkan sistem imun badan
- Sentiasa basuh tangan.
- Daun Semambu/Neem boleh ditumbuk lumat, dilumur pada badan atau mandi air daun semambu atau tidur beralaskan daun semambu bagi mengelakkan rasa gatal. (Daun ni boleh di dapati di tempat menjual pokok-pokok)
- Air kelapa muda bagus diminum ketika blisters tu dah keluar hingga ke kaki. Juga bagus dibuat mandi
- Minum Rooibos Tea (teh ni boleh dibeli di Cosway, Giant dan kedai organic)
- Bayi umur 6 bulan ke bawah cuma perlu mandikan anak dengan air kelapa, atau daun semambu, atau mandian rooibos tea. Baby tak boleh minum air apa-apa lagi tapi ibu yang menyusukan boleh minum dan susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Jadi kerapkan sesi penyusuan.
- Elakkan makan seafood.
- Beli Vitamin E. Jika dalam bentuk kapsul, cucuk dan lumurkan pada parut bagi menghilangkan parut. Makan juga Vitamin E itu.
- Tea Tree oil juga boleh menghilangkan parut
Sumber: GNRAM
Zarith pula terkena virus chickenpox ni semasa belajar 2nd year di Germany. Sudah tentulah susah nak cari pelbagai jenis daun dan air kelapa. Doktor pon tak bagi vaksin atau sebarang ubat. Cuma ubat sapu untuk menghilangkan rasa tidak selesa. Calamine lotion tu la. Siap kena kuarantin sebulan. Lepas tu, memang pulun makan vitamins je. Alhamdulillah tiada cacat cela. Tak nampak pon kesannya =)
Yang penting masa kena jangkitan tu, tingkatkan imun sistem dengan cara yang telah dikongsikan di atas.
Semoga bermanfaat =)
Love
-ZS-
Shaklee ID 914562
013-7510028
mesti kerisauan gila kena ciken pop bila dah besar. Selamat ada cara ni
Betul tu, kalau yang belum berkahwin mesti risau hantaran jatuh hehe